Tuesday, October 21, 2008

Kemelut

Mata Alani tiba tiba terbuntang melihat jam loceng di meja sisi katil bujangnya. Jarum jam jelas menunjukkan pukul 8.50 pagi. Dia menenyeh mata dan mencapai pula jam tangan di meja sisi. Sah! Matanya tak menipu.

" Alamak! Aku terlupa set alarm rupanya! Patutlah nampak terang jer kat luar" gumam Alani sambil bergegas bangun.

Dia terus mencapai tuala. Pintu bilik air di tutup dengan kuat. Tak sampai 10 minit Alani sudah keluar dari bilik mandi. Mandi ala car wash. Jirus air, sabun, simbah air.

" Kakak, bangunlah cepat. Tolong hantar Nani. Nani dah lambat ni." Dia menggoncang tubuh kakaknya sambil sebelah tangan lagi menyisir rambutnya yang mencecah bahu. Baju T lengan panjang warna pink dan seluar cargo kelabu tua tersarung kemas di tubuhnya.

" Apaa niiii... kacau lah...." rungut Almaz separa sedar sambil menepis tangan adiknya dan mengubah posisi tidur. Tak berhasil lansung usaha Alani.

Dengan mulut yang muncung, Alani mengambil beg Guessnya dari tepi katil dan mengira wang di dalam dompet. Cuma RM42 yang tinggal. Kalau kena naik teksi ke Great Eastern Mall, habis lagi RM7.00 - 8.00. Bankrupt lah aku. Memandangkan jam yang sudah menunjukkan pukul 9.15, nak tak nak kenalah juga naik teksi. Kakaknya masih lagi tak puas mengulit mimpi. Dia bergegas ke bawah.

" Nani, tak sarapan dulu? Nanti kena gastric lagi, siapa yang susah? " suara neneknya, Hajjah Hasnah menyapa Alani yang sudah menghampiri pintu depan. Kata kata nenek membuat dia berpatah balik menuju ke ruang dapur. Baik aku jamah sedikit sebelum Opah terus membebel, getusnya .

Meja stail kopitiam di tengah dapur di jenguknya, kemudian dia menuang kopi yang sudah suam ke dalam mug dan mengambil sebijik cekodok. Lauk pauk kenduri tahlil semalam dan roti bakar juga terhidang tapi Alani terlalu mengejar masa.

" Nani dah lambat , Opah. Semalam Nani lupa nak set alarm. Kakak pula tak boleh nak bangun, kena gam gajah kot mata dia. Terpaksalah Nani naik teksi pagi ni. Kalau tunggu bas mesti lambat masuk kerja. " Alani menjawab sambil mengunyah. Sisa makanan dalam mulut di telan bersama seteguk kopi. Alhamdulilah.

" Habis tu korang berdua tak solat subuh lah. " suara Hasnah meninggi.

" Nani uzur lah , Pah.. "

" Kakak awak tu tak kerja hari ni?" tanya Hasnah

" Dia cuti. Tapi katanya semalam dia nak balik ke rumah sewa nya. Malam nanti dia ada flight ke Beijing. Ok, Nani pergi dulu. Bye, Opah ku yang tersayang. " usik Alani sambil mencium pipi berkedut wanita 60an itu. " Muaahhhh" Hasnah cuma mampu menggeleng kepala melihat keletah cucu kesayangan nya.

" Jalan elok elok, buat kerja baik baik. Jangan lambat balik tau" kata Opah. Opah tak pernah tukar lirik " lagu" dendangannya, gelak Alani dalam hati.

" Baik, Pah. Assalamualaikum " laung Alani sambil melambai dari luar pintu pagar.

" Dah boleh jadi mak orang, perangai macam budak kecik lagi. " bebel Hajjah Hasnah sendirian bila cucunya berlari macam lipas kudung mengejar teksi yang sedang lalu di jalan besar .

................................................................................................................................

Tepat pukul 10.15 pagi, Alani tiba di butik Ratu di tingkat bawah Great Eastern Mall. Butik busana muslimah yang esklusif itu kepunyaan sahabat karib ibu saudaranya, Zalina. Sementara menunggu pekerjaan yang setaraf dengan kelulusannya, Alani menerima tawaran kawan Mak Su, Sharifah Sharidah atau nama glamer nya Sherry, untuk bekerja di butik nya. Bukan susah pun kerja di sini, pelanggan tidaklah begitu ramai. Banyak masa di habiskan membaca novel, majalah, melayari internet. Kedai macam ini mempunyai " regular clientele" yang terdiri dari golongan atasan dan orang berada. Kebanyakkan mereka kawan Mak Su dan geng nya juga . Alani membantu Kak Sherry melayan pelanggan, membuat alteration, menjawab telefon, pergi ke bank dan sebagainya. Paling di sukai nya bila dapat memberi idea untuk rekaan baru dan menjahit labuci. Kak Sherry sering memuji, katanya Alani ada bakat semulajadi. Cewahh! Mana tahu, kot kot boleh jadi Bernard Chandran satu hari nanti, Alani berangan.

Selesai mengatur majalah yang di letak dalam rak sebagai bahan bacaan pengunjung kedai, Alani menyapu lantai dan mengelap meja dan rak.
Sejenak kemudian, telefon yang terletak di kaunter berdering. Dia bergegas untuk menjawab

"Assalamualaikum. Butik Ratu. "

" Waalaikumsalam. Kak Sherry sini. Nani, akak lambat sikit sebab kereta rosak. Datin Noraini kata dia nak datang tengok collection baru. Kalau akak tak sempat, Nani tolong layan dia okay? Give her my apologies. I'll see you later" Suara Kak Sherry macam orang tengah semput. Tengah panik lah tu agaknya, detik hati Nani. Kak Sherry jenis yang cepat gelabah kalau benda yang tak di jangka berlaku. Rutin harian nya tak banyak berubah dari hari ke sehari. " I don't like surprises" itulah motto nya.

" Harap haraplah Datin Noraini sampai lambat. Dia tu cerewet, jenuh aku nak melayan kalau Kak Sherry tak ada" getus Alani. Dia meneruskan kerja mengemas. Tudung tudung di dalam laci yang tak sempat di gantung semalam , di keluarkan dan di gosok sebelum meletakkan price tag.

Malangnya, Datin Noraini sampai tepat pukul 11 tengahari. Kak Sherry masih belum lagi kelihatan. Dengan senyuman yang ceria, Alani memberi salam dan menegur Datin yang cantik dan anggun itu. Hebat gayanya dengan baju biru sedondon dengan beg dan kasut designer brand.

" Datin, Kak Sherry minta maaf. Dia lambat sebab keretanya rosak. Mungkin sekejap lagi sampailah. Datin tengok tengoklah dulu, ya. Koleksi baru ada di sini" kata Alani sambil menunjuk rak yang di penuhi kaftan dan kebaya labuh bersulam manik dan labuci.

" Sorry, saya lupa nama awak. Awak ni anak buah Zalina, kan?"

" A'ah. Saya Alani. Panggil Nani saja pun boleh" jawab nya ramah. Datin Noraini membelek baju satu persatu, sambil bertanya khabar Mak Su nya.

" Hello" kedengaran suara lelaki menyapa dari depan.
Alani meninggalkan Datin Noraini yang sedang mencuba pakaian dan melangkah ke depan. Aduh mak! Hensemnya! Seorang lelaki tinggi lampai berkulit sawo matang tercegat di sisi pintu sambil matanya mengilas ke sekeliling kedai. Bibirnya menguntum senyuman bila melihat Alani. Wah ! Senyuman nya amat menceriakan pagi ku, detik hati Alani.

" Boleh saya bantu ?" tanya Alani. Tiba tiba suaranya tersekat. Dia menyelit rambut ke belakang telinga. Menyesal pula tak sempat calit lipgloss tadi. Gementar rasanya bila berdepan dengan makhluk Tuhan yang paling hensem. Okaylah... bukan paling hensem tapi di antara yang terhensem pernah ku lihat. Nak senyum pun tak menjadi. Otot otot muka nya seakan kena botox.

" Noraini ada di sini?" soalan nya membuat Alani terkedu. Alahai! Melepaslah aku. Tak sangka suami Datin Noraini muda dan kacak. Dan sudah semestinya kaya. Bertuahnya badan!

" Ada. Dia tengah try baju. Sila duduk dulu, Datuk. " Alani mempelawa. Lelaki berkemeja kelabu berjalur putih dan berseluar hitam itu tergelak kecil sambil melabuhkan punggungnya ke sofa. Tangannya mencapai majalah Tatler dari rak di sebelah.

" Datuk nak minum?"

" No, thank you." Dia menggeleng. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

" Cantik tak baju ni, Di?" tanya Datin Noraini sambil memperagakan baju kebaya labuh berwarna biru cair berkerawang putih di depan lelaki tadi.

" D for Darling? Atau D for Datuk? " Alani tertanya dalam hati.

" Ok lah. Lawa." jawab "D " acuh tak acuh. Matanya kembali tertumpu pada majalah tadi.

Selepas mencuba 5 helai baju dan memberi berbagai komen, akhirnya Datin Noraini memilih satu baju potongan jubah warna purple dan sehelai baju kebaya labuh peach.

" Alani, awak boleh pendekkan lengan baju purple ni seinci? Saya datang ambil besok." Kata Datin sambil mengeluarkan kad kredit dari dompet Louis Vuittonnya.

"OK. No problem." Alani mengangguk sambil melipat baju kebaya tadi dengan cermat dan meletakkan nya dalam beg berlogo RATU. Baju purple yang perlu di alter di letakkan di bilik stor.

Selesai Datin membuat bayaran , Alani mengiringi mereka berdua ke pintu.
" Terimakasih Datin, Datuk. Datang lagi ya."

" Ok Alani.Thank you. See you" jawab Datuk sambil melemparkan senyuman yang menampakkan gigi nya yang cantik dan lesung pipit di pipi kiri. Tak cukup dengan itu, matanya di kenyitkan. Gatal juga Datuk ni, getus Alani. Tapi Datin pun sporting, tengok sajalah cara dia menepuk nepuk belakang suaminya. Kalau aku, mesti dia dah kena cubit sampai lebam.

......................................................................................................................................

" Laparnya... lauk apa malam ni?" tanya Alani sambil menanggalkan kasut. Tanpa menunggu jawapan dia mendekati meja makan. Ada aroma masakan yang mencuit hidungnya. Hajjah Hasnah,Zalina dan anak Zalina , Zafran sedang menikmati hidangan malam.

" Best.....lauk feveret Nani. Masak asam pedas ikan pari, fuyooo... terangkat !"

" Ish... tak bagi salam. Budak ni.." tegur Hasnah

" Sorry. Assalamualaikum , Opah, Mak Su, Afan" kata Alani tersengih. Tangannya menceduk nasi dan lauk dengan penuh selera.

" Tadi Mak Su nampak ada surat untuk Nani kat depan" kata Zalina sambil menjuihkan bibirnya ke arah meja konsol di tepi dinding.

Jari Alani yang hampir menyuapkan nasi ke mulut terhenti. Dia bingkas bangun dan meluru ke depan. Harapannya semoga ada berita baik. Sampul surat putih itu di koyak dengan tangan yang terketar ketar.

