Tuesday, October 21, 2008

Kali Kedua....

9 Disember 2007

Aku akan bernikah hari ini. Hari ini mungkin hari yang paling bahagia dan bermakna dalam hidup seorang gadis, tapi jiwa ku kosong. Aku akan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga, bukan orang yang ku cintai. Dalam beberapa jam lagi aku akan bergelar isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku kenali.

Hairan? Terkejut? Entahlah, aku sendiri tak sangka yang aku akan berada dalam situasi begini. Tapi mungkin semua ini sudah ditakdirkan, sudah tertulis. Aku, Ili Nadirah Azhar, berusia 24 tahun akan bernikah dengan Hazril Datuk Shamsudin...er..berapa umur dia ekk? 27 , 28 camtu kot. Ha , ha ha!. Tentu orang ingat aku dah gila kan? Umur bakal suami aku pun aku tak tahu. Tapi yang lagi pelik, tengok orang nya pun aku tak pernah!! Gila kan? Cuma keluarga aku, sahabat karib aku semua memberitahu aku yang dia hensem, tinggi, segak bergaya. Mesti aku suka, kata mereka. Mungkin mereka hanya mahu menyedapkan hati aku . Tapi aku tak kisah, biarlah dia ada tiga lubang hidung, mata kero, botak, gendut sekalipun. Aku pasrah dan berserah. Aku bertekad tidak akan bercinta lagi walaupun aku masih muda. Aku tidak mahu mengenang kembali kisah kisah cinta aku yang tak kesampaian. Tak ingin aku lalui lagi alam percintaan yang lebih pahit nya dari manis. Dua kali aku jatuh cinta, dua kali juga aku putus cinta. Hatiku hancur luluh, segala harapan ku berkecai. Aku tidak ingin lagi mengharungi semua itu. Keperitan dan kepedihan masih bersalut di hati ku.

Bakal ibu dan bapa mertua ku sudah lama ingin menjodohkan aku dengan anak lelaki kesayangan mereka Aril, panggilan manjanya. Berkali kali aku menolak dengan alasan aku mencintai lelaki lain. Aku tidak pernah sesekali terfikir yang aku akan berkawin dengan orang lain selain Hadi, jejaka kedua yang berjaya mencuri hatiku. Hadi, yang amat ku cintai , kini sudah menjadi suami orang. 6 tahun kami kenal dan hampir 3 tahun kami bercinta. Dialah segalanya bagi ku; kekasih, sahabat, teman ketawa dan menangis. Walaupun kami terpaksa berpisah , aku tidak membenci nya. Aku tahu dia juga berkawin dengan gadis lain sebab tuntutan keluarga. Wasiat datuknya memaksa dia korbankan cintanya kepada ku. Ketika itu aku pula mengalami kecederaan akibat kemalangan jalanraya. Aku tahu betapa susah baginya membuat keputusan ketika itu. Akhirnya dia memilih untuk menurut keluarga dan berkahwin dengan sepupunya. Dan aku redha, Hadi bukan jodohku; walaupun dia lelaki yang sempurna di mata ku dan aku tetap menyanjungi nya.

Cinta pertama ku pula bermula dan berakhir dengan sekelip mata. Aku masih terbayang bayang wajah Sham yang kacak. Dia jejaka rebutan yang berjaya mengetuk pintu hati ku buat pertama kali. Aku terpana dengan senyuman dan gayanya lalu terus tersungkur dek panahan sang arjuna.Ketika itu aku gadis remaja yang baru mengenal cinta. Aku menyanggah segala suara kecil yang mengatakan dia hanya mahu mempermainkan aku. Hinggalah terjadi peristiwa hitam yang membuat aku membencinya.

“ Ili, mak andam dah sampai” kedengaran suara kakak ku. Aku bersalaman dengan Kak Sufiah. Dia membuka beg mekapnya yang besar gedabak dan memulakan tugas menyolek aku. Mulutnya juga berpotpet tak berhenti. Tapi aku malas melayan, tak kuasa aku. Biar saja kakak aku dan best friend aku Zara berborak dengannya. Mata aku makin kuyu menahan mengantuk. Masih jet lag agaknya. Baru kelmarin aku tiba dari Amsterdam, Belanda setelah 2 bulan di ibupejabat ABN Bank di sana.
Segala persiapan aku serahkan bulat bulat kepada keluarga. Baju kahwin pun kakak dan ibu yang tempahkan mengikut contoh baju aku yang sedia ada. Setelah aku setuju berkahwin serta menerima cincin tanda dari pihak lelaki, dan tarikh perkahwinan di tetapkan, aku terus ke Amsterdam. Kalau aku ada di Malaysia, besar kemungkinan aku akan ubah fikiran. Ibu ku sendiri berkali kali bertanya sama ada aku betul betul ingin menerima lamaran Dato Shamsudin dan Datin Siti. Anak mereka ketika itu sedang berada di Amerika Syarikat. Apakah aku tidak mahu berkenalan dengannya dulu sebelum membuat keputusan? Acapkali ibu bertanya. Ibu khuatir aku akan menyesal nanti. Maklumlah aku baru putus cinta. Ini soal perkahwinan, bukan benda kecil. Tapi aku tegar; aku berserah pada Allah swt. Solat istikharah yang telah aku tunaikan memberi jawapan kepada kemusykilan ku. Biar aku redah saja. Aku tak mahu memikir pasal siapa bakal suami aku, warna pelamin , berapa hantaran.. Pelik kan ? Aku sendiri tak faham kenapa aku mengambil tindakan sebegini.

Kepala ku mula terasa berat. Aku pun tak tahu samada sebab tak cukup tidur atau sebab rambut aku yang di dandan dengan sekilo gel dan spray rambut. Kalau cicak jatuh atas sanggul aku mesti terpelantun. Aku melihat muka aku di cermin setelah di solek. Muka aku yang agak pucat tadi nampak berseri seri...he! he! Masuk bakul angkat sendiri! Kakak dan kawan kawan aku asyik memuji aku. Aku cuma tersenyum , seperti robot yang tidak berperasaan. Mengangguk dan menggeleng bila di tanya. Ketawa dan bercakap pada waktu yang sesuai.
Aku melihat diriku di dalam cermin. Memang cantik baju nikah yang aku pakai walaupun bukan dari idea aku. Baju kurung yang di buat dari kain chiffon putih dengan sedikit manik di leher dan tangan nampak simple, tak terlalu glamer. Sesuai dengan citarasa aku. Selendang panjang warna putih berlabuci menyempurnakan penampilan ku.

“ Lawa sungguh kau Ili. Macam ratu cantik. Kalah Erra Fazira” rakan rakan aku yang memenuhi bilik pengantin mula merepek. Ibu ku yang datang menjenguk tersenyum gembira. Namun aku dapat tangkap secebis kesedihan di riak wajahnya. Mungkin dia rasa bersalah. Tapi percayalah mama, semua ini kehendak Ili. Ili yang bersetuju berkahwin dengan Aril dan Ili akan menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri meskipun Ili tak punya apa perasaan terhadap jejaka yang akan bergelar suami Ili. Segala akibat nya akan Ili tanggung sendiri.

Keletihan mental dan fizikal mula menguasai aku. Aku terasa seperti zombie. Perut pun mula berkeroncong.
“Itulah kau Ili, tadi suruh makan kau kata kau kenyang. Sekarang dah siap baru kau nak makan.Habislah mekap comot nanti “ leter Kak Sufiah. Aku cuma di benarkan mengulum gula gula dan meminum air sirap dengan straw. Dia bimbang hasil” kraftangannya” tercela. Jurukamera mula mengambil gambar. Begitu juga kawan kawan aku, sakan mereka bergambar dengan aku.
“ Pengantin lelaki dah sampai” kedengaran suara suara di sekeliling. “ Wah...hensemnya dia pakai baju Melayu. Untung kau Ili dapat Prince Charming. Jangan pula kau pengsan bila kau tengok dia nanti tau”

Aku menghela nafas panjang. Mulut aku terkumat kamit berzikir untuk menenangkan hati ku yang berdebar.

“ Aku terima nikahnya Ili Nadirah bt Mohd Azhar dengan mas kawin RM80 tunai.” Kedengaran sayup sayup suara suami ku dari tingkat bawah. SUAMI? ..Alamak! Aku dah sah menjadi seorang ISTERI! Suara nya macam pernah ku dengar tapi di mana ya? Sedap dan macho macam suara penyanyi. Mungkin keletihan menyebabkan deria pendengaran pun memomok aku. Sejurus kemudian beberapa orang lelaki naik ke atas meminta aku menandatangani dokumen nikah. Tulisan di dokumen itu pun ku nampak kabur. Aku cuma menurut.

Selang beberapa minit, rombongan pengantin lelaki pun naik ke bilik pengantin. Datin Siti yang anggun dengan baju kebaya biru berlabuci nampak gembira dengan senyuman lebar dari telinga kiri hingga ke kanan. Tercapai sudah hajatnya untuk berbesan dengan ibu ku, sahabat lama nya. Aku menundukkan wajah. Terasa berat sangat kelopak mata ku. Flash kamera yang bertubi tubi tambah menyilaukan pandangan ku. Lelaki yang bergelar suami ku mendekati tempat duduk ku. Aku cuma tunduk dan fokus kepada kain sampin songketnya yang berwarna kuning air, seluar baju Melayu nya yang berwarna sedondon. Tak berani aku mengangkat mata nak melihat wajahnya. Debaran di dada ku makin kencang.

Kak Sufiah berbisik padaku” Ili, nak sarung cincin. “ Aku melihat jari jemarinya memegang tanganku dan menyarung sebentuk cincin berlian solitaire berbentuk hati. Cantik berkilauan !
“ Salam dan cium tangan suami kau” bisik Kak Sufiah lagi. Aku menyambut salamnya dengan tangan yang terketar ketar dan sejuk. Aku mencium tangannya tapi sebelum dapat mengangkat muka ku jurukamera memberi arahan” Tolong pose lama sikit” Aduh , sakitnya leher aku. Dahlah selendang aku berat.
“ Okay” kata abang kamera selepas berkali kali gambar di ambilnya.

“ Aril, cium dahi Ili” terdengar suara perempuan memberi arahan. Lelaki yang bergelar suami ku membongkokkan badannya agar sama paras dengan aku. Ketika itu baru aku dapat melihat mukanya........... MAAAAKKKKKKK! Terkejutnya aku bukan kepalang!

Aku mengerdipkan mataku berulang kali. Aku membulatkan dan mengecilkan mata. Dia tersenyum memerhati reaksi aku. Riak mukanya seolah memerli aku. Aku sempat menenyeh mataku dengan jari sebelum ditempis oleh Kak Sufiah. Suara suara kedengaran macam langau di sekelilingku. Dekat tapi jauh. Nafasku makin sesak.
‘ Ili, duduk diam diam” herdik Kak Sufiah dalam bisik. Aku terasa bahuku di pegang sebelum bibirnya yang hangat menyapa dahiku. Bau perfumenya yang di pakai menusuk hidung ku. Kenapa ini terjadi pada aku??? Kepalaku yang makin berat terus terlentuk............................
"Ili, Irfan, mama ada sesuatu nak cakap” kata ibu ku sebaik saja tiba di rumah. Seperti biasa dia membuka tudung nya dan meletakkan beg di atas meja console tepi dinding. Sambil menghirup teh O panas yang aku baru letak di depannya, dia merenung wajah aku dan adik aku Irfan. Entah kenapa, nada mama yang lembut tapi teragak agak menimbulkan perasaan cuak di lubuk hati ini. Macam ada berita buruk yang akan di utusnya.
“ Apa dia mama?” tanya aku, gusar “ Mama sakit ke? Muka mama nampak merah..mama demam kot. Pergilah baring, nanti Ili bawa ubat”
“ Kak Ili ni bising lah. Bagilah can mama cakap. “ dengus Irfan. Aku dengan Iran memang bagai anjing dengan kucing , asyik bertekak, menyakat, bergaduh.Maklumlah sekarang ini hanya kami berdua tinggal di rumah. Dengan siapa lagi aku nak tunjuk kuasa.
“ Mama...err.. mama ..mama akan berkahwin..dengan Dr...” belum sempat mama menghabiskan ayat nya, aku menjerit
“ Whaaaat?? Kenapa? Buat apa mama nak kahwin? Ili tak suka...Ili tak nak bapa tiri!” Rasa marah, sedih, risau , semua bercampur baur dalam diri ku. Irfan cuma terkebil kebil dengan mulut yang terlopong. Sama ada dia terkejut dengan tindak tanduk aku atau berita ibuku, aku tak tahu.
“ Ili dengar dulu. Dr Imran tu baik orang nya. Dia kawan baik Pakcik Anuar. Isterinya meninggal dua tahun lalu. Pakcik Anuar yang kenalkan dia dengan mama dan kami pun rasa ada baiknya kalau kami bernikah. Ili dan Irfan jangan risau, keluarga kita tetap macam dulu juga. Cuma sekarang makin besar. Mama tetap sayang Ili, Irfan, Abg Afiz dan Kak Ayu sepenuh hati...”
“ Tapi kenapa mama nak kawin lagi? Kan kita semua dah besar... kita orang boleh jaga mama. ” rayu aku dengan sebak. Airmata mula bergenang di kelopak mata ku. Aku jarang menangis; aku kira aku ni jenis hati kering jugalah. Tapi waktu itu aku terasa macam akan kehilangan orang yang amat di sayangi. Tak sanggup aku berkongsi mama aku dengan orang yang asing. Sudah lebih sepuluh tahun bapa aku meninggal dalam kemalangan jalanraya. Kenapa baru kini mama ingin bersuami semula?

“ Mama pun tak tahu kenapa tiba tiba mama terbuka hati untuk menerima Dr Imran. Bukan tak ada orang yang nak kahwin dengan mama sebelum ni tapi hati mama tak terbuka langsung. Tapi kalau Ili dan Irfan jumpa Dr Imran , tentu Ili dan Irfan pun suka dia. Malam Sabtu ni , kita keluar dinner sama sama ya? Dia nak sangat jumpa anak anak mama.” Ibu ku cuba memujuk
Irfan mengangguk namun aku cuma mencebik bibirku tanda protes. Mama mengeluh...dia masak benar dengan perangai aku yang degil. Dia menatap wajah ku yang saling tak tumpah wajah arwah ayah. Aku sendiri tak berapa ingat rupa ayah kalau tak kerana gambar masa dia masih hidup. Tapi rupa aku memang berbeza dari adik beradik aku yang lain. Kata nenek dan pakcik makcik aku, perangai aku juga persis arwah.

“ Abang Afiz dengan Kak Ayu macam mana? Apa kata mereka?” tanya Irfan yang tidak bersuara dari tadi. Adik aku Irfan yang berusia 16 tahun itu sentiasa cool. Perwatakan nya matang dari usia walaupun dia anak bungsu. Mungkin sebab dia masuk SBP sejak Tingkatan 1. Tapi kami berdua memang rapat walaupun hanya dapat berjumpa masa cuti. Masa inilah aku ambil peluang buli dia cukup cukup walaupun dia hampir 184 cm tinggi berbanding aku yang 165 cm ni.

“ Mama dah call abang dan kakak kamu. Mereka dah setuju. Abang Afiz tak dapat balik dari Miri minggu ni , begitu juga Kak Ayu sebab final exam dia minggu depan. Jadi dinner nanti, kita bertiga dengan Dr Imran sajalah. Dia ada 2 orang anak. Mama harap sangat Ili dan Irfan dapat menerima mereka.....please, for my sake” . Ibu ku bangun dan memeluk aku dan Irfan.
Aku rasa sebak tapi menyeka air mata dari mengalir . “ Ok mama... kalau mama happy, Ili pun happy” aku memaksa diri mengeluarkan kata kata yang hendak didengar mama meskipun hatiku meruntun.

Bila mama dah masuk ke biliknya, aku terus mengambil henfon dan mendial nombor bestfriend aku Zara Alia.
“ Ha..Kak Ili mesti call Kak Zara kan? Kalah RTM...tak sabar sabar nak nak sampaikan Berita Terkini.Hiburan Sensasi” perli Irfan.
“ Tagline tu TV 3 lah bukan RTM. Yang Pan sibuk ni kenapa?” balas aku. Zara tidak menjawab panggilan aku. Busy pulak makcik ni.
“ Yelah...mama baru bagi tahu family kita. Kak Ili dah nak canang kat semua orang. Nanti kalau tak jadi, mama jugak yang malu. “ kata Irfan

Hmmm... betul jugak kata adik aku ni. Tapi aku dengan Zara dah macam adik beradik. Keluarga aku dengan keluarga Zara memang rapat sejak kami di sekolah rendah lagi. Kalau aku tak lepaskan beban aku ni kat dia, pening kepala aku! Rasa macam nak meletup!
“ Ko katne? “ Aku menghantar SMS kepada Zara. Aku menguis bihun goreng dalam pinggan. Selalunya bihun goring cafeteria memang fevered aku, tapi hari ni rasa susah nak telan. Aku hirup sedikit air Milo untuk membasahi tekak aku yang kering. Pagi tadi aku tidak sempat bersarapan di rumah kerana lambat bangun. Maklumlah sekarang masa uzur jadi tak payah solat Subuh. Dahlah semalam aku susah nak tidur sebab otak aku tepu memikirkan yang aku bakal mendapat keluarga tiri.

“ Mana Zara ni? Macam boikot aku jer “ Dari semalam aku tak dapat contact dia. Kelas aku akan bermula dalam masa 15 minit lagi. Puas aku meninjau keliling cafeteria yang penuh dan bingit itu tapi tak nampak pun kelibat nya. Hanya Zara seorang yang mungkin memahami dan dapat melerai kekusutan aku. Namun Zara masih belum muncul. SMS aku pun tak di balas. Aku mula bingung.

“ Hi Ili. Monyok je hari ni? Kenapa? Tak siap assignment ker?” tiba tiba Hadi muncul di sebelah aku. . Tanpa di ajak Hadi meletak begnya dan duduk disebelah aku. Dia menatap aku dengan tekun, macam ada sesuatu yang tak kena .
“ Hi Hadi. “ jawab ku pendek. Aku tak ada mood langsung nak berborak dengan Hadi walaupun Hadi juga kawan baik aku. Problem macam ni susah nak cakap dengan lelaki. Bagi dia orang ni benda kecil saja. Macam Irfan semalam, seolah olah tak ada apa yang berlaku. Padahal kepala aku di terjah dengan pelbagai senario yang akan terjadi jika mama kawin lagi.
“ Macam mana kalau aku tak boleh get along dgn bapak tiri aku? Atau dengan anak anak nya? Aku dengan Irfan pun asyik gaduh. Dengan dia orang lagi lah teruk nanti. Macam mama pula, kalau anak tiri dia tak suka bapa mereka kawin lagi, macam mana? Aku tak sanggup mama di anggap seperti ibu tiri dalam cerita Snow White , Cinderella, Bawang Putih Bawang Merah”

“ Ili..kalau you ada problem, ceritalah kat aku” kata Hadi. Hadi seorang pendengar yang setia. Jejaka berkaca mata dan wajah Chinese look ini menyenangkan aku. Aku tahu ramai pelajar di sini menganggap dia boyfriend aku tapi hakikatnya kami cuma sahabat karib. Entahlah, mungkin aku ni susah nak jatuh cinta walaupun Hadi mempunyai ciri lelaki ideal bagi ramai perempuan.
Aku cuma menggeleng kepalanya sambil senyum tawar “ Tak ada apa apa lah Hadi” Aku tahu niatnya baik, tapi mulut aku berat nak bercerita dengannya. Aku menyuap bihun ke mulut dan mengunyah perlahan. Payah nya tekak nak menelan, bihun itu terasa macam pasir yang mengguris. Tapi aku paksakan diri aku makan, takut kena gastrik.
“ Kau tak makan ke? Kau nak share bihun aku? Ambillah , aku kenyang pulak pagi ni” aku menolak pinggan ke depan Hadi.
“ Kau ni jarang takde selera makan. Kau nak aku suap ke?” gurau Hadi. Aku mengacu penumbuk ke arah Hadi bila tiba tiba Zara menjelma di sisi.
“ Ili...” kata Zara termengah mengah sambil menepuk bahu aku“ Apahal kau cari aku? Semalam aku lupa nak charge handphone aku. Pagi ni aku tengok berlambak mesej dengan missed call dari kau. Bila aku keluar rumah pulak kereta mak aku rosak. Terpaksalah aku naik bas. Sebab tu aku lambat ”
“ Adalah, ceritanya panjang.Tapi kelas dah nak start ni. I’ll tell you during lunch okay? “ aku mengambil beg dan mencuit Hadi. “ Jomlah Hadi. Dah lambat”
Aku mengenakan sweater di atas T shirt yang aku pakai. Aircond dalam lecture hall tahap sejuk beku. Mentang mentang lah Sunway College ni ada ramai foreign students. Ataupun pentadbiran kolej ni nak biasakan pelajar twinning program dengan cuaca di luar negara.
Berpasang pasang mata pelajar lelaki mencuri pandang ketika Ili berjalan keluar dari cafeteria. Ili yang memakai jeans dengan T shirt putih dan sweater hitam nampak sungguh ayu walaupun ramai lagi pelajar perempuan di kolej itu yang lebih bergaya dan seksi. Ada sepasang mata terus memerhati sehingga dia hilang dari pandangan.
“ Sham... stop it! Kenapa kau pandang budak tu macam tak pernah tengok perempuan?” Nada marah Lisa menyedarkan Shamsul yang sejak tadi asyik memandang Ili.
“ Kenapa you marah ? I cuma menikmati keindahan ciptaan Tuhan. What’s wrong with that? ” sengih Shamsul, di iringi tawa kawannya Faiz. Shamsul yang tinggi lampai dan kacak menjadi rebutan ramai gadis. Sekali pandang macam iras Anuar Zain, dua kali pandang dia jauh lebih handsome. Senyuman nya yang menampakkan lesung pipit, suara nya yang macho dan romantik telah mencairkan hati Lisa, gadis jelita yang juga seorang model iklan. Namun setelah hampir setahun mereka berkawan, Lisa menyedari yang Sham tidak berniat untuk menjadikan nya special girlfriend. Sham macam sudah bosan dengannya dan masih suka “ survey” gadis gadis lain. Masa Sham mula berkawan dengannya, Lisa sungguh bangga dan angkuh ke sana ke mari dengan Sham. Dia, gadis paling cantik dan bergaya di kolej dengan jejaka paling kacak.
“Kalau Sham break dengan aku, mesti ramai tepuk tangan. Tapi tak mungkin Sham boleh berkenan kat gadis lain, sedangkan dia boleh dapat aku. Aaah...tak mungkin!” dengus Lisa dalam minda nya
Sham di kenali sebagai player walaupun hakikatnya dia tak pernah mempermainkan perasaan sesiapa. Sham tidak pernah mengucapkan janji manis , jauh sekali melafazkan cinta setia. Dia belum bertemu dengan gadis yang dapat mencuri hatinya. Kalau setakat kawan perempuan - memang silih berganti seperti baju designer yang di sarung di tubuh nya. Bak kata orang, petik jari sepuluh yang datang. Siapa yang tak jatuh hati dengan jejaka tampan itu?