" Yeay yeah! I got it! I got it. Nani dapat kerja dengan Berjaya Construction! YESSSSS!" jeritannya bergema di seluruh pelusuk rumah teres dua tingkat itu.

" Tahniah. Berapa gajinya?" tanya Zalina sambil menjenguk surat di tangan Alani.

" RM2,500. OK lah kan?" Kata Alani sambil terloncat loncat kecil dari tadi.

" Kuatnya Nani menjerit. Nasib baik Opah tak kena sakit jantung" usik Hajjah Hasnah.

" Sorry Pah. Nani gembira sangat sampai lupa diri. Dah puas pergi interview merata rata, Nani dapat juga kerja yang Nani nak. " Alani tersengih. Rasa macam tak boleh nak berhenti senyum malam ini. Setelah berbagai kerja di minta dan berkali kali pergi interview, akhirnya berjaya juga. Dulu dia kecewa dan risau kerana ramai kawan satu batch dengannya sudah mendapat kerja, Tapi hari ini dia mampu tidur lena. Menjadi pegawai di bahagian kewangan syarikat pembinaan itu memang sesuatu yang di idamkannya.

"Akhirnya dapat lah aku membalas jasa Opah dan Mak Su yang telah menjaga kami selama ini", tekad nya dalam hati. Sejak kematian ibubapanya, Hajjah Hasnah dan dan Haji Salleh membela Alani dan kakaknya Almaz. Hasnah dan Salleh bukanlah orang kaya, Salleh cuma polis berpangkat sarjan. Bila Salleh pencen, mereka berpindah ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama Zalina ,yang ketika itu sudah menjanda. Suaminya Malik meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya ketika usia perkahwinan mereka 5 tahun. Zafran ketika itu baru berusia 3 tahun. Nasib baik Zalina wanita berkarier dan menjawat jawatan tinggi dalam syarikat Evergreen Corporation.

" Tahniah Nani. Jangan lupa bagi tahu Sherry yang Nani nak berhenti. Dia kena cari orang untuk ganti Nani" Kata Mak Su sambil tersenyum bangga. Alani anak buah kesayangan nya walaupun dia cuba sedaya mungkin untuk tidak pilih kasih. Nani yang rajin, pandai mengambil hati dan sentiasa ceria amat di senangi. Berbeza dengan Almaz yang agak keras kepala.

" Ok Mak Su." Alani mengangguk sambil tersenyum riang.

" Kak Nani kena belanja kita semua. Busuk busuk pun kat Ampang Yong Tow Foo. Kalau kat hotel lagi best" kata Zafran, sepupunya yang berumur 9 tahun itu. Alani mencebikkan bibir .

" Hoi Afan, tunggulah akak dapat gaji dulu. Ni belum apa apa lagi dah nak ketuk kita" dia menjeling. Hish, budak ni... kecik kecik lagi dah pandai nak demand.
..............................................................................................................

" Munir, aku dah dapat kerja" Alani terus menelefon teman rapat nya sebaik saja lepas makan. Tak sabar nak bagi tahu berita baik.

" Ya ker? Bestnya. Tahniah! Kat mana?" Munirah teruja.

" Berjaya Construction. Aku pergi interview kat sana dua bulan lepas. Aku tunggu punya lama tak dengar khabar. Aku pun dah give up. Tak sangka aku dapat. "

" Wah... best tu. Kalau syarikat construction mesti banyak engineer. Ramai lah pakwe kau nanti" usik Munirah.

" Huk eleh... kau ingat aku ni gatal sangat nak cari laki ker. Sorry lah" dengus Alani. Dia tahu kawannya cuma bergurau.

" Ya lah... kau tu tunggu Putera dari kayangan kot. Eh.... kau dah dapat tak kad kawin
Arif? " Arif atau nama sebenarnya Arifah kawan rapat mereka yang sama sama menuntut di MRSM.

" A'ah. Kau pergi tak nanti? Kalau kau pergi aku nak ikut" pesan Alani

" Okay, kita duduk kat rumah aku kat kampung. Mak bapak aku pun dok tanya apasal kau dah lama tak jenguk dia orang"

" Set. Eh... aku dah mengantuk ni Kena tidur awal. Pagi tadi aku bangun lambat Nasib baik tak lambat pergi kerja. " Alani menahan diri dari menguap. Matanya sudah makin berat.

" Okay. Assalamualaikum" Munirah mengakhiri perbualan
" Nani , akak kena balik ke rumah sekarang sebab mak akak tak sihat. I kena bawa dia ke klinik. Nani boleh tunggu sampai Datin Noraini datang ambil baju dia?" tanya Kak Sherry.

Alani terpaksa mengangguk. Tak ada pilihan. Dalam hati dia merungut, sekarang sudah pukul 8.30 malam. Bila Datin ni nak sampai? Perut aku dah berkeroncong. Nasib baik ada kacang goreng yang aku beli dari Cold Storage tadi.

Selepas Kak Sherry pulang, ada dua tiga pelanggan yang masuk tapi cuma untuk
tengok tengok pakaian yang tergantung. Kebanyakkan pelanggan hanya membeli bila ada sale. Jam dinding menunjukkan hampir pukul 9.00 tapi Datin Noraini masih belum muncul. Alani mula risau.

"Ni yang susah kalau pelanggan VIP, di buatnya kita macam balaci. Takkan tak tahu orang pun nak balik jugak. Tambah lagi "gadis pingitan" macam aku ni. Mahu "sebakul" aku kena basuh dengan Opah kalau lambat pulang" rungut Alani.

Alani baru saja mendial nombor henfon Kak Sherry untuk bertanya berapa lama lagi dia harus menunggu bila terdengar suara lelaki.

" Sorry, I'm late. Nasib baik kedai masih buka. Kalau tidak teruklah saya kena marah" kata suami Datin Noraini dengan tercungap cungap. Dengan T shirt berkolar warna biru gelap dan jeans lusuh, Datuk nampak macam pemuda dalam linkungan 20an. Awet muda betul , apa agaknya rahsia dia? Collagen? Botox? Facelift? Jamu? Power Root? Alani tertanya tanya.

" No problem. Datin dah call kata dia akan datang malam ni jadi saya mesti tunggu. Datuk tunggu sekejap ya" kata Alani. Datuk cuma ketawa kecil. Pelik juga dia ni. Apa yang kelakar sangat? Alani ingin sangat tahu. Tapi dia cuma diamkan diri sambil melangkah pantas ke bilik stor untuk mengambil beg berisi baju Datin yang telah di pendekkan lengannya.

" Pukul berapa kedai ni tutup?" tanya Datuk H. Dalam diam Alani memberinya gelaran Datuk H sebab dia handsome.

" Selalunya pukul 8.30 tapi kalau ada pelanggan kita akan tunggu." Jawab Alani sambil menghulurkan beg kepadanya." Kalau Datuk nak tengok baju, silakan lah. Mana tahu kalau nak bagi surprise kat Datin?"
Entah kenapa, jantung Alani berdegup pantas bila hampir dengan lelaki ini. Tak puas menatap wajahnya yang tampan dan senyumannya yang memikat. Jangan nak cari pasal, itu suami orang, Alani menyergah diri sendiri. Nanti bukan saja kena ganyang dengan Datin tapi juga Kak Sherry dan Mak Su.

" Hmm.. boleh juga tengok tengok. Tapi tak menyusahkan awak ke? Nanti awak lambat balik. Atau mungkin ada date?" Matanya redup merenung Alani. Alani menggeleng.

" Er... tidak, takde. Silakan" Dia memaniskan muka walau terbesit kerisauan dalam hatinya. Alamak, pukul berapa aku nak balik kalau macam ni? Tapi sebab Datuk dan Datin punya pasal, terpaksa lah aku layan? Kalau tak , nanti merosot pula perniagaan Kak Sherry.

" Pakaian ni semua dari mana?" Datuk bersuara. Dia membelek baju berwarna pink dengan kerawang bunga hijau cair.

" Yang itu dari Indonesia. Kita ada supplier di Jakarta. Yang di sebelah sana dari India. Tapi kebanyakkan nya kita design sendiri dan jahit di sini. Ada juga jubah dan telekung."

" Alani dah lama kerja di sini?" Eh, dia ingat lagi nama aku. Terkedu Alani di buatnya.

" Dah dua bulan lebih. Tapi saya nak berhenti tak lama lagi"

" Ya ker? Kenapa? Tak suka kerja di sini?" Tangan Datuk H tidak lagi menguis nguis pakaian di rak. Dia menumpukan sepenuh perhatian pada Alani. Serba tak kena rasanya bila di tenung Datuk H.

" Saya memang suka. Tapi saya kerja di sini sementara saja, Datuk. Kak Sherry pelawa saya kerja sebelum dapat tawaran lain. Boring kalau tanam anggur. " Jawab Alani . Lebih lebih pula aku ni... macam lah Datuk ni member baik aku.

" Oh...kerja sementara tunggu result lah. Alani dapat masuk universiti mana?"
Aiiikkkk...Datuk H ingat aku ni baru habis sekolah ke? Tak tahulah samada aku patut rasa gembira sebab aku nampak muda, atau aku ni comot lagi macam budak hingusan. Alani menggeleng.

" Tak, saya dah grad. Dah banyak kali pergi interview kerja tapi baru sekarang dapat. Insyaallah bulan depan saya mula kerja dengan Berjaya Construction."

" Really? Saya ingat Alani baru lepas sekolah. Sebab muka you cute, macam teenager .... he! he! Eh, dah lambat ni. Mesti Alani nak balik. Insyaallah kita jumpa lagi." Datuk H melemparkan senyuman yang sungguh mendebarkan sebelum segera meninggalkan kedai.

Duhai hati, bertenanglah dikau... seru Alani.
............................................................................................................................


" Semalam pukul berapa Datin Noraini datang?" tanya Kak Sherry yang sedang memasang price tag di beberapa pakaian baru.

" Dia tak datang. Datuk yang datang. Er...dalam pukul 9 lebih"

Sherry mengerutkan dahinya. Setahunya Datuk Izzat berada di London sebab ada urusan perniagaan. Bila pula dia balik? Kalau dia dah balik pun, tak mungkin dia nak ke sini untuk ambilkan baju isterinya. Tokoh korporat macam dia mana ada masa.

" Betul kah Datuk yang datang? Noraini kata dia ada di London. Minggu depan baru balik"

" Tak lah. Kelmarin pun dia datang dengan Datin masa Datin beli baju. Dia baik , tak sombong. Nampak muda kan, Datuk tu?" Alani cuba untuk bercakap dengan setenang mungkin. Bila teringat senyuman Datuk H, degup jantungnya berkejar kejaran.

Kerutan di dahi Sherry makin mendalam. Dah rabun kah budak ini? Datuk Izzat yang berumur lewat 40an itu dah hampir botak, perut buncit pula. Siapa pula yang menyamar jadi Datuk ni? Mungkin Datin suruh driver dia datang. Tapi driver dia si Michael itu keturunan India. Jangan jangan Nani tersilap bagi baju Noraini kepada orang lain. Matilah!

Baik aku call Noraini, kata Sherry dalam hati. Dia mendial nombor teman baiknya itu. Sebaik saja habis bercakap, Sherry ketawa terbahak bahak.

" Kenapa Kak Sherry?" tanya Alani sambil mengatur baju di rak, hairan melihat Kak Sherry yang kelucuan.

" Nani , Nani. Awak ni memang kelakar. " Muka Kak Sherry merah kerana terlalu geli hati. Matanya berair.

Alani terkebil kebil " Apa yang Nani buat? Kenapa Kak Sherry cakap camtu?"

"Yang datang dengan Datin Noraini tu bukan Datuk tapi adik Datin. ... Ha! Ha! Ha!"

" Alamak! Betul ker? Ya Allah, patutlah dia asyik tersengih bila Nani panggil dia Datuk. Malunya Nani" Alani menekup mukanya . Tak guna punya orang, dia biarkan saja aku panggil dia Datuk. Tak nak betulkan kesilapan aku pun.

" Mati mati Nani ingat dia suami Datin. Pastu Datin panggil dia D. Nani ingat short form for Darling "

" Nama dia Khairul Rifdi. Di tu panggilan manja dia kat rumah. " Kak Sherry menekan perut nya yang senak dek terlalu banyak ketawa.

" Mesti dia orang gelakkan Nani kat rumah" kata Alani sambil menjuihkan bibirnya. Marah pun ada, tapi memang kelakar. Kemudian dia sendiri tertawa kecil mengingatkan kesilapan nya. Patutlah "Datuk" itu kelihatan muda sangat. Khairul Rifdi...sedap namanya. Orangnya pun sedap mata memandang. Very very sedap...he he! Aku dah jatuh syokk saja, bukan jatuh cinta.. dia memberi amaran pada diri sendiri.

" So, apa yang Nani bualkan dengan Rifdi semalam? Datin kata Rifdi asyik tersenyum saja bila balik. Siap tanya bila lagi kakak dia nak datang sini. Ada apa apa ker ni?" Kak Sherry mengusik.

Muka Alani merona. " Tak ada apa lah Kak. Nani cuma pelawa dia tengok baju baju. Itu saja. Dia pun nak balik cepat."

" Ya ker? Rifdi tu single lagi. Handsome, baik, kerja pun bagus. Tak minat ker? Boleh Kak Sherry tolong recommend. Family dia pun sibuk suruh dia kawin"

" Kak Sherry ni..... tak senonoh lah. Tak padan lah dia dengan Nani" Alani menjerit kecil "Eh... Nani tak habis lagi menggosok baju tadi"

Alani bergegas ke bilik stor di belakang untuk mengelak usikkan Kak Sherry. Takut nanti muka nya yang memerah menimbulkan syak. Kak Sherry masih tersenyum teringatkan kisah Alani dan "Datuk "nya.teratakian_th_ththchip.gif
Alani dan Almaz berjalan menyusuri kedai kedai di aras concourse KLCC, dari G2000 ke Giordano dan kemudian Zara. Masing masing menjijit beg plastic berlogo. Memandangkan dia akan mula bekerja tak lama lagi, Alani membeli pakaian pejabat sementara kakaknya menjadi "fashion consultant" tak bertauliah. Alani merungut juga dalam hati, taste kakak aku ni lain macam sikit. Aku nak kerja kat company yang ramai staff Melayu dan agak konservatif, takkanlah nak pakai skirt pendek atau blaus yang jarang. Malu aku! getus nya

" Nani tak nak beli kasut untuk pakai ke ofis? Takkan nak pakai flats atau sneakers?" tanya Almaz

" Nani pinjam kasut kakak jerlah. Boleh?" Alani mengecek. Banyak juga dia berbelanja. Nasib baik ada duit simpanan masa bekerja dengan Kak Sherry dan kebetulan sekarang banyak sale. Cukuplah dengan dua helai jaket , dua pasang seluar slacks serta skirt. Blaus dan kemeja tak payah beli, pakai saja yang sudah ada. Baju kurung pun ada beberapa pasang yang masih baru. Memadailah buat masa ini.

" Awak nak pakai kasut tinggi kakak yang tiga inci tu? Nanti terpeleot... malu tau. Nani tak biasa pakai kasut tinggi, baik beli yang dua inci atau kurang" nasihat Almaz sambil menarik tangan adiknya ke kedai Hush Puppies yang sedang mengadakan jualan murah.

Sedang Alani mencuba kasut pumps warna hitam, dia terpandang seorang yang di kenali nya. Jantungnya terus berdetik kencang. Tapi debaran yang di rasainya cuma beberapa detik. Mata Rifdi melirik ke arah Almaz yang sedang berbual melalui henfonnya. Dan mata Rifdi terus tertancap pada Almaz yang tidak menyedari dirinya di perhatikan. Hati Alani terus sebu.

" Cantik kasut tu, Nani. Simple tapi boleh match dengan all types of clothes. Boleh pakai dengan pants, skirt dan baju kurung. Harga pun ok. You should buy it" kata Almaz sebelum meneruskan perbualan fonnya. Alani mengangguk.

" I'll take it" kata Alani kepada salesgirl. Dia mengikut gadis itu ke kaunter. Matanya melirik ke arah Rifdi. Seperti yang di jangkakan, lelaki itu sudah mendekati Almaz dan mereka berbual mesra. Ah.. sungguh secocok mereka berdua , detik hati Alani.

" Nani, kakak nak jumpa kawan kat Dome. Nak ikut?" laung Almaz.

" Tak payahlah kak. Nani segan lah dengan kawan kawan kakak." Jawab Alani pantas. Kawan kawan kakaknya jenis yang sofistikated, berpakaian seksi, yang perempuan pun ramai merokok. Kalau berjumpa asyik cerita pasal barang branded dan teman lelaki pelbagai bangsa. Kadang kadang meluat aku dengar, dengus Alani dalam hatinya. Tapi dia tak pernah suarakan isi hati nya pada Almaz. Almaz pun sudah banyak berubah. Sejak dua bulan lalu, Almaz tidak lagi tinggal serumah dengannya. Zalina dan Hajjah Hasnah yang sering membebel membuat Almaz pindah ke rumah sewa bersama teman teman. Tak tahan kena leter kalau balik lambat. Lagi pun tak bebas nak bawa kawan kawan balik ke rumah. Lagi satu, Almaz tak tahan dengan mulut Opahnya yang becok , asyik tanya bila nak kahwin. Alani akui, kekadang telinganya juga panas bila gunung berapi Hasnah meluahkan "lava "nya. Tapi Alani tahu Opah risaukan masa depan dia dan kakak bila Opah sudah tak ada nanti. Walaupun kakaknya masih pulang ke rumah Zalina sekali sekala tapi tak serupa macam waktu dulu. Sunyi rasanya. Dulu Almaz lah tempat dia meluahkan perasaan dan berkongsi rahsia. Rindu sangat zaman muda dulu bila mereka berdua sentiasa bersama.

" Ok then, I'll call you later" kata Almaz sambil bergegas keluar.

" Assalamualaikum. Apa khabar Cik Alani? Ingat Datuk lagi tak? " Mesra suara Rifdi menyapa telinga Alani. Aiikkk...macam mana mamat ni tiba tiba ada di sebelah aku? Ingatkan dia dah ikut kakak tadi. Nadi Alani mula meluncur pantas bak kereta Porsche di lebuhraya. Salesgirl yang sedang menyediakan resit terus menoleh ke arah Rifdi sambil meneleng kepala dengan manja dan memasang senyuman yang lebar. Mata duitan siyuutttt! detik hati Alani.

Merah muka Alani bila teringat "kesilapan teknikal" yang memalukan itu. " E'eh..sempat perli aku pula dia ni" getus Alani dalam hati. Tapi dia pun turut tergelak.

" Waalaikumsalam. Khabar baik Datuk. Sorry, saya salah anggap hari tu. Saya harap Rifdi tak marah. " katanya

" Kenapa nak marah pula? Minta minta masin lah mulut awak....he! he! Banyak shopping nampak? " Mata Rifdi menatap Alani. Gadis yang berkemeja warna pink dan jeans bawah lutut itu nampak comel, tambah pula dengan hairband yang di pakai untuk menahan rambutnya dari menutupi dahi.

" Beli baju untuk ofis . Minggu depan I start kerja kat Berjaya Construction. Terpaksalah ikut dress code pejabat. Mana boleh pakai jeans lagi . Rifdi pun shopping jugak ker?"

" Tak, saya tunggu anak buah saya. Dia pergi Petrosains sambut birthday party kawan." Senyuman yang di lemparkan membuat Alani terkesima.

" Tak sangka you dengan Almaz adik beradik" sambung Rifdi sambil mereka berdua melangkah keluar kedai.

Alani tersenyum. Memanglah. Kakak cantik, aku ni biasa jer. Dia pandai bergaya, aku selekeh. Kalau jalan dengan kakak pasti semua lelaki pandang kakak, aku ni macam halimunan. Tapi Alani tak pernah rasa cemburu atau rendah diri, dia sudah lali dengan keadaan begitu. Malah rasa bangga ada kakak yang cantik.

" A'ah. Almaz cantik kan? Orang selalu ingat dia bukan Melayu jati sebab muka dia macam ada mixed blood."

" Cantik tu subjektif. Semua orang pun ada kecantikan sendiri" Rifdi berfalsafah.

" Macam iklan produk kecantikan pula. Kejelitaan itu adalah hakmilik setiap insan ...." Alani mengajuk di sambut dengan ketawa Rifdi.
"She reminds me of Mimi. Pandai, manis dan kelakar" detik hati Rifdi. Keceriaan yang di rasainya mula di selindungi bibit bibit kesedihan bila kenangan silam menerjah.

" Macam mana Rifdi kenal Kak Almaz?" soalan Alani menerjah nostalgia Rifdi

" Through friends. Kawan I introduce masa terserempak kat airport. Rupanya your sister bertugas dalam flight I ke Bangkok. "

Keduanya senyap sebentar, kaki mereka melangkah perlahan sambil mata masing masing mengerling ke arah window display deretan kedai.

" Alani dah makan?" tanya Rifdi.

" Sudah" jawab Alani sambil mengangguk. Tadi dia mula rasa lapar sebab cuma mengalas perut dengan karipap saja. Tapi tiba tiba entah kenapa selera nya hilang.

" Kalau macam tu temankan I, boleh? I laparlah. Er...kalau you sudi lah" pelawa Rifdi. Kebetulan kaki Alani sudah lenguh berjalan.

" Baik aku terima pelawaan Rifdi, lepas ni dah tak ada peluang. "desisnya dalam hati.
Mereka berdua ke Secret Recipe. Rifdi memesan Tomyam spaghetti dan coke sementara Alani cuma minum ice lemon tea.

" So, mesti you excited nak mula kerja baru kan?" tanya Rifdi. Matanya merenung tepat ke muka Alani. Entah kenapa, bila tengok Alani ada sesuatu yang membuat aku susah nak alihkan pandangan. Rasa tak puas tengok muka dia ni, detik hati Rifdi.

Renungannya membuat gadis itu meneleng ke arah manusia yang bertali arus di luar kedai. Huissshhhh.... apasal Mamat ini pandang aku semacam?