“ Ili Nadirah seorang jer yang tak layan aku” jawab Sham dalam hatinya. Pertama kali dia ternampak Ili masa gadis itu bermain futsal dalam pertandingan antara IPTS enam bulan lalu. “Fuyooo..... Cute sungguh awek ni” detik hatinya melihat Ili ketawa dan ber high five dengan rakan sepasukan setelah menjaringkan gol. Dengan pakaian sukan, tanpa secalit mekap, gadis itu berjaya menambat hatinya. Dia telah berkali kali senyum pada gadis itu, pernah juga menegur nya ketika berselisih. Namun Ili tak pernah menunjuk sebarang reaksi; senyuman nya tak pernah dibalas. Sebagai pelajar tahun 3 jurusan Civil Engineering , memang Shamsul jarang bertembung dengan Ili yang mengambil Australian Matriculation program. Tapi dia telah cuba untuk “terserempak” dengan Ili ketika di cafeteria atau di acara keramaian untuk pelajar. Setiap kali ternampak Ili, hatinya berdegup kencang . Dia sedar yang perasaan nya terhadap Ili berlainan dengan apa yang di rasakan sebelum ini, seperti lagu Sheila Majid “ Inikah Cinta”?
“ Jual mahal sungguh awek ni. Pendinding apa lah dia pakai” gumam nya. Tapi sekurang kurang nya Sham tahu yang peluang baginya masih terbuka. Sepupu Sham , Izrin, kawan Ili masa di sekolah menengah memberitahunya yang Ili belum mempunyai boyfriend.” Ili tu memang susah jatuh cinta lah Sham. Dia tu hati batu ” kata Izrin. Semakin kuat azam Sham untuk memecahkan kubu yang Ili telah bina mengelilingi hatinya.
“ Sham ..malam Sabtu ni kita pergi birthday party kawan I ye? “ suara manja Lisa mengejutkan Sham dari lamunannya.
“Sorry Lisa, I ada hal hari Sabtu ni. Cousin I buat farewell party sebelum pergi UK.” balas Sham . Sham menumpukan perhatiannya kepada suratkhabar STAR di tangannya. Dia khusyuk membaca berita sukan terutama sekali bolasepak liga Inggeris
“ OK, I ikut you . Lepas tu kita pergi my friend’s place. Ramai kawan kita ada kat sana tau. We’ll have lots of fun.Rugi kalau you tak pergi” Lisa melentok manja sambil jari runcing nya membelai rambutnya. Rambut rebonding nya di suak dan di biarkan jatuh dengan gaya menggoda. Gadis berkulit kuning langsat itu nekad tak akan membiarkan Shamsul terlepas dari tangannya.
“ Tengoklah macam mana. No promises. Lisa, I have to go...project tak siap lagi. See you later. Faiz, aku pergi kelas dulu” jawab Shamsul sambil bangun meninggalkan Lisa yang mengetap bibir nya dengan geram. Lisa menoleh ke arah Faiz yang sedang menikmati nasi gorengnya.
“ Faiz....tengok Sham tu...benci I !“ dengus Lisa sambil mencebik bibir nya meminta simpati“ Sengaja nak buat I marah. “
“ Itulah you Lisa. You ni boleh dapat mana mana lelaki yang you nak. Tapi you jugak yang terhegeh hegeh nak kan Sham. You sendiri tau kan perangai dia? You are his....kejap aku kira...”kata Faiz sambil membilang jarinya “ girlfriend yang ke 8 kot...he he! Dia tak nak serius dengan mana mana perempuan, percayalah cakap aku. “
Kata kata Faiz menyemarakkan lagi api kemarahan Lisa. “ Korang berdua ni memang tak guna ! Sham ni nak kena dengan aku!” tengking nya sambil mengambil buku nya dan bangun. Skirt denim pendek dan baby T yang di pakainya menyerlahkan bentuk tubuhnya. Namun bagi Faiz , dia jelak melihat gadis yang berpakaian macam tak cukup kain. Lisa berlalu pergi dengan lenggok model catwalk nya
” Lisa ni...kalau bagi free kat aku pun aku tak nak” katanya dalam hati sambil menggeleng kepala. “ Agresif sangat ...dah tak macam perempuan Melayu “ Faiz mengambil knapsack nya dan terus ke kelas sambil menggumam sendirian“ Pelik betul aku dengan Sham ni... perempuan macam manalah yang dia nak sebenarnya. Yang cantik, yang kurang cantik, yang tinggi, pendek, bertudung, seksi....semua dah pernah jadi girlfriend dia. Tapi semua tak serius. Hissh...kenapa pula aku nak risau pasal dia? Pandai pandai sendirilah kau Sham”
...................................................................................................................
Selesai saja kuliah, aku terus menarik tangan Zara ke port biasa kami melepak.

“ Apa yang kau nak cerita kat aku ?” tanya Zara sebaik saja aku duduk di sisinya. Tempat bersantai di laman college itu sudah penuh dengan pelajar. Ada yang membaca buku, ada yang mengelamun, ada yang tengah dating.
“ Aku risau lah...mama aku nak kahwin.” jawab ku.
“ HA?! Betul ke? “ kata Zara. “Patutlah kau nampak moody saja hari ni. Tak sangka pulak. Kau dah jumpa bapak tiri kau tu? Dia kerja apa ? Berapa umur dia?” Bertubi tubi soalan keluar dari mulut Zara
“ Oi...sabarlah. Kau pula yang terlebih excited. Aku belum jumpa lagi bakal bapak tiri aku tu. Hari Sabtu ni baru kita nak jumpa dia. Dia doktor. Ada 2 orang anak. Itu jer yang aku tahu. Aku rasa serba salah sekarang. Aku nak tengok mak aku happy sebab aku tau dia kadang kadang sunyi. Tapi aku takut nanti kalau bapak tiri aku tak suka kita atau anak anak dia tak suka mak aku.” Aku meneguk air mineral . Panas betul cuaca hari ni.
“Janganlah risau Ili. Cuba kau fikir positif, mesti bapak tiri kau tu dah fikir masak masak sebelum nak kawin dengan mama kau. Dia dah tua, bukan macam remaja bercinta. Mesti dia dah fikir panjang dan sanggup menerima keluarga kau. Kita berdoa jerlah supaya semua nya ok. “ kata Zara. “ Apa kata kakak dan abang engkau? ”
“ Masa aku call Kak Ayu semalam , dia kata dia suka. Yelah...dia tak payah mengadap muka bapak tiri tu hari hari macam aku. Abang Afiz pun happy sebab ada orang yang boleh jaga mama bila dia kahwin nanti”
“ Betullah Ili...kau tak boleh selfish. Kau pun tak lama lagi nak pergi Australia. Mesti mak kau sunyi bila kau tak ada nanti. Kau tu kan asyik memekak.” Usik Zara “Eh...kau tak payahlah risau sangat. Takkanlah mama kau tu nak pilih sebarang orang jadi pengganti arwah bapak kau. Senyumlah sikit. Aku rasa peliklah kalau kau macam ni. Eh... bapak tiri kau tu ada anak lelaki tak?”
“ Isshh....kau nih. Kalau ada , kenapa? Kau nak tackle ker? Fitri tu nak letak kat mana?” aku mendengus. Zara ni bukan main lagi rambang mata.
“ Aku tanya bukan sebab aku nak tackle lah. Saja aku nak tumpang jamu mata... he he he!”
“ Aku pun belum jumpa. Nanti bila aku dah jumpa, aku bagi tahu gred apa..A ke.. B ke...atau kalau nasib tak baik..F ..for Fail. ” aku mencebik.
" Eh Ili...kau perasan tak Shamsul tu selalu perhati kau. Dari semester lepas lagi. Aku rasa dia minat kau lah”
“ Shamsul mana ni? Aku tak kenal lah. Sama batch dengan kita ker?” aku tanya kehairanan. Ada pelajar nama Shamsul? Minat aku pula tu. Setahu aku , aku ni bukan jenis yang lelaki suka. Aku jenis selamba, sempoi, tak pandai bergaya. Perangai pun kasar. Tak reti aku nak menggedik manja macam sesetengah perempuan.
“ Kau ni biar betul?! Shamsul tu the handsomest guy on campus pun kau tak kenal? Yang tinggi, badan sasa, ada lesung pipit, muka iras Anuar Zain tu. Dia student Engineering Tahun 3. Kawan baik Faiz.” Zara beria ia cerita kat aku. Aku masih tercari cari dalam kepala aku siapakah gerangannya yang minat aku tu...feeling perasan kejap. Faiz tu bakal abang ipar Hadi, aku pernah jumpa dia di rumah Hadi. Tapi kawan baik dia aku tak pernah nampak pun. Bab lelaki aku memang blur sikit. Bukan nya aku berani berkawan dengan lelaki yang bukan sama batch dengan aku di kolej ni.