" Of course lah. Memang excited tapi takut pun ada. I don't know what to expect. I tak pernah kerja di company yang besar. Kalau masa student dulu pernah lah kerja part time kat cafeteria, kat library."

" Insyaallah semua nya okay. Jangan segan bertanya kalau ada apa apa yang Alani tak faham. Ramai pekerja baru ingat dia orang dah pandai sebab ada degree tapi selalunya banyak benda yang kita tak tahu. Kita tak boleh tunjuk lagak dekat orang yang tak ada paper qualifications sebab dia orang ada experience. Kadang kadang orang yang ada PHD pun tak tahu buat kerja. Pastu kena selalu membaca, jangan berhenti belajar walaupun dah bekerja. Dalam company yang besar, mesti ada office politics. Kita kena professional kalau nak pergi jauh. Jangan hiraukan sangat gosip , jangan suka jaga tepi kain orang" Panjang lebar Rifdi memberi nasihat. Alani asyik mengangguk mendengar patah bicaranya. Macam burung belatuk pula aku ni.

Henfon nya berbunyi. Lagu Maroon 5 I Won't Go Home Without You yang menjadi ringtone nya terus terhenti bila Alani menjawab.

" Where are you?" tanya Almaz

" Kat Secret Recipe . "

" Dengan siapa? Boyfriend?"

" Bukanlah. Kakak datang lah cepat"

" Ok I'll see you, there." Almaz mengakhiri perbualan

" Almaz belum kahwin lagi?" tanya Rifdi.

GEDEBUMM! Jantung Alani bagai di hempap bongkah simen. "Kenapa lah aku ni? Cukup cukuplah berangan. Orang macam Rifdi tak padan dengan aku. Dia dengan kakak barulah sepadan. Enggang sama enggang," Alani menegur dirinya

" Tak. Kenapa? You nak ...er... er.. I boleh tolong recommend, kalau nak. He..he! Tapi kenalah belanja I selalu" Alani senyum terpaksa. Nada nya selamba bagai orang yang sudah redha menerima kekalahan tanpa bertanding.

Rifdi cuma ketawa kecil. Matanya tunak mengamati wajah Alani.

" Dia dah ada special boyfriend?" tanya Rifdi. Sebenarnya itu ayat pembuka kata, aku nak tanya sama ada Alani ada boyfriend. Tapi takkan nak tanya direct. Kalutnya aku ni, kalah budak 17 tahun, Rifdi memarahi dirinya.

" Yang I tahu, tak ada yang special. Kawan biasa dan peminat ramai lah. Kakak selalu dapat bunga, hadiah, cokelat. Kalau you nak ambil hati kakak, I recommend you bagi cokelat tau. Sebab I boleh share...he! he!" Alani gelak. Terimalah saja, mamat ni dah angau dengan kakak. Dulu kenapa berpisah? Tengok tu, dah gila talak.

" Alani pula? " tanya Rifdi. Berat pula mulutnya nak tanya terus terang. Sekarang dia faham kenapa perempuan selalu berkias bila bercakap tentang soal hati.

" Huh? Alani pula apa?" Alani tercengang. Tak faham maksud Rifdi. Bukan buat buat tak faham, tapi memang soalannya mengelirukan. Rifdi tanya samada aku suka bunga, hadiah atau cokelat ker? Dahi nya di kerutkan.

" Hi" suara ceria Almaz memecahkan kekusutan. Mulanya dia tak nampak Rifdi yang duduk membelakangi pintu masuk. Dia terpempan melihat Alani dengan Rifdi.
Tapi mukanya segera di maniskan. Jarinya bermain dengan hujung rambutnya yang ikal. Gayanya amat menggoda, lebih lagi dengan pakaian santainya yang agak seksi. Mata mata lelaki di sekitar mereka melekap pada nya.

" Eh, macam mana you kenal my sis? Makan tak ajak I pula tu" Almaz bersuara manja, siap liuk lentuk sekali. Alani terkebil kebil melihat aksi kakaknya. Apahal pula kakak berlagak macam watak penggoda dalam drama Melayu?

"Excuse me, I nak pergi Ladies." Alani meminta diri dengan senyuman tawar. Dia dapat tangkap bahasa tubuh kakaknya itu. Baik aku blah. Tapi kenapa hati aku rasa sayu? Rifdi bukan boyfriend aku. Nak kata dia berkawan rapat dengan aku pun tidak. Tapi aku rasa kehilangan sesuatu yang sangat indah, bisik Alani lirih.
.........................................................................................................................

"Macam mana Nani kenal Rifdi? " tanya Almaz dalam perjalanan pulang. Kereta Proton Persona warna merah miliknya harum semerbak dengan bau air freshener aroma lavender. Suara Anuar Zain mengalunkan lagu Ketulusan Hati berkumandang dari CD player. Alani menyanyi kecil, berangan jadi backup singer... he! he!

" Dia temankan kakak dia Datin Noraini ke kedai Ratu. Bukannya Nani kenal rapat dengan dia pun. Pernah jumpa sekali dua sahaja. Itu pun dah lama. Tak sangka dia boyfriend kakak. Small world kan"

" Rifdi bukan boyfriend kakak lah. Hummphhh... dia tu bukan main jual mahal. Jangan haraplah Nani boleh tackle dia. Gerenti tak dapat" dengus Almaz. Kakinya menekan minyak sebaik saja melepasi toll AKLEH.

Kata kata Almaz mengguris perasaan Alani. Sejak bila pula aku nak mengorat Rifdi? Berangan tu ada lah. Tapi aku masih berpijak di bumi nyata.

" Eee... Nani tak mainlah tackle tackle nih. Ingat orang pemain bolasepak atau rugby ker?" lampias Alani sambil mencebik. Kerek lah kakak aku!

" Rifdi tu ramai girlfriend tapi tak satu pun melekat. Dia tu workaholic. Pastu, dia masih tak boleh lupakan cinta pertama dia dulu." sambung Almaz.

Nampak macam tak puas hati jer kakak aku ni. Mungkin dia tak pernah kena reject kot. Ya lah, semua lelaki tergila gilakan dia , tiba tiba Rifdi buat dek.

" Tapi itu dulu kak. Mana tahu kot kot sekarang dia dah berubah? Nani rasa macam dia suka kakak. Dia banyak tanya Nani pasal kakak tadi. "

" Dia tanya apa? Cakaplah" Sungguh teruja Almaz mendengar kata adiknya. Alani tersengih melihat kakaknya. Tak ubah macam reaksi budak belasan tahun. Hebat sungguh penangan Khairul Rifdi walaupun belum bergelar Datuk.

" Dia tanya kakak dah kawin ke belum, kakak ada special boyfriend tak?"
Almaz tersenyum girang mendengar kata kata adiknya. Akhirnya, tertunduk juga Rifdi.

" Itulah, kakak pun rasa dia dah berbeza sekarang. Tak serius macam dulu. Lebih banyak tersenyum dan bergurau. " Almaz leka mengimbas semula perbualan nya dengan Rifdi tadi. Walaupun cuma sekejap , tapi sudah cukup untuk dia menganyam angan angan semula. Kali ini dia bertekad, Rifdi akan menjadi miliknya. Walaupun ramai lelaki lain yang lebih kaya dan berpangkat ingin memilikinya tapi ada sesuatu yang istimewa tentang Rifdi. Selepas menghantar Alani balik, dia terus pulang ke rumah sewanya di Puchong. Aku kena atur strategi baikkk punya kali ini.
................................................
" Hi, saya Fika. Awak staf baru kan? Saya tak ada di tempat saya masa Michelle introduce awak kat semua staf tadi" Seorang gadis kecil molek berkaca mata menghulurkan tangan. Alani yang sibuk menyusun perkakas dan alatulis terus berdiri dan menyambut salam.

" Hi, saya Alani. Fika yang duduk di sebelah ker? You dah lama kerja sini?" Tadi masa Michelle memperkenalkannya pada staf di situ, kubikel sebelah itu tak berpenghuni.

" A'ah, tempat yang bersepah kat sebelah ni saya yang punya. Saya dah setahun lebih kerja sini. Alani, nanti kita lunch bersama okay? Kalau you tak ada plan lain lah" pelawa Fika. Alani mengangguk pantas. Kalau tak mesti aku terkial kial sebab tak berapa familiar dengan kawasan ini. KLCC tu memang biasalah, tapi jauh juga nak jalan ke sana dalam panas terik.

" Okay. Er....pukul berapa boleh keluar lunch? " Perut Alani sudah mula berkeroncong. Satu benda pun aku tak jamah dari pagi tadi, pasal nak cepat. Maklumlah, dah teruja sangat. Tak sabar sabar lagi nak mula kerja. Pukul 8.40 dia sudah tercongok di luar pejabat Puan Norazah Ketua Bahagian Sumber Manusia walaupun waktu pejabat bermula pukul 9 pagi.

" Kat sini flexible. Boleh keluar dari 12 sampai pukul 1 atau 1 sampai dua. Jangan dari puku 12 sampai pukul 2 sudahlah." Mereka berdua ketawa.

Alani memandang jam tangan nya yang menunjukkan pukul 11. 45.

" Kita keluar 15 minit lagi ya? I suka keluar pukul 12. Orang tak ramai, senang dapat tempat duduk. Okay with you?" tanya Fika

Alani mengangguk pantas dengan senyuman lebar. Alhamdulilah!
....................................................................................................................

Perbualan mereka berdua amat rancak waktu makan. Macam macam yang di ceritakan Fika atau nama penuhnya Raja Intan Syafika bt Raja Zainal. Tentang boss mereka, tugas mereka , perangai rakan rakan dan macam macam hal. Kedua nya sekepala, dalam sekelip mata mereka dah macam kenal lama. Di Finance and Accounts Dept atau FAD, cuma mereka berdua staf perempuan yang sebaya. Staf lain kebanyakkan nya dalam linkungan 30 an atau lebih tua.

" I sukalah nama you. Alani Nur Zaihan... sedap. " puji Fika

" Zaihan tu gabungan nama mak dan bapa I. Zainudin dan Haniza" balas Alani. Opah yang beritahu asal usul namanya. "Nama kakak I Almaz Nur Zaihan"

" Parents you orang mana ? Berapa orang adik beradik you? " tanya Fika sambil menyuap mee goreng ke mulutnya.

" Parents I dah tak ada. I tinggal dengan Mak saudara. Nenek I pun tinggal sekali. I cuma ada seorang kakak " jawab Alani dengan tenang. Perasaan sedih cuma tinggal secebis sebab ibubapa nya meninggal semasa dia masih kecil. Dia langsung tak ingat ibu nya manakala memori bapanya pula hanya samar samar.

" I'm so sorry. I harap you tak terasa dengan soalan I tadi. Kesiannya. Tak sangka , awak yatim piatu rupanya" Mukanya berubah, dibayangi rasa bersalah dan simpati . Alani tersenyum sekaligus melegakan hati Fika.

" Its okay. Mak I meninggal masa umur I dua tahun, bapa pula masa I umur 7 tahun. I dah ingat ingat lupa wajah parents I. Sejak kecil I tinggal dengan my grandparents. Lepas datuk meninggal, kami tinggal dengan mak saudara, adik arwah bapak saya. You pula berapa adik beradik?"