Tiba tiba Zara menyinggul aku. Nasib baik aku tak tersedak. Makcik ni tak nampak ke aku baru teguk air?
“Haaa.. nasib kau baik.. tu dia dengan Faiz. Shamsul yang pakai baju Polo hitam tu “ Zara menunjuk kearah Shamsul yang berjalan dengan Faiz dan seorang lagi lelaki. Bila terpandang Shamsul , dada aku terus berdegup kencang.
“ A’ah....hensem gila. Tapi takkan lah orang macam tu suka aku. Kau ni merepeklah. Awek dia tu gila punya cantik” balas aku. Namun mata aku tertancap kepadanya. Agaknya mulut aku pun melopong tapi aku tak sedar. Ketika itu, Shamsul menoleh dan melihat aku memandang nya. Jantung aku hampir berhenti bila Shamsul melemparkan senyuman ke arah aku. Aku cepat mengalih pandangan. Muka aku terasa panas sampai ke telinga.
“ Itulah aku cakap, dia suka kat engkau. Tapi aku dengar si Shamsul ni tahap gaban punya player. Kau jaga sikit Ili” Zara menasihati aku.
“ Huk..eleh. Takde maknanya. I’m not his type. Mamat ni mesti suka perempuan yang sexy, trendy, macam model gitu. Bukan macam aku. Eh...jomlah Zara, kita janji nak jumpa Hadi kat library. “ Tapi dalam hati aku dah memasang angan angan. Kalaulah betul kata Zara, seronok nya aku! Tak kisahlah.. player pun player lah. Bukan aku nak cari calon suami, aku baru 19 tahun.
Sambil aku dengan Zara berjalan ke library, aku mencuri pandang ke arah Sham. Rugi kalau tak tengok. Bukan selalu boleh nampak muka hensem macam tu. Malunya aku bila mata kami bertentangan. Shamsul memerhati aku sambil tersenyum. Lutut aku jadi lemah , nasib baik tak terjatuh! Aku terus tunduk dan mempercepatkan langkah ku.
......................................................................................

Aku dengan Zara berjumpa dengan Hadi semasa hendak ke cafeteria. Kami berdua dah berjanji dengan Hadi nak buat assignment English. Tapi perut aku tengah berkeroncong. Pagi tadi aku tak selera nak makan.
“ Ili, kita pergi library lah dulu. Lepas itu barulah makan. Kafeteria pun tengah penuh sesak sekarang ni. “ kata Hadi. Hadi ni jenis yang studious, kerja mesti cepat siap. Untung juga dapat kawan macam ni. Aku dengan Zara jenis yang buat kerja last minute. Bila ada Hadi kami terpaksa lah rajin sikit.Tapi sekarang ni aku memang lapar. Aku menarik tangan Hadi
“ Jomlah Hadi, aku lapar ni. Kita makan dulu pastu baru discuss pasal assignment. Kesian la aku. Nanti aku kena gastrik” aku memujuk.
Masa itu juga, aku ternampak Sham dengan Faiz berjalan ke arah tempat parkir kereta pelajar. Untuk sampai ke sana mereka kena lalu depan kami bertiga. Entah kenapa, aku cepat melepaskan tangan Hadi bila ternampak Sham. Sham memandang aku tapi muka dia serius ... eee, takut aku!
“ Ok lah Ili. Kau punya pasal aku ikut sajalah. “ tiba tiba Hadi terpandang Faiz dan Sham “ Hi Faiz, Sham. Nak ke mana?”
“ Hi. Kita orang nak balik ni. Kirim salam kat Husna. Bye” balas Faiz sambil mengangkat tangan. Sham cuma membisu. Aku tunduk bila melihat dia masih memandang aku. Nafas aku terasa semput bila di tenung begitu. Rasa aneh sangat. Bila mereka berlalu baru aku dapat bernafas seperti biasa
Hari Sabtu pun tiba. Hari ini aku dan Irfan akan berjumpa dengan bakal bapa tiri aku. Selesai solat Maghrib, aku memanjatkan doa semoga kami sekeluarga di murahkan rezeki dan mendapat rahmat , dan mudah mudahan perkahwinan mama bahagia dan berpanjangan. Aku tahu mama gusar bila memikirkan sama ada kami dapat menerima Dr Imran dan juga sebaliknya. Bukan senang untuk kami, lebih lebih lagi aku dan Irfan, yang masih ingin bermanja dengan mama. Aku harap bapa tiri aku nanti menjaga mama dengan baik. Mama telah banyak berkorban untuk kami sejak ayah meninggal 12 tahun lalu. Bila ayah mati dengan mengejut dalam kemalangan jalanraya, mama terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ayah dan juga ibu kepada kami berempat.

Ketukan di pintu bilik mengejutkan aku.
“ Cepatlah Kak. Berapa lama nak mekap tu?” Kacau je si Irfan ni. Aku terpandang jam loceng sebelah katil. Alamak , dah pukul 8. Aku bergegas menukar baju.

Hi hi hi hi
Bye bye bye


Lagu Ezlynn berbunyi menandakan aku ada call.
“ Siapa pulak ni? Masa aku nak cepat ada pulak oang kacau” Aku pantas menjawab bila melihat nama Zara tertera di skrin
“ Ili, nanti kita pergi sekali ke rumah Izrin ya? Aku jemput kau pukul 9 nanti”
“ Alaa... Zara, aku tak boleh pergi. Kau kirim salam peluk cium aku kat Izrin. Cakap kat dia aku ucapkan selama jalan dan study rajin rajin kat sana” kata aku. Aku rasa sedih sangat sebab tak dapat pergi ke farewell party Izrin yang rapat dengan aku masa sekolah menengah dulu. Izrin akan melanjutkan pelajaran ke Manchester, UK. Entah bila baru kita dapat berjumpa semula. Ini semua gara gara bapa tiri aku.
“Ili..janganlah camtu. Izrin kan rapat dengan kita. Mesti dia kecil hati kalau tak dapat jumpa dengan kau sebelum pergi. “ pujuk Zara membuat aku lagi sebak.
“Kan aku dah kata aku kena pergi dinner dengan bakal bapak tiri aku. Tak boleh escape. Tak tahulah pukul berapa habis. Kau pergi sorang jerlah. “ kata aku perlahan. Kekecewaan semakin menebal. Dah lama aku tak jumpa dengan kawan kawan sekolah aku.
“ Aku tak kisah, kau kena pergi jugak. Kalau lambat pun takpe. Nanti lepas dinner , kau call aku. Aku datang jemput kau. No excuses” kata Zara sambil mematikan telefon.

Aku mengeluh panjang sambil keluar dari bilik. Mama yang cantik berpakaian baju kurung batik sutera warna hijau sedang menunggu aku.
“ Kenapa Ili? “ Tanya mama “Ada problem ke? Cakaplah kat mama”
“ Tadi Zara call. Malam ni farewell party Izrin, dia nak pergi belajar di Manchester. Ili dah cakap Ili tak dapat datang, sebab ada dinner malam ni” Aku terpaksa senyum untuk menyedapkan hatinya. Aku tak nak mama berkecil hati.
“ Oh... kesian Ili. Apa kata kalau mama hantar Ili ke rumah Izrin lepas dinner nanti ? ” pelawa mama.
“ Boleh ke mama? Yezzzaaaaa!” aku menjerit gembira sambil memeluk mama” You’re the best mother in the world! Mama tak payah hantar, Zara kata dia boleh jemput Ili dari restoran”
“ Ok... tapi jangan balik lewat tau. Jom sayang..Irfan dah tunggu dalam kereta tu” .
Dengan hati yang girang aku berjalan ke kereta sambil memaut pinggang mama. Yeay..best!
.........................................................................................


Bila kami bertiga sampai ke restoran Coca Thai di Subang Parade, aku meninjau mana satu bakal bapa tiri aku. Hensem ke, buruk ke, pendek ke, gendut ke?. Pelayan membawa kami ke meja untuk 6 orang. Ada seorang lelaki yang agak berusia dan bercermin mata duduk disitu sambil membaca menu.

“Assalamualaikum” Mama memberi salam.
“ Waalaikumsalam” balas Dr Imran sambil bangun dan mempelawa kami duduk. Mama memperkenalkan aku dan Irfan kepadanya. Kami bersalaman sebelum mengambil tempat duduk.
“ Ooo..ini lah bakal bapak tiri aku. Boleh tahan hensem. Untuk kategori veteran lah. Macam pelakun Jalaludin Hasan pun ada.. he he he! Patutlah mama setuju untuk kawin” aku tergelak dalam hati.
“ I jemput Anuar dan Suraya sekali “ kata Dr Imran kepada mama bila melihat wajah mama seakan musykil melihat meja besar yang di tempah.
“ Yessss!” kata aku dengan gembira. “ Eh..sorry Uncle”. Tersentap aku bila mama menjeling. Okaylah, aku control ayu malam ni. Sebenarnya aku dah lama tak jumpa Pakcik Anuar dan Makcik Su. Kami rapat dengan mereka kerana pasangan itu tidak mempunyai anak dan suka memanjakan kami. Masa Pakcik Anuar belum kawin dulu dia tinggal bersama kami. Dia lah yang banyak membantu mama lepas bapa ku meninggal.
“Baguslah..Ili dan Irfan pun dah lama tak jumpa favourite uncle dan auntie derang” balas mama. “
“Anak uncle tak datang ke?” tanya Irfan. Aku pun hairan juga, kenapa uncle ni datang seorang saja sedangkan mama kata dia ada dua orang anak? Tak nak berkenalan dengan kita ke?
“Anak uncle yang sulung dah kahwin dengan orang Australia dan tinggal di sana. Yang kedua pulak belajar Law di London. ” kata Dr Imran.
“ Anak uncle lelaki atau perempuan?” aku bertanya.
“ Yang sulung perempuan, namanya Nadia Zafirah. Yang kedua lelaki, Nabil Zakuan . Nadia dah 27 tahun, Nabil pula 23. You’ll meet them one day. “ jawab Dr Imran. Ada sedikit kesedihan dalam nada nya. Dia mula bercerita. Kesibukan nya sebagai seorang doctor selama ini, tambah pula dengan sikapnya yang workaholic , telah menimbulkan jurang di antaranya dengan anak anak