"I ada dua orang abang. Yang sulung dah kahwin, dia kerja di Penang. Yang nombor dua two years older than me. Dia kerja di Petronas. Mak I orang Johor, bapa I orang Perak"

" Ya ke? Arwah parents I pun orang Perak, asal dari Kuala Kangsar. Tapi I dah tak balik kampung sebab Opah dah pindah ke sini." Cerita Alani sambil meneguk air sirap. Keadaan di warong belakang ofis mereka di Jalan Pinang itu agak panas. Peluhnya yang mula mengalir di pelipis pantas di lap dengan tisu. Patut aku tinggalkan jaket aku ni di ofis. Nak bergaya macam wanita korporat lah konon.... padan muka! Alani memarahi dirinya sendiri.

" You dah ada boyfriend? Sorry lah I ni menyibuk. Kalau you nak bagi jawapan artis pun , okay lah. He! he!" gelak Fika.

" Memang tak adalah Fika. I ni single lagi....he! he! You pula?" balas Alani

" I dah tunang. Tapi tunang I study lagi kat Ireland. Actually , dia ada bau bau bacang dengan I. Kita orang kenal sejak kecil lagi. " Wajah Fika berseri seri bila bercerita tentang tunangnya.

" Wah... so lomentik. Macam childhood sweetheart lah kiranya"

"You suka lelaki yang macam mana? Kat Engineering Department tu ramai eligible bachelors. Kalau ada yang you berkenan, boleh I introduce kan. "

" I suka.... yang sedang sedang saja" Alani menyanyikan bait bait lagu dangdut Iwan. Kedua mereka ketawa berdekah dekah tanpa mempedulikan orang sekeliling yang mula menoleh. Alani menekup mulut menahan tawa. Hissh aku ni, gelak tak ingat dunia. Apalah nanti kata staf kat sini, baru masuk kerja dah tunjuk kelaku. Silap haribulan aku jadi bahan gossip pula.

" Kat FAD tu semua dah kawin kecuali Daniel Tan. Tapi kat Engineering Department ramai yang bujang, hensem hensem plak tu. Rugi aku tak belajar engineering dulu. Kalau tak sekarang ni aku jadi kuntuman bunga di kelilingi oleh kumbang kumbang hensem... Ha! Ha! " kata Fika sambil tersengih.Memang best lah kawan dengan Fika ni, tak kering gusi di buatnya.

" Kau ni... tak padan dengan ada tunang. Rambang mata ekk" gelak Alani.

Tiba tiba Fika melambai ke arah dua orang lelaki yang sedang mengambil lauk dari gerai nasi campur. Sejurus kemudian mereka berdua mengambil tempat di meja sebelah. Fika memperkenalkan Alani kepada Bob dan Nizam , kedua nya jurutera dari engineering department. Makin rancak lah perbualan mereka berempat. Topik paling hangat ialah bolasepak.

" Tak sangka Fika dan Alani pun gila bola. " kata Bob " Pasni boleh lah join kita tengok bola kat Hartamas Square... port kita orang"

Mata Fika tiba tiba membuntang bila melihat jam.
" Eh, Alani, jomlah kita balik. Dah hampir pukul 1 ni. Staf yang lain pula nak keluar makan. Encik Lokman tu cukup pantang kalau department kosong. "
Deringan henfon mengacau konsentrasi Rifdi. Nombor nombor yang tertera di Excel spreadsheet segera di SAVE kan sebelum dia menjawab panggilan dari Almaz. Kalau tak , matilah aku nak buat semula cashflow projection untuk projek perumahan Glomac di Kelana Jaya itu.

" Hi sayang. Busy ke?" suara Almaz yang lunak menyapa telinga. Wajah Almaz terus menerjah kotak fikirannya.

" Macam biasa. Kenapa you call ni? " Rifdi melembutkan suaranya walaupun dia agak tertekan dengan deadline yang semakin dekat untuk pembentangan kertas pinjaman nya untuk EXCO.

" Alaa.. you ni. Saja jer I call. Nak bertanya khabar. Dah lama kita tak jumpa kan? You tak rindu I kah?". Kemanjaan Almaz bisa mencairkan mana mana lelaki. Tetapi entah kenapa,kali ini Rifdi berasa mual. Setiap perkataan yang keluar dari mulut Almaz sudah dapat di agak. Macam skrip drama Melayu yang cliché.

" I busy lah Maz. You faham kan kerja I macam mana." balas Rifdi sambil meraup wajahnya. Baru pukul 9.30 tapi kepala nya sudah mula terasa berat. Mana Nescafe 3 in 1 aku ni? Dia menyelongkar laci.

" Kita pergi jalan jalan kat KLCC lepas you habis kerja hari ni. OK tak? I datang ke ofis you pukul 6 nanti."

" So sorry Maz. I kena kerja lewat hari ni. Mungkin pukul 8 baru I habis kerja. I don't think we can meet up this week." Suaranya tegas. Keceriaan dalam suara Almaz di lenyapkan dengan kata kata Rifdi

" Ok lah... whatever. " Dengan kasar Almaz menamatkan perbualan. Rifdi tersentak. Dia dapat membayangkan wajahnya yang cantik dengan muncung panjang sedepa.

" Maz.. Maz.. " Rifdi tersenyum sambil menggelengkan kepala.
Apakah Almaz wanita yang bakal menjadi suri hidupnya? Memang Almaz mempunyai segala ciri wanita idaman - cantik, pandai bergaya, mudah bergaul dengan semua orang, pandai buat kerja rumah. Apa lagi yang tak cukup untuk seorang lelaki? Umur mereka berdua juga semakin meningkat. Mungkin tidak menjadi kudis bagi kaum lelaki tapi biological clock wanita yang hampir mencapai umur 28 tahun berdetik makin pantas. Bukan sekali dua Maz memberi kiasan yang dia inginkan suatu ikatan dalam perhubungan mereka. Tapi Rifdi masih ragu ragu. Setakat ini bukan saja dia belum bersedia untuk meminta ibunya merisik Almaz, malah tak pernah pun dia perkenalkan Almaz pada keluarga nya. Baginya ada sesuatu yang kurang dalam hubungan nya dengan Almaz....seperti lauk tak cukup garam, kopi tak cukup kawww, nasi lemak kurang sambal. Sesuatu yang dia sendiri tak dapat zahirkan dengan kata kata. Senang cakap - no chemistry. Betul kata ibu dan kakak nya, Rifdi terlalu cerewet. Mana ada wanita yang 100% sempurna. Kalau kau nak tunggu, alamatnya jadi bujang terlajak lah. Leteran mereka bergema di telinganya.

Rifdi kembali menumpukan perhatiannnya pada spreadsheet cashflow Glomac tadi. Jarinya tangkas menekan tetikus mengubah beberapa nombor.

" Rifdi, kau tak nak join meeting dengan Berjaya Construction hari ni? Bos kata kau patut pergi sekali sebab kau memang pakar project financing. Berjaya dapat government contract untuk infrastruktur di Trengganu." kata Izman sambil mengambil menenggek di meja sahabatnya itu.

"Urrgghhh.... kacau!" bentak hatinya.

" Ini baru preliminary meeting kan? Aku rasa tak payah lah. You dengan Mia collect dulu information tentang keperluan mereka. Nanti kita discuss bersama bila korang balik. Meeting seterusnya aku akan join. Tapi kali ini , sorry ,aku memang sibuk. Banyak yang aku kena siapkan untuk paper Glomac ini"

" Okaylah. Aku pun suka kalau kau tak ada. Ada seorang awek cun kat Finance Dept Berjaya yang aku tengah target. Kalau kau ada , aku takut melepas" sengih Izman. Izman tak kurang kacak, cuma dari segi karisma dan penampilan, dia jauh ketinggalan berbanding Rifdi.

" Iz, aku malas nak layan bab perempuan ni. Kau jangan takut." balas Rifdi tanpa memandang kawannya. Hatinya mula bengang dengan Izman yang membazir masanya dengan hal remeh.

" Oh ya, aku lupa pula. Kau dah ada girlfriend. Tapi kau tahu, minah ni lagi cantik. Macam Dian Sastro, pelakun Ada Apa Dengan Cinta tu." Izman tergelak kecil sambil menunjukkan ibu jari.

" Good luck to you" perli Rifdi. Dia menarik nafas lega bila Izman melangkah keluar dari pejabatnya. Macam Dian Sastro konon, entah entah macam Pak Harto! Exaggerate lebih si Izwan ni. Spreadsheet di skrin computer kembali di teliti nya .Tiba tiba bayangan wajah seorang gadis menjelma dengan tidak di undang. Ha! Sekarang baru aku tahu kenapa dia nampak familiar sangat waktu pertama kali ku jumpa. Mungkinkah dia yang Izman maksudkan? Aaahh, buang masa jer fikir pasal perempuan. Rifdi menggeleng kepalanya sekaligus menghalau wajah itu.
Meetingnya dengan GM Perbankan Korporat berjalan lancar walaupun ada sikit pembetulan yang harus di buat sebelum kertas untuk pinjaman RM50 juta di bentangkan ke EXCO. Sekembalinya ke ofis sendiri, Rifdi menarik nafas lega sambil melonggarkan tali leher Bonia Uomo warna kelabu gelap dan menyinsing lengan kemeja. Jam di tangan menunjukkan pukul 6.30. Patutlah sunyi di luar tadi, ramai yang dah pulang ke rumah. Kebanyakkan rakan sepejabatnya sudah berumahtangga. Yang perempuan kena balik masak, yang lelaki kena jemput bini. Nasib baik lah aku bujang.....

Rifdi teringatkan Almaz. Apa agaknya yang dia buat sekarang? Shopping sendirian di KLCC? Tapi Almaz ramai kawan, baik lelaki mahupun perempuan. Itu memang sudah menjadi lumrah bagi seorang pramugari, Rifdi tak pernah merasa cemburu atau tergugat. Dia seorang lelaki yang punya keyakinan diri yang tinggi.

" Kenapa aku tak boleh tangguhkan kerja sekejap untuk Almaz? Masa dengan Mimi dulu, kalau boleh setiap saat aku ingin bersamanya. Sekarang ini tugas aku mendapat tempat yang utama dalam hidup ku." keluhnya. Patutlah ramai perempuan yang ingin memenangi hati Rifdi cepat mengalah. Memori cinta pertamanya Mimi dan sikap workaholic nya yang membuat ramai tak mampu bertahan.

" Hey, bro!" laung Izman. Rifdi mengangkat mukanya. Izman sedang tersembul di muka pintu pejabat Rifdi. Senyuman nya lebar. Tanpa di suruh, dia duduk di kerusi depan Rifdi dan meletakkan kad nama berlogo Berjaya Construction di meja sambil ketawa.

" Ini dia name card awek yang aku cakap tu. Nampak gayanya kita ada chance nak jadi saudara". Makin galak ketawa Izman. Muka Rifdi bertukar menjadi hairan. Apa yang member aku merepek ni?
Dia menatap nama yang tertera.