Perbualan terhenti seketika bila Pakcik Anuar dan Makcik Suraya sampai.
“ Assalamualaikum, maaf lah kami terlambat. Ada jiran singgah kat rumah tadi” kata Pak Cik Anuar sambil bersalaman.
Kami berbual rancak sambil menikmati makan malam yang enak. Biasalah, bila Pakcik Nuar dengan Makcik Su yang happy go lucky tu datang. Cerita mereka buat aku tak kering gusi. Pakcik Nuar pun mulalah menyakat aku.
“ Eh Ili , bila nak kenalkan Pakcik dengan boyfriend awak? “ tanya Pakcik Anuar
“ Apalah Pakcik ni...Ili belum ada boyfriend lagi lah. Kalau ada mesti Ili introduce , jangan risau. Kalau Pakcik nak tolong carikan pun boleh. Syaratnya mesti hensem, macho, cool.“ jawab aku
“Siapalah nak kat Kak Ili? Brutal semacam jer. Eeeee.....menakutkan.. ” sampuk Irfan. Aku terus mencubit adik ku yang kurang asam jawa tu. Tiba tiba aku terbayang wajah Sham. Tak sabar nak tunggu hari Isnin. Kalau nasib aku baik , dapat berjumpa nya di kampus.
“ Senyum sorang sorang nampak. Mesti tengah berangan pasal boyfriend tu” usik Makcik Su pula. Muka aku terus jadi merah. Ini satu kelemahan aku, muka aku senang betul merona merah kalau aku termalu, atau buat salah. Susah betul nak sembunyi perasaan aku. Aku cepat menukar topik dan menanya Dr Imran tentang kerja nya.
Selesai makan, aku meminta diri untuk ke majlis Izrin bersama Zara. Aku bersalaman dan mencium tangan mama, Dr Imran, juga Pakcik Anuar dan Makcik Suraya.
“ Ili jangan balik lambat ya. Kirim salam kepada Izrin dan Auntie Jah” pesan mama.
“Insyaallah. Jangan risaulah mama. Ayah Zara jemput kita nanti. Bye!.” Keresahan yang membelenggu hati aku mula terungkai “Best jugak bakal bapak tiri aku.".
Perkarangan rumah Izrin di penuhi kereta tetamu yang hadir. Lampu berwarna warni menceriakan suasana bak malam Tujuh Likur. Kedengaran alunan muzik dari rumah nya di susuli gelak tawa tetamu.

“ Nanti papa jemput pukul 10.30. Papa nak pergi rumah kawan di Taman Tun kejap” kata Uncle Zahrin. Dia memberhentikan kereta di depan pintu pagar rumah Izrin. Aku dapat mendengar suara orang sedang berkaraoke. Best..best.. dah lama aku tak layan karaoke. Aku memang suka menyanyi dari kecil lagi. Masa ujibakat AF baru ni aku kena shortlisted tapi tak ada rezeki. Bila fikir balik, bagus juga aku tak dapat. Kalau tidak mesti aku pening kepala nak pilih yang mana satu, masuk AF atau sambung belajar.


“ ZARAAA! ILIII! Aku ingat kau orang tak datang. Kenapa lambat sangat ni?” laung Izrin sambil menerpa ke arah kami. Aku dan Zara memeluknya sambil ketawa
“ Aku ada family dinner tadi. Sorry Rin. Aku dah sedih gila kalau tak dapat jumpa kau sebelum kau pergi. Tak sempat nak suruh kau kirim salam kat boyfriend boyfriend aku Prince William, Prince Harry, Orlando Bloom, David Beckham.” aku melawak.
“ Tinggi angan angan nampak” tiba tiba ada suara menyampuk. Aku terus menoleh dan tercari cari. Siapa tuan punya suara tu? Bagai nak gugur jantung aku bila melihat Sham tersengih ke arah ku. Macam mana dia boleh ada sini?
“ Eh.. Abang Sham, Faiz..kenapa duduk kat luar ni? Banyak nyamuk “ tegur Izrin.” Masuklah dalam.”
“ Kami duduk luar sebab nak sambut Princess bakal isteri Prince William” usik Sham sambil menahan ketawa. Muka aku dah merah padam. Maaakkkk! Maluuunya! Zara, Faiz dan Rin turut ketawa melihat aku terkebil kebil. Tak guna punya kawan!

Cisss..seronok kau perli aku yekk?!. Tapi aku kelu nak berkata, seolah olah terpana dengan senyuman Sham.
“ Abang Sham, Faiz..ni kawan Rin, Zara dan Ili. Tapi Abang Sham mesti kenal kan, dia orang belajar kat Sunway College. Ili , Zara..Abg Sham ni cousin aku ” Izrin memperkenalkan kami sebelum menarik aku dan Zara ke dalam rumah.
“ Iz, jom masuk dalam. ” Sham mengajak Faiz
“ Eh...tadi kata banyak assignment, nak balik. Apasal tiba tiba tak jadi pulak? “ perli Faiz
Faiz dan Sham bangun dan menyusul dari belakang. Dah puas kena gigit nyamuk lah tu. Geramnya aku!

Kerusi di ruang tamu dan bilik TV yang sudah penuh memaksa aku dan Zara duduk di lantai. Rakan rakan yang lain sedang berkaraoke, berbagai lagu di “ sumbangkan” mereka. Suasana memang riuh rendah. Bila Sham dan Faiz masuk, semua tersengih sengih. Semua mata tertumpu kearah Sham yang kelihatan sungguh kacak berpakaian santai. Kedengaran bisikan yang disusuli dengan tawa kecil dari gadis gadis yang mengushar si jejaka hensem. Eh.. cemburu kah aku!?

“ Ili, nyanyilah satu lagu...lama tak dengar kau nyanyi” kata Nadia. Nadia ni kaki karaoke.
“ Yelah Ili...dulu kau kan juara nyanyian kat sekolah” Kawan kawan yang lain turut mendesak. Hisshhh...malu aku nak nyanyi depan Sham. Entah apa dia perli pula nanti
“ A’ah.... Ni aku punya permintaan sebelum aku pergi. Kau nyanyilah lagu fevret aku” pinta Izrin.
“ Err... malulah. Aku dah lama tak menyanyi. ” jawab aku perlahan. Dari bucu mata, aku nampak Sham memandang aku. Apahal mamat ni...aku ada tanduk ker? Gelabah aku di buatnya.
“ Sejak bila kau pandai malu ni Ili? Dulu pantang jumpa mikrofon,asyik melalak jer. Tak kasi peluang kat orang lain. Sekarang ni nak control ayu konon. Apahal?” usik Zara. Aku membalas dengan memuncungkan bibir dan menyinggul lengan Zara.
“ Nah...cepat. Aku nak kau nyanyi lagu ni” kata Izrin sambil menghulur microphone. Aku tahu Izrin suka sangat lagu Bunga Bunga Cinta. Nak tak nak aku pun menyanyilah. Aku fokus mata aku di skrin TV walaupun aku dah hafal lirik lagu ini. Aku takut kalau aku terpandang Sham , suara aku tak boleh nak keluar langsung.
“ I love this song. Merdunya suara Ili. Macam penyanyi professional” puji Auntie Jah yang keluar dari dapur bila terdengar nyanyian ku. Kembang semangkuklah aku. Masa aku pergi audition AF dulu pun, Adnan Abu Hasan kata tone suara aku sedap, husky macam penyanyi Indonesia, entah siapa nama, aku pun dah lupa. He ..he..perasan nya aku.
“ Sedap kan suara Ili” kata Izrin sambil menoleh ke arah Sham dan Faiz.
“ Secantik orang nya” sampuk Sham di iringi ketawa dan usikan kawan kawan lain. Adehhh...nak pengsan aku. Aku cuma mampu tersenyum sipu, tak berani nak mengangkat muka.
” Abang Sham pun terror gak nyanyi. Please Abang Sham....one song for your cousin” rayu Izrin.
Aku menghulur microphone kepada Sham dan jari kami bersentuhan. Zasss!!...macam ada kejutan elektrik. Sham memandang tepat ke mata aku membuat aku tak keruan. Tiba tiba kata kata Zara menerjah di otak ku” Tapi aku dengar si Shamsul ni tahap gaban punya player. Kau jaga sikit ”
Aku terus bangun menuju ke dapur. Terasa kehangatan menjamah muka ku. Apa kena aku ni? Macam tak pernah jumpa lelaki. Dari zaman sekolah lagi, aku ramai kawan lelaki tetapi entah kenapa, aku tak pernah tertarik kepada sesiapa. Jantung ku tak pernah berdegup kencang begini kalau bersama mereka. Semua ku anggap kawan biasa saja. Ada juga yang menaruh hati kepada aku dan ada juga yang pernah meluahkan perasaan. Tapi sejujurnya hati aku belum terbuka untuk menerima kehadiran seorang yang bernama kekasih. Cuma kini perasaan ku berbeza, ada rasa indah yang mencengkam. Suatu perasaan yang tak pernah aku alami. Inikah yang di katakana cinta?? Eeeee....takkan aku jatuh cinta dengan mamat player ni? Memang cari nahas. Aku menutup mata dan menggeleng kepala untuk menghalau wajah Sham dari kotak fikiran ku.

Aku menuang sedikit air ke gelas untuk membasahi tekaknya yang kering. Pembantu rumah Izrin hairan agaknya melihat ku dan bertanya dalam slang Indon nya.
“ Kenapa nggak ambil di luar saja non?’
Aku tersengih “ Oh...ada air diluar ye?” jawab aku , pura pura bodoh.
Auntie Jah masuk ke dapur “ Kenapa ni Ili? Apa Ili buat kat dapur sorang sorang?”
“ Eh...Auntie.... tak sedar auntie masuk. Tekak Ili kering, nak minum air.”
“ Kat dining table kan ada minuman. Pergilah keluar. Sham kata tak nak nyanyi sampai semua orang ada kat sana. Tapi yang auntie nampak, Ili sorang saja yang tak ada kat depan. Ada apa apa ke ni?” Auntie Jah mengusik. Dulu Auntie Jah nak kenenkan aku dengan abang Izrin, Izwan namanya. Tapi aku anggap dia macam abang aku. Dia pun dah ada girlfriend.
Hurgghhhh...tension nya aku!! Apahal semua nak kenenkan aku

“ Okay...okay. Ili keluar ni” Sebaik saja aku duduk di sebelah Zara, bait bait lagu “ Sonata Musim Salju” kedengaran. Kalau mana mana gadis yang tak tergoda dengan kehenseman Sham, pasti angau bila mendengar suara nya. Macho beb! Suara jantan nya betul betul mencairkan hati perempuan. Anuar Zain pun kalah! Suasana menjadi senyap,kawan kawan aku yang dari tadi tergedik gedik semua terpaku. Agaknya semua kusyuk menghayati lagu dan berangan yang Sham menyanyikan untuk diri mereka seorang. He ..he ...aku pun berangan jugak. Tapi aku malu nak tengok muka dia. Takut tak boleh tidur malam nanti.
“ My god...you’re better than a professional Sham”
“ Dah la hensem, menyanyi pun terror. Apasal you tak nak jadi penyanyi? Mesti top” bertubi tubi pujian dari mulut kawan kawan ku.
“ Ili, ok tak I nyanyi?’ Sham bertanya. Aku nampak kawan kawan aku mencuit satu sama lain sambil tersengih. Aku mula terasa pipi aku menjadi hangat
“ Best. Sedap lah suara awak.” kata aku sambil mengangguk.
“ Betul ke? Macam tak ikhlas saja” tanya Sham lagi. Eh, mamat ni..minta puji lebih lebih pula.
“ Betul. Kalau you buat album , I mesti beli.... Cetak rompak punya lah “ kata aku. Nah, ambik kau! Sham tergelak.
“ Kalau I buat album you tak payah beli. I bagi free saja kat you. I bagi you poster besar sekali. Boleh you lekat kat dinding bilik you”
“ Perasan nya! Siapalah nak poster awak tu?” dengus aku. Sham ni tahu aku syok kat dia ker? Alamak, aku ni tak reti cover perasaan aku rupanya.
Nasib baik Zara mencelah.
“ Ili dah pukul 10.30. Bapak aku dah datang” . Lega.... Aku terus bergegas ke luar dengan Zara.