Alani Nur Zaihan bt Zainudin
Executive, Finance & Accounts Department

Hatinya terdetik dengan satu perasaan yang dia sendiri tak ingin tafsirkan. Rindu? Marah? Menyesal? Sedih?.... Tapi kenapa? Dengan perlahan, kad itu di hulurkan semula kepada Izman tanpa sepatah kata.

" Takkan kau tak kenal. Bakal adik ipar kau kan? Teruklah kau ni. Kenapa kau tak cakap awal awal yang Almaz tu ada adik yang cun. So, apa kata kita pergi double date?"

" Mengarut lah engkau ni. Aku dah lama tak jumpa Alani. Entah dia ingat aku pun tidak." Dengus Rifdi.

" Dia ingatlah. Masa lunch tadi, dia tanya sama ada aku kenal kau. Terkejut juga aku. Mulanya aku ingat dia ex engkau. Bila dia kata kau boyfriend kakak dia, lega aku. He ..he!"

Kata kata Izman menerbitkan perasaan yang bercampur baur. Gembira yang Alani masih mengingati nya, tapi terkilan dengan cara dia terpatri di kepala gadis itu. Padanya aku cuma boyfriend Almaz. Paling paling pun, dia menganggap aku sebagai seorang abang. Tak lebih dari itu.

Rifdi tersentak dari anganan nya bila Izman menepuk meja. " Hoi... berangan jauh nampak".

" Eh..sorry. Apa kau kata tadi?" tanya Rifdi , sedikit termalu.

"Next meeting dengan Berjaya nanti kau join sekali,okay? Pastu kita pergi lunch. Boleh lah kau tolong aku..... "

" Bila next meeting? Biar aku block diary aku siang siang. Nanti kau bagi aku discussion notes meeting tadi." Tiba tiba Rifdi rasa tak sabar nak berjumpa dengan Alani.

"Hari Khamis minggu depan, pukul 10 pagi. Jangan pula mengelat. Kau tu talian hayat aku" beria ria Izman memesan sebelum meninggalkan Rifdi
gud morning kawan 2
.............................

" Alani, macam mana dengan meeting dengan CIMB untuk discuss pasal financing untuk project baru di Trengganu? Saya tak sempat datang sebab sibuk dengan Datuk." Encik Lokman bertanya ketika dia terserempak dengan Alani ketika balik dari surau. Boss jabatannya merangkap CFO syarikat memang tak suka berbasa basi atau" small talk". Cakap mesti ada sebab, ada benda penting, kalau tak jangan buka mulut. Itulah prinsipnya.

" Tadi cuma preliminary meeting saja. Mereka nak tahu pasal projek details. Minggu depan baru dia orang bagi proposal " jawab Alani sambil terkial kial membetulkan rambutnya yang masih lembab. Harap harap meeting yang akan datang si Izman tu tak hadir. Jual minyak mengalahkan negara pengeluar minyak terbesar. Eeee... goli den!

" Okay lah. Meeting minggu depan, saya akan join. Suruh Michelle block my diary. Lepas itu kita bawa mereka keluar lunch. CIMB is very supportive of our company. Banyak project kita yang dapat financing dengan mereka. Masa ekonomi merosot dulu pun, CIMB tak cancel facilities kita." Panjang lebar Encik Lokman bercerita sambil mereka berdua berjalan balik ke FAD. Semua sejarah Berjaya Construction terpatri dalam otaknya, maklumlah dia antara pioneer di syarikat ini.

" Semalam saya dengan Daniel dah dapat proposal dari RHB dan Maybank. Kita tengok macam mana terms dari CIMB pula. Saya, Daniel dengan Syafika akan bincang dan bandingkan yang mana paling sesuai untuk projek di Trengganu itu. " usul Alani.

Encik Lokman mengangguk. Bagus budak Alani ni, baru tiga bulan kerja tapi dah banyak dia boleh buat. Orang muda macam dia memang cepat tangkap. Rajin pula tu. Tak pernah complain kalau kena kerja lewat , hari Sabtu pun sanggup datang kerja. Kalau semua staf FAD macam dia , lega aku. Tak adalah makin gugur rambut aku fikirkan masaalah pejabat, gumam Encik Lokman dalam hati. Mereka berpisah bila sampai ke ofis Encik Lokman. Alani berbual sebentar dengan Michelle sambil jari Michelle pantas mencatit meeting CIMB di diari Lotus Notes Encik Lokman.

" Apahal ni? Kau cari benda hilang ke? Macam tempat kucing beranak jer" tanya Alani dengan musykil sambil menjenguk ke kubikel sebelah. Fika sedang mengemas laci. Mejanya bersepah dengan barang barang peribadi. Gambar, kalender, diari , kad nama,kad ucapan, alat solek. Semua berterabur di sekelilingnya.

" Aku tengah buat spring cleaning, nak buang apa yang patut. Laci aku dah penuh sangat. Tak ada tempat nak letak dokumen baru." jawab Fika sambil membuang beberapa keping kad raya tahun lepas.

Alani membelek beberapa keping gambar. Ada gambar Fika dan rakan rakan sepejabat masa Annual Dinner dan Family Day di Port Dickson. Alani bantai gelak hingga bahunya terhinggut hinggut melihat gaya kandid mereka.

" Apa yang kau gelakkan tu?" tanya Fika sambil menjeling pada kawannya.

" Ni ha... muka korang masa main tarik tali. Macam kena sembelit! Ha..ha..ha!" Alani menekup mulut agar tidak mengganggu staf lain.

Tiba tiba dia terdiam. Gambar di tangannya di belek dengan teliti. Matanya memincing.

" Fika, siapa ni?" Jarinya menunjuk pada seorang lelaki tinggi lampai dan tampan yang berdiri bersama dengan Fika dan dua lagi staf Berjaya Construction.

" Oh, tu Aliff. Dia Project Engineer. Handsome kan? Dia tu kira jejaka terhangat lah kat sini lah. Blue eyed boy Datuk . Kenapa? Kau pun dah jatuh cinta ker?" Fika berhenti dari mengemas dan memandang Alani. Mata Alani masih lagi tertancap pada gambar tadi.

" Nama penuh dia Aliff Ariffin ker?" Melihat gambar Aliff sudah cukup untuk membuat jantungnya berdegup pantas. Kecilnya dunia ini. Tak sangka dia juga bekerja di sini. Tapi masih ingat lagi kah dia pada aku?

" A'ah. Macam mana kau kenal dia? Boyfriend lama kau?" Fika mengumbar rahsia. Lain macam saja nampak kawan aku ni. Sebelum ni tak pernah pun tunjuk minat pada mana mana lelaki, Tapi kali ni tenung gambar Aliff sampai macam nak tembus.

" Dia senior aku kat MRSM dulu. Masa kat sana pun dia popular juga. Dia top student dan kapten pasukan basketball . Johan debat lagi. Tapi apasal aku tak pernah nampak dia pun?" Hairan juga Alani sebab dia sering ke Engineering Department untuk meeting. Dia juga baik dengan staf di sana. Fika selalu mengusik yang Alani ada Fan Club kat Engineering Department. Kalau nak minta apa apa report dari Engineering Dept, Alani lah yang akan jadi utusan dari FAD.

" Dia busy dengan project hospital di Johor. Dah dekat 6 bulan dia kat sana. Kadang kadang dia balik juga untuk progress meeting. Tapi aku pun dah lama tak jumpa dia. Eh..cara kau tanya ni lain macam jer. Mesti ada apa apa. " usik Fika. Melihat wajah Alani yang merona, tekaan nya pasti tepat. Aliff bukan semata mata senior Alani . Aku berani kerat jari kalau dia orang tak ada apa apa, dengus Fika dalam hati.

Belum sempat Alani bercerita, telefon di mejanya berdering, sekaligus menamatkan perbualan mereka. Alani di minta menghadiri mesyuarat bersama dua lagi pegawai FAD dan pegawai IT. Habislah peluang Fika untuk menggali lebih lanjut tentang hubungan Aliff dan Alani.
.....................................................................................................




sikit jer dulu

nanti kalau ada masa saya sambung lagi k
Alani payah nak lelap walaupun jam menunjukkan pukul 11 malam. Puas dia mencari posisi yang sesuai untuk tidur; mengiring ke kanan, terlentang, kemudian mengiring ke kiri pula. Badan penat tapi mata nya masih segar. Kenangan zaman remaja kembali menerjah minda..............

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

" Alani , ni untuk hang. Secret admirer hang bagi" kata Kak Nurin sambil tersengih.

" Wooo... kawan kita dapat hadiah Valentine lah. " usik Johana , teman sebilik Alani

" Siapa hantar? Siapa hantar?" Yang lain turut teruja. Mereka berkerumun di sekeliling Alani yang membelek sampul kad warna merah dengan namanya tertulis gah di tengah. Turut di sertakan sekuntum bunga ros putih di balut plastik lutsinar .

" Entahlah... aku bukan ada pakwe pun. Tak pernah dapat benda camni" Dahi Alani berkerut

" Bukalah cepat. Kitorang dah tak sabar ni." jerit Nur Amanda.

" Ala... macamlah korang tak pernah dapat kad Valentine. Yang korang excited sangat ni apahal? Entah entah ada orang yang nak trick aku dak? " selar Alani walaupun dada nya berdebar debar.

" Eee... tak de kerja lah makcik woi. Mahal tau tak bunga ros hari ni. Tak koser kita nak trick kau. Kalau nak trick kita tunggu April Fool. " Munirah pula bersuara

" Cepatlaaaaa buka.... kelas dah nak start" desak mereka lagi

Terkial kial Alani membuka sampul kad. Kad yang berwarna pink dengan lukisan kartun Snoopy dengan tulisan

Wherever you go
Wherever you are
I'll remember you
No matter how far
BE MY VALENTINE......

Alani tersipu sipu membaca nukilan romantika di amor tahap cipan. Pandangannya tertancap pada nama yang tertulis di sudut kanan bawah. Matanya terbeliak membaca nama sang arjuna.

ALIFF ARIFFIN
-----x-------

Muka Alani merona, dadanya bagai rebana yang di palu. Alamak, kenapa mamat ni hantar kad kat aku? Aliff Ariffin atau lebih di kenali dengan panggilan Aliff Yusry sebab rupanya yang mirip Yusry KRU, pelajar lelaki yang paling top di sekolah itu. Top student, top basketball player, top pengawas, top macam macam lagilah. Ramai perempuan yang tergila gila kat dia. Oh ya... dia jugak lelaki top jual mahal dan control macho.
Setahu aku dia tak pernah ada awek mahupun adik angkat. Yang minat dia pun bukan calang calang perempuan. Ramai yang lagi cun dan lagi glamour dari aku.Kenapa dia hantar kad kat aku? Hairan bin ajaib! getu hati Alani

" Siapa yang hantar tu?" tanya Munirah sambil meloncat kecil. " Ya Allah , aku pula yang gabra"

" A.. A.. Aliff" jawab Alani perlahan

" Aliff? Aliff yang mana satu? "

"Aliff buncit ker? "

"Atau Aliff kartun?"

" Or maybe Aliff Yusry? " Satu demi satu tekaan rakan sebiliknya.

" Aliff Ariffin" kata perlahan. Ada ketidakpastian dalam suara Alani. Mana mungkin ? Orang nak mainkan aku kot.