Aku dan Zara bersalaman dan berpelukan dengan Izrin. Sebak rasanya nak berpisah dengan kawan baik. Entah bila pula lah nak berjumpa lagi
“ Bye Izrin, take care. I’ll miss you. Jangan lupa YM aku ya”
“ Bye Ili, Zara, aku mesti rindu gila dengan korang. Keep in touch. “

Di dalam kereta Zara tak berhenti mengusik aku. Masa aku di dapur tadi, kononya Sham tanya pasal aku lah, dia dedicate lagu tadi kat aku lah...macam macam. Tapi aku buat buat saja tak suka. Dalam hati aku memang seronok... Aku dah jatuh cinta!!
....................................................................................................................
Sampai saja ke rumah , aku terus ke bilik. Letih nya badan. Mata aku terpejam sebaik saja aku meletakkan kepala di bantal
Tidur aku tiba tiba dikejutkan dengan bunyi henfon. Aku memang jenis yang mudah terbangun, walaupun keletihan melanda. Jam loceng di sebelah menunjukkan pukul 12.10 “ Siapa pulak yang kacau aku malam malam buta ni? Tak boleh tunggu esok ke?” Aku menenyeh mata ku dan mencapai henfon. Terpampar mesej dari nombor yang tak aku kenali.
“ Gudnite princess. Sweet dreams.Sham”
Aku tersenyum sendirian dan menyambung tidur ku, di ulit mimpi indah aku dengan Prince Charming ku.
“ Kenapa susah benar dapat teksi hari ni?”. Sudah hampir setengah jam aku menunggu di perhentian teksi berhampiran kolej. Cuaca pula makin mendung. “ Kalau hujan habislah...kena cancel plan nak tempah baju. Mesti mama marah”. Mama dah janji dengan Makcik Sue untuk menempah baju kahwin di butik kawannya di Subang Parade. Makcik Sue menyuruh aku dan Kak Ngah membuat baju kurung baru juga. Jadi kami dah berjanji nak jumpa di sana pada pukul 4 petang. Jam di tangan aku menunjukkan pukul 3.10.

“ Pon..pon!” aku dikejutkan dengan bunyi horn kereta. Sebuah Proton Wira yang tidak dikenali berhenti di hadapan. Mataku terbeliak melihat Sham bersama Lisa di sebelahnya dan Faiz di tempat duduk belakang.Hati ku berdebar debar melihat wajah Sham setelah lebih seminggu tidak bersua muka. “ Rindu serindu rindunya....”
"Can I give you a lift? Ili nak pergi mana?” tanya Sham sambil tersenyum. Muka Lisa mencuka. Dia langsung tidak memandang aku. Aku tergamam
“ Err...tak payah lah. Thanks. Saya tunggu teksi” jawab aku. Hissh, takut aku. Awek dia nampak marah jer.
“ Susah nak dapat teksi sekarang. Jomlah, dah nak hujan ni.” pujuk Sham. Faiz juga turut mengajak aku naik kereta bersama mereka. Titisan hujan sudah mulai turun. Dengan perasaan serba salah aku menurut. Aku duduk di sebelah Faiz dengan perasaan bersalah.
“ Ili nak pergi mana?” tanya Sham menoleh ke tempat duduk belakang. Cutenya senyuman dia, detik hati ku.
“ Subang Parade. Tapi tak payah susah susah. Hantar saya kat stesen komuter paling dekat pun boleh. “
“ No problem. Sham nak hantar saya ke rumah kawan di Subang Jaya. Lisa nak ke Hotel Summit. Dekat saja nak pergi Subang Parade. “ kata Faiz.
“ Thanks a lot. Sorry lah, saya menyusahkan you all.”
“ Tahu pun” dengus Lisa perlahan, dibalas dengan jelingan tajam Sham. Faiz tersengih. Aku mula rasa menyesal menerima pelawaan Sham.
“ Ili nak pergi shopping ke?” tanya Faiz.
“ A’ah...nak jumpa mak dan makcik Ili kat sana. Kena tempah baju kurung” jawab aku. Aku selesa dengan Faiz walaupun baru pernah jumpa dua tiga kali. Kak Husna , kakak Hadi selalu bercerita tentang buah hatinya Faiz yang baik dan gentleman itu.
“ Nak tempah baju kurung untuk apa? Raya ke?” tanya Sham. Lisa memalingkan muka nya dan memandang ke luar tingkap. Perut aku semakin kecut. Janganlah Lisa bergaduh dengan Sham pasal aku. Walaupun aku tak kenal Lisa tapi aku tak nak cari musuh.
“Orang kampung jer suka pakai baju kurung” sampuk Lisa dengan angkuh
Chehhh! Mulut perempuan ni! Tahu lah dia tu vogue. Muka aku terasa panas. Aku mengetap bibirku. Di kolej memang tak ramai berbaju kurung, masing masing lebih suka bergaya dengan fesyen yang trendy. Tapi aku, Zara dan beberapa orang kawan lain suka memakai baju kurung. Apa salahnya? Lagi baik dari pakai baju tak cukup kain macam engkau tu. Pelajar bangsa asing di kolej pun suka tengok kami berbaju kurung. Tapi orang Melayu sendiri mengutuk.
“ Ermm.. ada orang kawin. Pergi kenduri kenalah pakai baju kurung, takkan nak pakai skirt“ jawab aku. Faiz dan Sham tergelak kecil mendengar jawapan aku. Kalau Lisa ada senapang, mesti dia dah tembak aku.
Selepas menghantar Faiz, Sham membelok keretanya ke arah Hotel Summit.
“ Lisa, I hantar you dulu okay? Dah dekat Summit ni. Kalau I pergi Subang Parade dulu dan belok balik lagi jauh. Jam pulak . You will be late for your appointment ”
“ Suka hati you lah. “ jawab Lisa pendek dengan nada marah. Aku rasa sungguh bersalah. Kecut perut aku. “ Matilah aku. Mesti dia ingat aku nak ngorat si Sham. Tapi ni semua idea Sham. ”
Sampai ke Hotel Summit, Lisa memaut tangan Sham “ Bye sayang. Nanti call I okay” katanya dengan nada manja sambil matanya menjeling ke arah ku. Tiba tiba aku terasa bagai di siat, rasa pedih menyelinap ke hati ” Kenapa ni? Aku takde hak nak rasa jeles. Sham boyfriend Lisa.. apahal aku ni?”
“ Ili... you nak I jadi drebar you ke? Tahulah awak tu berangan nak jadi Princess” usik Sham selepas Lisa turun dan menutup pintu kereta dengan kuat. Nasib baik tak terlekang pintu kereta Sham.
“ Ooops , sorry.” Aku ketawa kecil sambil pindah ke tempat duduk di sebelah Sham. Berdebar debar jantung ku bila begitu hampir dengan Sham. Wangi nya perfume Sham yang menyelinap ke hidung.
“ Err... sorry ya kalau Lisa marah sebab saya” kata aku teragak agak
“ Kenapa pula Ili nak bersorry sorry? I yang ajak you naik kereta I. Don’t worry about it” kata Sham.
“ Bila Sham punya final exam? Dah start belajar ke? “ aku menukar topik.
“ Exam I bulan depan. Torture betul lah...tahun ni semua subjek susah. Rasa macam nak pecah kepala. Ili sure tak ada problem kan? Pelajar Australian twinning program semua pandai pandai. “
“ Tak adalah. Cukup makan jer. Janji cukup syarat masuk U. ”
“ Tahun depan Ili pergi Australia kan? Which university?”
“Either Monash or Melbourne University. Sham tak pergi overseas ke?”
“ Actually, Sham belajar di UK untuk A levels tapi asyik sakit saja sebab tak tahan sejuk. Lepas habis , my parents suruh I balik sambung studies kat sini.”
“ Ooohh, nampak jer macho. Tapi tak tahan sejuk... he he he. Macam mana kalau wife Sham nanti nak pergi London untuk honeymoon?” aku mengusik
“ Kalau you ada , I tak sejuklah “ Sham memandang ku sambil tersenyum
“ Isshh...tak senonoh lah awak ni! “ aku terjerit kecil. Sham cuma ketawa melihat muka aku yang merona merah menahan malu.
“ Sweetnya awak ni. Innocent sangat.” Kata Sham perlahan. Aku pura pura tak dengar.
“ Tadi you kata nak tempah baju untuk orang kahwin. Siapa yang nak kawin? “ tanya Sham
Segan pula nak bagi tahu orang yang mak aku nak berkahwin. Tak payah lah buka cerita, dia bukan rapat dengan aku. Cukuplah cuma Zara dan Hadi saja yang tahu.
“ Saudara Ili. Bulan Disember ni. “ kata ku
“ Oh. Ok. As long as its not you” balas Sham.
“ Of course its not me. Takkan lah Ili yang nak kawin. Merepeklah awak ni.” getus aku
“ Alhamdulilah. Kalau you yang kawin , sedih I. Lainlah kalau you kawin dengan I. ” usik Sham. Eee...dia ni memang lah. Suka buat aku gelabah. Aku mengetap bibir. Kami berdua terdiam sebentar. Radio memanikan lagu lama, You're My Everything. Sham turut menyanyi bersama. Romantiknya...Aku mula berangan yang dia nyanyi untuk aku...he! he!
“Ili, kenapa tak pernah balas SMS I? I ni menganggu ke?“ tiba tiba mood Sham bertukar serius.
“ Er....uhm.. he he!” aku gelak nervous . Camna aku nak jawab ni? Aku takut jadi mangsa seorang player. Kau dah ada girlfriend. Nanti aku kena sekeh. Tapi setiap mesej kau tak pernah aku delete.
“ Mesej yang saya selalu dapat sebut Princess. Saya takut orang salah nombor. Nanti orang ingat saya perasan pula ” aku berdalih
“ Serius lah Ili. I tak nak kacau you. Mana tahu ada orang marah kalau .... kalau Ili berkawan dengan I? “ tanya Sham teragak agak.
“ Siapa pulak nak marah? Kalau Ili nak kawan dengan sesiapa pun boleh.” jawab aku selamba
“ If I want you to be more than just a friend?” Sham mengajukan soalan cepumas. Macam nak meletup jantung aku. Gembira , takut, malu, teruja ..semua bercampur baur
Suasana menjadi hening. Aku menyusun kata kata dalam kepala ku. Beratnya lidah nak menjawab. Hati ku berkata NAAAKKKK...! Otak aku terkenangkan kata kata Zara. Aku terbayang wajah Lisa yang masam mencuka, gaya manja Lisa memaut tangan Sham dan memanggilnya Sayang. Tidak...aku tak sanggup mengambil boyfriend orang lain.
Aku menelan air liur. “ Errrr... I kena concentrate on my studies. Nanti scholarship kena tarik balik..susah pulak. “ aku memberi jawapan skema. Sebaik saja kata kata itu terkeluar dari mulut , aku rasa kesal. Sebak dada ku. Aku memandang ke luar tingkap. Syukur Alhamdulillah dah hampir sampai Subang Parade
“ Eh...dah sampai. I turun kat sini ya. Thank you so much Sham. “ kata ku . Sham menghentikan kereta di bahu jalan. Aku pantas membuka pintu kereta. Aku tersentak bila tiba tiba pergelangan tangan ku di tarik. Aku menoleh ke arah Sham. Wajahnya nampak lain. Aku tak tahu apa perasaan nya. Marah? Sedih? Kecewa?
“ OK, bye. Take care Princess” kata Sham, pendek. Tiada senyuman yang di hadiahkan untuk ku.
Aku memandang kereta Sham berlalu pergi dengan seribu pertanyaan.
“ Kalau Sham betul betul sukakan aku pun, aku tak sanggup di label perampas boyfriend orang. Tapi aku rasa dia nak main main jer lah. Aku ni kan bodoh sikit bab bercinta ni. Apa apa pun....bestnyaaaa kalau aku dapat boyfriend macam Sham!!”
Exam aku bakal menjelang dua minggu lagi. Semua students yang satu batch dengan aku bertungkus lumus belajar, terutama pemegang biasiswa macam aku ni. Kalau tersangkut, tak ada harapan lah aku nak pergi Australia. Tak macam pelajar yang di sponsor mak bapak sendiri. Setiap hari, aku, Zara, Hadi dan seorang lagi kawan kami Mike De Souza menghabiskan masa di library.
Hari itu seperti biasa , kami berempat di library selepas kuliah. Subjek yang paling susah bagi kami berempat ialah Economics sebab kami asalnya pelajar jurusan Sains. Berpeluh juga lah nak faham konsep berkaitan ekonomi.

“ Hey perempuan sundal! Aku nak cakap dengan kau.” Aku yang tengah kusyuk membuat nota rujukan terkejut melihat Lisa yang berdiri depan meja ku sambil mencekak pinggangnya. Dua orang konconya , Jennifer dan Nana ada bersama. Zara, Hadi dan Mike terlopong penuh hairan.
“ Shhhhh!! Tolong sikit. Ni library” tegur Zara. Pelajar lain mula memandang ke arah meja kami. Semua sibuk pasang telinga.
“You shut up! Jangan masuk campur.” kata Lisa sambil menuding jari ke arah Zara. Macam kena sampuk minah ni, fikir aku. Tapi aku cuak jugak. Nampak berang betul , macam harimau nak terkam mangsanya.
“ Ili, kau ingat kau tu cantik sangat? Jangan berangan nak dapat Sham. Perempuan tak sedar diri. Sham tu saja nak permainkan kau, tau tak?“ kata kata yang Lisa lemparkan begitu mengguris hati aku. Namun aku kawalkan perasaan. Aku buat muka selamba walaupun terkedu dengan tuduhan melulu Lisa.
“ Eh Lisa, sejak bila pula I nak mengorat Sham? Aku tak heran lah. Macam lah tak ada jantan lain sampai aku kena rampas boyfriend orang. Don’t worry lah. I pun dah ada boyfriend. Ni Hadi my boyfriend. So please, jangan kacau aku“ kata aku sambil memberi signal dengan mata kepada Hadi. Hadi cuma tersenyum dan mengangguk.
Muka Lisa berubah. Mungkin dia tak sangka aku akan melawan balik. “ Anyway, aku bagi kau warning. Jangan nak rapat dengan Sham, budak tak sedar diri!”
“ Lisa, apahal kau ni? Kalau you ada problem dengan Sham, bukan sebab aku. I'm not the problem. You understand ? Ok? Over and Out” kata aku sambil memalingkan muka aku lalu menyambung kerja menyalin nota dari buku rujukan. Tak kuasa aku nak layan Lisa lagi. Bila Zara , Hadi dan Mike ketawa kecil, Lisa mendengus lalu keluar dengan pantas. Aku cuma tunduk sambil mengetap bibir menahan rasa marah bercampur sedih. Memang aku sedar yang aku tak setaraf dengan orang macam Sham. Siapa lah aku ni. Nasib baiklah tak ada yang tahu perasaan yang aku pendam.
........................................................................................................................

Selepas kejadian tadi, kami berempat terus hilang mood untuk belajar. Aku rasa bersalah lalu mengajak mereka ke cafeteria untuk minum petang.
“ Jom, aku belanja korang teh tarik” kata ku sambil menyusun semula buku buku rujukan.
“ Worait . Let’s go” kata Mike. Mike tinggal berjiran dengan Hadi. Mereka rapat dari kecil , macam aku dengan Zara. Tapi berbeza dengan kami bertiga yang akan ke Melbourne, Mike akan sambung belajar di Perth.
Sambil menikmati teh tarik , kami bercerita tentang insiden di library tadi.
“ Kelas lah kau handle minah tu Ili” kata Mike sambil tersengih
“ Entah apa apa lah si Lisa tu. Eh...Di, sorilah aku terpaksa guna kau tadi. Aku takut perempuan sewel tu belasah aku” kata aku. Aku takut Hadi tak selesa dengan perbuatan aku tadi. Nanti dia segan pula nak rapat dengan aku.
“ Aku tak kisah. Kalau betul jadi boyfriend engkau pun aku lagi seronok. ” usik Hadi. “ tapi aku nak bagi tau engkau. Hari tu Kak Husna ajak Abang Faiz dan Sham ke rumah. Sham asyik tanya pasal engkau”
“ Ha? Apa dia tanya? Aku pun nak tahu jugak. Mesti ada apa apa ni. Kalau tak, kenapa Lisa serang kau macam tu Ili? Kenapa dia tak sergah orang lain? Ramai perempuan lain tergila gila kat Sham” Zara mencelah
“ Korang ni sibuklah. Hari Isnin lepas, aku tengah tunggu teksi nak pergi Subang Parade. Sham lalu kat situ jadi dia ajak aku tumpang. Lisa dengan Faiz pun ada sama. Dia hantar Faiz ke rumah kawan dia dulu, lepas tu hantar Lisa ke Hotel Summit sebab dah dekat. Lisa marah agaknya sebab aku tinggal berdua dengan Sham. Itu saja. Its not a big deal. Bukan aku keluar dating dengan Sham. Korang kenal aku kan? Mana lah aku pandai mengorat lelaki. ...he he! ” aku membuka cerita. Biar tak ada yang tahu sebenarnya itu lah kenangan terindah aku .
“ Ala.... kau tak payah mengorat. Ramai yang nak tackle engkau. Ikan jerung pun kau boleh dapat. Tapi kan, aku rasa memang Sham ada hati kat engkau. Masa di rumah Izrin dulu, kan dia asyik pandang kau, tanya pasal kau. Kau pun apa kurang , ingat aku tak nampak kau curi curi jeling kat dia? Adoiiii...” jerit Zara bila aku menumbuk lengannya. Mulut tak ada insurans betul makcik ni!
“ Sudah lah....kau ni merepek jer Zara. Eh...aku nak balik dah. Malam ni kena tolong mak aku masak. Pakcik dengan Makcik aku nak datang” kata ku. Aku terus menghabiskan sisa teh tarik dan mengambil beg aku.
“ Ha...nak cabut lah tu. Ili kau jangan nak cover line lah. Sebut nama Sham pun muka kau dah merah” usik mereka bila aku bergegas balik. Kedengaran mereka menyanyikan bait bait lagu Sonata Musim Salju di susuli gelak ketawa.

Bagaikan siang tiada mentari
Bagaikan malam tiada cahaya rembulan
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta


Perli aku lah tu. Tak guna punya kawan!
Tapi aku memasang tekad. Aku tak akan layan Sham lagi walaupun sekadar membalas SMS nya. Cukuplah sekali aku di seranah oleh minah tu.
Pak Cik Anuar dan Makcik Suraya bertandang ke rumah untuk berbincang pasal majlis perkahwinan mama dengan Dr Imran.Kedua belah pihak bersetuju dengan tarikh 18 Disember kerana waktu itu cuti sekolah. Kak Ngah dan aku sudah mula bercuti. Abang Long juga sudah diluluskan cutinya dan akan balik dari Miri untuk seminggu. Begitu juga dengan anak anak Dr Imran, mereka dapat cuti hujung tahun sempena Krismas. Pernikahan akan di langsungkan di masjid dan malam yang sama kenduri doa selamat akan di adakan di rumah Dr Imran di Bukit Damansara.

Mama, pakcik dan makcik mula membahagikan tugas tugas penting. Mama dan Dr Imran tak nak hantaran, cuma maskawin dan cincin sahaja. “ Kami pasangan dah senja , buat yang wajib sajalah” kata Mama. Bunga telur pun tak payah buat. Lega aku. Walaupun majlis sederhana tapi banyak juga kerja yang harus diselenggarakan. Aku , kakak dan anak perempuan Dr Imran di tugaskan melayan tetamu masa kenduri nanti.

Mama memberitahu aku yang kita akan berpindah ke rumah Dr Imran di Bukit Damansara selepas pernikahan nanti. Aku pernah pergi ke rumah nya sekali, rumah banglo yang besar dan cantik . Halaman nya luas dengan lanskap yang indah. Tapi aku sedih sebab terpaksa berjauhan dengan Zara. Sejak kecil lagi kami membesar bersama di Subang Jaya. Rasa janggal bila berpindah ke Bukit Damansara nanti, maklumlah kawasan orang kaya. Aku akan merindui jiran tetangga dan kehidupan di sini.
“ Hmmmph...boringnya. Lepas pindah nanti susah lah aku nak lepak dengan Zara dah. Tapi takpelah. Tak lama lagi kita akan ke Australia bersama, insyaallah.”