"Wah!"
"Amboi mak!"
" Syok giler!" bergegar bilik dengan jeritan mereka sehingga Kak Nurin dari bilik sebelah datang menjenguk.

" Eh... tolong diam sikit. Macam pasar borong"

" Kak Nurin, siapa yang bagi kad ni?" tanya Alani

" Takkan dia tak tulis nama?" balas Kak Nurin

" er... ada... er... tapi.."

" Habis tu? Dia lah yang hantar. Takkan orang nak habiskan duit beli kad dan bunga pastu bubuh nama orang lain" gerutu Kak Nurin namun mulutnya mengukir senyuman. Alani masih tak pasti. Mustahil lelaki dambaan ramai ini suka kat aku. Bukanlah tak ada lelaki yang suka aku sebelum ni, tapi aku tak sangka aku akan menarik perhatian orang macam Aliff Yusry tu. Alani menggaru kepala.
Ketika mereka bertembung waktu Alani balik dari latihan netball, Aliff senyum padanya. Alani membalas senyuman nya dan tertunduk malu. Sesuatu perasaan yang aneh terbibit di jiwa. Tapi perasaan malu yang lebih kuat memasung dirinya.

" Awak tak suka saya ? Saya tengok macam awak tak sudi berkawan dengan saya" kata Aliff padanya ketika mereka di perpustakaan, beberapa hari kemudian.

"Er.... bila pula saya tak suka kawan dengan awak?" balas Alani sambil memandang jejaka di depannya. Gugup tak terkata. Mata Aliff yang berwarna cokelat tidak berkelip. Dengan cepat Alani mengalihkan pandangan ke buku rujukan di hadapannya.

"Entahlah.. saya tengok awak selalu melarikan diri bila saya datang dekat awak. Kenapa? " tanya Aliff. Tangannya menconteng awan larat di kertas foolscap.

" Tak adalah. Saya tak lari pun sekarang." bidas Alani. Hatinya bergetar. Munirah dah Johana yang tengah study bersama tadi pandai pandai saja bangun untuk mencari buku. Banyak mata memandang mereka berdua, mesti jadi bahan gossip nanti. Sudahlah budak budak se bilik tak habis mengusik dari Valentine's Day haritu.

" Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Dah lama saya perhatikan awak. Saya suka tengok awak tapi segan nak tegur sebab awak nampak sombong. " tutur Aliff dengan lembut

" Saya nampak sombong ke? Tapi saya tak sombonglah. Saya cuma segan nak cakap dengan lelaki yang saya tak kenal, sebab tak biasa. Saya tak ada adik beradik lelaki dan tak ramai kawan lelaki. Masa sekolah rendah , saya bersekolah di sekolah Convent. " Memang ketika mula masuk MRSM dulu dia kekok dengan keadaan di sekolah campur lelaki perempuan. Tapi lama kelamaan dia belajar menyesuaikan diri. Sekarang dia dah ramai member lelaki namun dengan superstar macam Aliff , dia agak kekok. Apatah lagi bila mendapat kad Valentine yang bertulisan jiwang. Malu siooottt!

" A'ah lah. Awak tak sombong bila dah kenal. Saya suka tengok awak senyum. Sweet." Kata katanya membuat muka Alani merona. Dia mengetuk ngetuk hujung pen di meja sambil tunduk. Senyuman kecil bermain di bibir.

" Awak, er... nanti bila saya ada basketball match, awak datang tengok ya? Kalau awak free lah" pelawa Aliff

" Boleh ker? Peminat awak tak marah ? Saya takutlah" Alani bercanda

Aliff ketawa kecil " Ada pulak. Datang ya? Baru ada semangat saya nak main"

Begitulah bermulanya persahabatan mereka. Kadang kadang hati Alani tercuit bila melihat pelajar perempuan lain rapat dengan Aliff. Begitu juga Aliff. Tercetuslah insiden yang membuat mereka renggang. Aliff menegur Alani bila gadis itu keluar ke bandar bersama geng nya, Munirah, Zahrul dan Jeff, pada hujung minggu.

" Apa ni? Kenapa awak marah? Kan saya dah belikan Big Mac yang awak pesan?" Alani kaget bila muka Aliff mencuka sambil bertanya apa dia buat semasa di bandar. Macam kena soal siasat dengan polis. Atuk aku pun tak garang macam ni, dengusnya geram

" Siapa kata saya marah?" balas Aliff

" Habis tu? Kenapa muka berkerut macam asamboi?"

" Saya ...saya tak suka awak.... awak... mesra sangat dengan students lelaki. " kata Aliff tergagap gagap. Aneh sekali bagi pendebat terbaik antara sekolah sekolah.

" Tapi saya memang biasa keluar dengan kawan sekelas. Lagipun Munirah ikut sekali. Apa salahnya? Kenapa tak boleh pula?" Alani meninggikan suara.

" Saya jealous. Sebab .. sebab ... saya sayang awak " Aliff berterus terang. Aiikkkk.... lain macam saja mamat ni! Hampir terduduk Alani di buatnya. Memang di hatinya juga sudah terbibit rasa sayang tapi... tak syok lah nak ngaku depan depan camni.

" Apa awak cakap ? Eeee... tak mainlah sayang sayang ni. Saya tak sukalah." kata kata yang menghiris terletus dari bibirnya. Sebaik saja terkeluar kata kata dari bibirnya, dia menyesal. Tapi dah terlambat. Betul kata pepatah, terlajak perahu boleh undur tapi terlajak kata buruk padahnya.

" Sorry... ..." ucapnya gugup tapi Aliff sudah berlalu pergi. Takkan aku nak kejar dia. Habis satu sekolah nampak nanti.

Sejak itu Aliff menjauhkan diri dari nya. Ego Aliff tercalar dek kata kata Alani. Senyuman Alani tidak lagi berbalas. Walaupun payah pada mulanya tapi Alani bertekad. Waktu itu dia takut bercintan cintun. Kalau Opah dan Mak Su tahu, habislah. Mesti kena sound. Kecik kecik lagi dah gatal!

Pada hari terakhir penggal persekolahan, Alani terserempak dengan Aliff waktu makan. Dengan tidak semena mena , dia menegur Aliff.

" Hi Aliff. Good luck untuk SPM. " kata nya perlahan. Matanya cuak memandang wajah lelaki itu. Kakinya sudah bersedia untuk cabut lari jika di marahi.

" Thanks." Bibir Aliff mengorak senyuman. Alani menarik nafas lega.

" Alani, saya minta maaf sebab mengganggu awak dulu. Maafkan saya. Saya gopoh gapah sangat nak meluahkan perasaan. Kita masih muda nak layan soal cinta. Awak mesti takut , kan?"

" Alaaa... saya dah lupakan dah. Tak payah lah cakap pasal tu lagi. Tapi saya sedih , sebab dah tak dapat jumpa awak lagi lepas ni" Terkejut Alani dengan kata kata yang keluar dari mulutnya sendiri.

Aliff tersenyum kecil tapi ada kesedihan di wajahnya. " Manalah tahu, mungkin kita jumpa lagi satu hari nanti. Awak study rajin rajin. "

Alani mengangguk. Terbesit rasa sedih mengenangkan mereka mungkin tak akan bertemu lagi. Menyesal aku menjauhkan diri dari Aliff beberapa bulan kebelakangan ini.

Alani mengangguk sayu. " OK, Aliff. I have to go. Saya kena balik dorm kemaskan barang. Kalau tak jumpa lagi, saya pun nak minta maaf dengan awak. Sorry sebab saya ...saya terkasar dengan awak dulu. Saya ni memang brutal sikit..he! he! Good luck again. Saya doakan awak dapat 10 A1. Bye." Ucap Alani sebelum balik ke dorm.

Ketika Alani berdiri di pondok pengawal menunggu Mak Su yang kebetulan tamat kursus di Cherating hari itu, dia ternampak Aliff bergegas ke arahnya memegang satu kotak.

" Alani , ini untuk awak. Sebenarnya ini hadiah harijadi awak, tapi saya takut awak tak nak terima."

Alani terkedu. Rasa sebak pun ada" Kenapa awak susah susah? Saya tak beli apa apa pun untuk birthday awak"

" Saya ikhlas ni. Ambil lah. Buat kenangan. Saya harap awak tak akan lupakan saya." Perlahan Alani menyuakan tangan untuk mengambil kotak itu. Kereta Mak Su sudah menghala ke arah pintu masuk.

" Thanks Aliff. Thanks so much. Saya tak tahu apa nak kata. Terharu giler. I'll miss you. Take care , ya? " Airmatanya mula bergenang.

" I'll miss you too. Keep in touch" Itulah kata terakhir dari Aliff buatnya

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

" Skema betul aku masa tu..hishhh!" kelakar rasa Alani bila mengimbau kembali detik detik manis

Bungkusan yang di beri Aliff mengandungi anak patung Hello Kitty. Tidurnya sering bertemankan anak patung kucing itu. Patung kucing comel itu di bawanya bersama ke mana mana, hingga ke US bila dia melanjutkan pelajaran di sana. Di atas sekeping kertas yang terselit bersama hadiah itu, Aliff menulis alamat email nya. Pada Hari Raya , Alani memberanikan diri menghantar e mel mengucapkan Selamat Hari Raya pada Aliff. Namun e mel nya tak berbalas. Berkali kali dia mencuba tapi tetap tak ada jawapan. Alani hampa. Tiada langsung berita dari Aliff; cuma ada seniornya memberitahu yang Aliff menyambung pelajaran di University of New South Wales, Sydney. Biarpun hubungan mereka tak lama, nama Aliff tetap terpatri sebagai lelaki pertama di hatinya.

" Aliff..tak sangka aku bekerja di syarikat yang sama dengannya. Macam mana lah agak nya Aliff sekarang? " Dari gambar Fika, nampak macam Aliff tak banyak berubah. Cuma tubuhnya berisi sedikit. Masih ada iras Yusry KRU tapi lagi handsome.

Lamunan nya terhenti bila SMS masuk . Mesej dari Munirah berbunyi

" Esok aku dtg 7.30 pagi. Jgn lambat tau"

" ok" . Pendek jawapan nya

Alani menguap. Kelopak matanya yang makin berat membawa tidur yang membelai lembut tubuh Alani. Mimpi indah mengulit tidurnya.
dah 3 hari tak boleh masuk

idea pun dah terencat...he he he

...................................................................................

Kereta Toyota Vios diparkir di bawah porch rumah banglo di Taman Tun Dr Ismail itu sebelah Alphard abang iparnya. Rifdi melangkah masuk sebaik saja Batrisya membuka pintu. Si manja yang comel itu mencium tangannya. Rifdi mendukung Batrisya yang tersenyum girang. Seronok bila uncle kesayangannya dah balik. Rifdi menyondolkan hidungnya ke pipi Batrisya yang gebu. Ketawa mengekek si kecil itu.

" Eee... bucuk masyam. Tak mandi ker?" sakat Rifdi

" Isya dah mandilah. Uncle jahat" balas Batrisya memuncungkan mulut.

" Mana semua orang?" tanya Rifdi. Ruang tamu rumah kakaknya itu kosong. Selalunya waktu ini seluruh keluarga sedang bersantai, berborak sambil menunggu makan malam.