Selesai makan malam, aku mencuci pinggan mangkuk di dapur dan kemudian membuat kopi . Ini memang sudah tugas aku kalau Pakcik Anuar dan Makcik Su datang. Aku memang pakar membuat kopi sebab pernah bekerja di Starbucks masa menunggu keputusan SPM dulu. Selepas menghidangkan kopi dengan kuih tako yang mama beli petang tadi ,aku meminta diri naik ke bilik.
“ Study rajin rajin Ili. Bila Ili nak pergi Australia? “ tanya Pakcik Anuar.
“ Insyaallah February depan pakcik. ”
“ Dah ada boyfriend ke belum ni? Hari tu ada kawan makcik tanya pasal Ili. Katanya nak kenalkan kepada anak lelaki dia. Tapi makcik belum bagi apa apa jawapan “ Makcik Su pula mencelah
“ Eeee...tak nak lah makcik. Ili muda lagi, belajar pun tak habis. Tak nak lah fikir pasal ni. Ili naik atas dulu ye. Kena belajar , exam dah dekat” jawab ku pantas sambil lari naik tangga. Pening kepala aku bila soal teman lelaki timbul.
.......................................................................................................................

Aku membuka buku Economics tapi kata kata Lisa di library tadi terngiang ngiang di telinga. Walaupun tadi aku berlagak cool tetapi kata kata Lisa telah meninggalkan kudis di hati. Begitulah karekter aku, aku memang pandai menyembunyikan perasaan. Di luar aku sentiasa tabah dan happy go lucky, walaupun hati ku terguris. Bila aku tengok kawan kawan aku menderita bila putus cinta aku tak ingin jatuh cinta. Aku takut di kecewakan. Tapi apakan daya, kali ini aku tak dapat mengemudi perasaan ku.
Airmataku mula bergenang ” Sham hanya memainkan perasaan aku. Takkanlah dia boleh suka aku kalau dia dah ada Lisa yang cantik, sexy, manja, glamour.....serba serbi perfect lah. Aku dengan dia macam langit dengan bumi” .

Aku memakai baju tidur dan melepaskan rambut ku yang lurus mencecah bahu. Aku bukan jenis yang stylo , aku tak pernah mewarna atau mengkerintingkan rambut ku. Aku memerhati wajah ku di cermin sambil menyisir rambut.
“Ili, pakai lah mekap sikit. Macam muka budak 15 tahun” aku teringat kata kawan kawan. Memang ada yang ingat aku ni adik Irfan.
“ Best apa, awet muda. He! He!” balas aku waktu itu.
Lamunanku di terjah oleh lagu Hi Hi Bye Bye. Aku mengambil henfon aku dari meja sisi katil. Nombor yang tertera begitu familiar walaupun tidak di save.
“ Alamak , apahal Sham phone aku ni? Dia tak tahu ker yang aku kena sergah tadi? Sengaja nak cari pasal” Aku membiarkan deringan berhenti dengan sendiri.
Aku mengambil wuduk dan menyempurnakan solat Isyak. Aku baru membuka semula buku bila henfon aku berbunyi lagi “ Hissshhhh...mamat ni tak give up ker? Apa yang penting sangat dia nak cakap ?” Baik aku jawab , kalau tak satu malam aku tak senang.
“ Hello”
“ Hi, am I disturbing you?” suara Sham menerjah ruang rindu di hati ku. Suara yang macho dan romantis. Lagu Sonata Musim Salju alunan Sham masih terngiang ngiang di telinga ku.Cepat cepat aku padamkan segala lamunan.
“ Tak. ‘ jawab ku pendek
“ Habis tu ,kenapa tak jawab tadi? My message pun you tak reply.” Suara Sham seakan merajuk
“ I baru habis solat. Kenapa you call ni?”
“ Why? Tak boleh call ke? I just want to hear your voice. Rindulah”
Aiyoooo....nak luruh jantung aku dengar Sham cakap camtu. Ayat player tersohor lah katakan!!
“ Ili, pukul berapa you habis class esok? I nak ajak you teman I beli birthday present untuk kakak I”
Kau nak aku kena sekeh dengan Lisa? Wajah garang Lisa terus menerjah kepala ku. Kata kata kesatnya terngiang di telinga.
“ Sorry Sham, esok I busy. I ada extra tutorial. “
“ Tutorial ker , saja tak nak jumpa I?”
“ Exam dah dekat lah. Sorry, I tak ada masa nak keluar.”
“ OK lah. Jual mahal betul awak ni. But I won’t give up. Good night” Sham memutuskan talian.

Aku teringat kembali segala detik aku dengan Sham. Aku kebuntuan. Adakah dia jujur? Atau cuma nak ambil kesempatan atas kenaifan ku?
“Aku tak akan terpedaya dengan kau. Kau ingat semua perempuan akan tersungkur bila kena pujuk rayu kau? Sorry, not me...” Aku cuba menimbus dalam dalam segala getaran perasaan yang aku rasai terhadap Sham. Tetapi wajah Sham masih menghantui aku siang dan malam.
“ Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan dan cabaran. Kuatkanlah iman ku, berkatilah segala usaha ku...amin” doa ku .
Anak anak Dr Imran merangkap kakak dan abang tiri aku, Nadia dan Nabil pulang seminggu sebelum perkahwinan mama ku dengan bapa mereka. Alhamdulilah, Nadia dan Nabil memang best. Aku dan adik beradik aku selesa dengan mereka. Kak Nadia yang hitam manis dan berwajah mirip Fara Fauzana, sedang mengandung anak yang pertama, dia balik seorang tanpa suaminya yang sibuk dengan kerja. Abang Nabil pula not bad looking, wajahnya mirip bapa nya. Tapi not my type....he! he! Anyway, dia dah ada girlfriend nama Corinne Chew yang berasal dari Pulau Pinang.
Mereka gembira yang bapa mereka bertemu jodoh dan menerima mama seadanya. Tak ada rasa sangsi atau iri hati yang aku boleh nampak dari kelakuan mereka. Aku dapat melihat kelegaan di wajah mama. Sebelum ini, mama rasa gusar yang anak anak tiri nya tidak suka bapa mereka berkahwin semula.

Di landa kesibukan , aku dapat melupakan sedikit kerinduan yang makin bercambah di hati. Sudah hampir sebulan aku tidak bertemu dengan Sham. Aku ada menerima SMS dan panggilan dari Sham tapi cuma sekadar bertanya khabar. Tiada kata kata usikan atau ucapan romantis seperti dulu. Mungkin dia dah bosan dengan taktik jual mahal aku. Kalau aku tak layan pun, ramai lagi perempuan yang menunggunya. Tapi sejujurnya, aku rindu sangat ....he! he! Inilah kes mahu tapi malu, benci tapi rindu.

Pada 15 Disember, mama dan Dr Imran selamat di ijab kabulkan. Pernikahan di Masjid Bukit Damansara di sebelah pagi di hadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Dengan sekali lafaz, mama menjadi isteri yang sah kepada Dr Imran. Aku menitiskan airmata melihat mama yang cantik berbaju kurung peach, kini bergelar isteri kepada seorang yang begitu baik budinya dan sudi menerima kami.
Malam yang sama, kenduri doa selamat di adakan di rumah papa . Rumah banglo 2 tingkat itu di limpahi cahaya lampu warna warni yang berkelipan. Lebih kurang 100 tetamu hadir. Selain saudara mara, kami menjemput orang masjid, kawan rapat dan jiran jiran. Walaupun makanan di sediakan caterer tapi aku dan adik beradik ada tugas masing masing supaya semuanya berjalan lancar. Selesai solat Maghrib dan bacaan doa, tetamu pun menjamu selera. Semuanya berjalan lancar. Syukur Alhamdulilah.
......................................................................................................................

Tiga hari selepas kenduri baru lah aku selesai memindahkan baju dan barang barang ku ke rumah baru. Rasa macam nak tercabut pinggang. Nasib baik Abang Nabil dan Irfan tolong. Bestnya , bilik yang aku kongsi dengan Kak Ngah luas dan cantik. Lagi besar dari master bedroom di rumah lama. Ada bay window lagi. Aku memang idamkan bilik tidur yang ada bay window macam yang aku selalu tengok dalam TV. Bila duduk di sisi tingkap mulalah aku berangan. Selesai mengemas , aku pun turun bawah dan terus ke dapur .

Abang Nabil dan Irfan sedang berborak di dapur. Cuma kami bertiga yang tinggal. Kak Nadia pulang ke Sydney semalam dan Kak Ngah pergi bercuti ke Melaka dengan kawan nya. Mama dan papa pergi ke Bangkok. Papa ada seminar di sana selama seminggu dan selepas itu mereka sambung cuti selama 3 hari lagi. Ini kira honeymoon merekalah sebab jadual papa sangat ketat.

“ Ili, Irfan, abang nak jumpa kawan di Midvalley. Korang nak ikut?” tanya Nabil

“ Saya dah janji nak main futsal dengan kenkawan. Tak sempat lah bang” jawab Irfan. Sejak cuti ni aktiviti Irfan kalau tak main bola, main futsal. Kalau tak , main badminton. Asyik keluar saja. Tapi tak kisahlah, janji dia tak merempit.

“ Ili nak ikut. Tunggu kejap boleh tak? Ili nak tukar baju” .
Dah lama aku tak pergi Midvalley. Dulu masa tinggal di Subang Jaya, port aku Subang Parade atau Sunway Pyramid. Niat aku pergi Midvalley sebab nak beli hadiah harijadi Zara dan nak cari kerja part time masa cuti ni. Boring duduk di rumah selama dua bulan. Aku tidak betah duduk diam. Tambah pula di area baru yang aku tak ada kawan. Tak lama lagi Abang Nabil balik London. Bulan depan Kak Ngah buat praktikal di Hospital Besar Pulau Pinang dan Irfan mula sekolah. Tinggal aku terkonteng konteng seorang di rumah. Sure mati kutu!

“ Cepatlah. Abang janji dengan kawan nak jumpa dia pukul 11”
Aku cepat naik ke bilik dan menukar pakaian. Aku menyarung jeans dan T shirt lengan panjang warna hitam putih. Mana pula sneakers aku ? Puas aku mencari , akhirnya jumpa juga. Aku terus mengambil beg dan meluru turun. Abang Nabil sudah menunggu dalam kereta.

1 comment:

madainafus said...

How to play slots in Vegas - DrmCD
Vegas slot games have 양산 출장안마 great graphics and high 양주 출장샵 RTPs that are well 안산 출장안마 optimized for mobile devices and play your favorite casino games for real May 15, 2019 · 창원 출장안마 Uploaded by Casino 안산 출장샵 Games