" Mama kat dalam bilik. Dia baring kejap sebab pening kepala. Papa ada dinner dengan kawan. Nenek kat dapur. Uncle dah sembahyang?" Lancar tuturkata Batrisya . Anak bungsu dan puteri tunggal Datin Noraini itu memang petah walaupun baru berusia 4 tahun. Rifdi senyum seraya mengangguk.

" Uncle dah sembahyang kat surau tadi. Isya dah sembahyang?" tanya nya kembali

" Dah. Dengan nenek. Isya nak turun lah Uncle, nak pergi main dengan Max". Sebaik saja meloloskan diri dari dukungan Rifdi, Batrisya berlari mengejar kucing Parsi kesayangannya.

Pembantu rumah Datin Noraini, Mak Bibah mula menghidangkan juadah untuk makan malam.

" Di baru balik? " ibunya Hajjah Kalsom bersuara sebaik saja melihat kelibat anak bungsu kesayangannya itu. Rifdi mencium tangan ibunya , di balas dengan usapan rambut oleh wanita yang bertubuh gempal itu.

" A'ah. Mak nak Di tolong apa apa?" Sejak muda lagi Rifdi memang ringan tulang kalau pasal kerja dapur.

" Semua dah siap. Pergi panggil kakak awak turun makan."

Mereka berempat duduk di meja makan keluarga. Suara Batrisya yang paling riuh , ada saja yang nak di ceritakan. Rasa macam 10 orang berada di meja.

" Isya , kalau mengadap rezeki tak baik bising" tegur Hajjah Kalsom

" Di, tambah nasi?" tanya Datin Noraini. Rifdi menggeleng.

" Dah kenyang, kak. Petang tadi dah makan roti canai." Kalau hari hari macam ni, tak lama lagi boroi lah perut aku, gerutunya dalam hati. Makan banyak, kerja banyak, nak exercise tak ada masa.

" So, macam mana dengan cadangan Mak? Have you made a decision?" kakaknya bersuara lagi.
Rifdi menggeleng lagi. Serba serbi tak kena rasanya. Baru semalam Hajjah Kalsom menyuarakan cadangan nak merisik anak Puan Safiah , jiran mereka di kampung. Tinggi harapan Hajjah Kalsom. Rifdi cuma mengatakan dia perlu masa untuk berfikir. Hatinya berbolak balik. Kebelakangan ini Almaz makin rapat dengannya. Walaupun dia senang dan serasi dengan gadis jelita itu tapi di lubuk hatinya dia tahu Almaz bukan lah pilihan nya untuk di jadikan teman hidup.

" Nanti kejap lagi lah kita cakap" Rifdi memandang pada ibunya sekaligus mengerling dengan ekor mata pada Batrisya. Dia tak mahu Batrisya bertanya macam macam soalan. Si kecik itu bukan main lagi kalau pasal nak carikan isteri untuk Uncle nya. Sampai cikgu tadika nya Miss Jennifer pun pernah di kenen kan. Lega rasanya bila Batrisya habis makan dan bangun.

" Isya dah kenyang. Isya nak tengok TV" kata si kecil itu sekaligus berlari ke sinki untuk membasuh tangan. Perfect timing, detik hati Rifdi melihat anak buah nya naik ke atas.

" Bila nak ikut Mak balik kampung? " Hajjah Kalsom bersuara

" Er... er.. malas lah Mak" Rifdi serba salah.

" Kenapa dengan awak ni, Di? Takkan sebab Di tak boleh lupakan Mimi lagi. Yang sudah tu sudahlah. Dia dah lama pergi. " suara Hajjah Kalsom meninggi. Apalah kena anak bujang aku sorang ni? Kalau perempuan aku dah paksa mandi bunga.

" Mak, janganlah marah. Kalau Di tak suka nanti, Mak juga malu. Habis semua orang kampung tahu." tukas nya. Baki lauk di pinggan dikuis kuis.

" Di ada calon lain ke? " tanya Datin Noraini pula.

" Tak ada lagi. Tapi Di boleh cari, takde hal. Petik jari saja" dia bergurau.

Mata emaknya mencerlun . Kejap lagi mesti mak mainkan rekod buruknya, kata Rifdi dalam kepala.

" Jangan nak buat lawak ,Di. Mak bukan apa, Mak takut tak sempat tengok Di kahwin. Mak dah tua . Kalau Di kawin, bila Mak tak ada nanti, ada orang jaga Di, tengok makan pakai Di. Takkan sampai tua nak duduk dengan kakak." Dah agak dah. Sayu suara emaknya mengalunkan bait bait "lagu balada" yang sudah beberapa kali bergema di cuping telinga Rifdi. Kali ini dia malas nak sedapkan hati ibunya.

" Di muda lagi lah mak. Baru 28. Kalau dah 38 nanti Di tak kahwin lagi, barulah mak patut risau" jawab nya selamba. Apa apa jerlah Mak. Jodoh maut di tangan Tuhan. Lagi pun aku lelaki, kalau tua pun laku juga. Silap silap lagi tua lagi berharga, macam barangan antik gitu.

" Budak nih.... Mak tak peduli. Mak berkenan tengok anak Mak Cik Safiah tu. Di boleh berkenalan dengan dia dulu. Dia pun kerja bank di KL ni jugak. Mesti Di suka. Kita balik hujung minggu ni ya" usul Hajjah Kalsom tanpa berlengah.

Alamak! Mak aku ni , nak paksa orang pula. Ini sudah lebey.....

" Tak payahlah Mak. Kalau Mak nak balik kampung , Di boleh bawa. Di pun dah lama tak balik. Seronok juga jumpa kawan kawan lama. Tapi kalau nak carikan isteri, sorrylah. Nanti merana anak dara orang, siapa yang susah?" jawabnya sambil keluar dari dapur menuju ke bilik TV di atas.

Baik aku layan TV, gumamnya. Jelingan dan dengusan Hajjah Kalsom dan Datin Noraini mengiringinya.
...............................................................................................................

Rifdi melabuhkan tubuhnya ke kerusi berangkai tiga yang empuk. Remote TV di capai nya untuk menukar channel tapi tak ada yang menarik untuk di tonton. Asyik asyik ulangan cerita yang sama. Dia mengeluh kebosanan.

Isu jodoh ni mula memualkannya. Bukan ibu dan kakaknya saja yang sering bertanya, malah kawan kawan pun sama. Mungkin mereka risau sebab dia masih belum mempunyai teman wanita istimewa walaupun ramai wanita yang ingin mendekatinya. Apa tidaknya, Rifdi lelaki yang kacak, berpersonaliti hebat, rajin bekerja dan dari keluarga yang baik. Semua kriteria lelaki idaman ada padanya. Dia sedar, macam macam andaian yang di buat .... antaranya ialah dia gay ( nauzubillah) , dia amat cerewet, hati dia dah tertutup untuk mana mana wanita. Rifdi cuma pekakkan telinga.

Sejak Mimi Azura meninggalkannya 5 tahun dulu, dia serik untuk bercinta. Luka di hati masih berbekas hingga kini. Mimi cinta pertamanya. Mereka berkenalan ketika mengambil A levels di Help Institute. Gadis campuran Melayu Cina itu cantik, bijak, kelakar dan manja. Keduanya melanjutkan pelajaran ke UK. Walaupun tidak belajar di tempat sama , hubungan mereka makin mekar dan mereka mengikat janji untuk berkahwin selepas tamat pengajian nanti. Namun manusia hanya merancang, cinta yang di pupuk selama 4 tahun itu berakhir tanpa di duga. Walaupun Mimi telah lama pergi, tapi memori Mimi masih setia menemaninya. Susah bagi Rifdi untuk melupakan cinta pertamanya yang begitu suci dan indah.

Tiba tiba wajah Alani muncul di kotak minda nya. Gadis manis itu bagai menggamit nalurinya untuk melayani cetusan perasaan seorang lelaki pada sang dara.

"Mustahil" sanggah Rifdi bila jantungnya berdetik pantas mengenangkan pertemuan mereka. Sudah lama mereka tak berjumpa, sejak pertemuan di KLCC beberapa bulan lalu. Tersisip pula rasa menyesal. Mengapa aku tak pernah contact dia? Entah entah dia dah kena "ngap" dengan mana mana engineer di Berjaya Construction. Sudahlah tu, kawan aku pun nak masuk jarum.... eee... bengangnya!

Tapi rasanya Alani enggan menerima aku sebab Almaz . Kenapa aku layan Almaz sedangkan hati aku tak ada langsung bibit perasaan cinta untuk nya ? Usahkan cinta, sayang pun tidak. Dan aku tahu dia mengharapkan sesuatu yang lebih dari hubungan ini, bukan setakat kawan saja. Aku tak ingin mengecewakan wanita yang menagih kasih ku. Entah apa yang aku mahu? Susah susah sangat, aku ikut jerlah cakap Mak.... Rifdi mengeluh.
Rifdi mencapai tuala yang tersangkut di pintu almari dan melangkah longlai ke arah bilik air yang terletak di belakang rumah. Mesti air sejuk gila pagi pagi macam ni. Malasnya nak mandi, kenapalah tak ada water heater di rumah kampung ni, gumamnya.

" Di tak mandi lagi? Cepatlah, Mak nak ajak awak pergi pekan Beserah kejap lagi" Hajjah Kalsom bersuara dari ruang depan. Dia mencekak pinggang dengan tangan kirinya sementara tangan kanan memegang penyapu. Rumah kampung mereka masih berhabuk dan bersawang walaupun dia telah mengupah orang membersihkan rumah seminggu sekali semasa dia tak ada. Tapi tak boleh di harap, dia mengomel dalam hati. Semalaman dia dengan Rifdi menyapu dan mengemas. Nasib baiklah anak bujang dia rajin.

" Baru pukul 8 pagi lah Mak. Sejuk lagi. Nanti kejap lagi lah Di mandi." Rifdi mengambil cawan dan menuangkan kopi pekat yang masih panas. Dari meja dapur dia dapat melihat rumah Mak Cik Safiah, jiran yang terdekat.

" Kenapa lah aku setuju nak balik sini? Maunya anak Mak Cik Safiah tu betul betul ingat aku nak kawin dengan dia, mati aku" dia bermonolog sendirian. Sebab malas nak mendengar ibunya berpotpet mengalahkan DJ Radio Era, dia terpaksa menurut ibunya balik kampung.

Matanya tertancap pada seorang gadis ber T shirt kuning dan berkain batik yang sedang menyidai pakaian. Jarak rumahnya dan ampaian Mak Cik Safiah lebih kurang 30 meter. Itukah anak dara Mak Cik Safiah?

" I liiiiiike..." bisik hatinya sambil memerhati gadis berkulit cerah dan bertubuh langsing itu. Pinggangnya yang ramping terserlah walaupun T shirt yang di pakai tidak lah ketat. Rambutnya yang mencecah bahu lurus dan lebat. Tengok dari belakang pun aku dah terpikat. Tapi dia agak musykil. Setahunya anak perempuan Mak Cik Safiah kecil molek orangnya. Gadis di luar itu agak tinggi. Ah, aku bukannya ingat sangat. Dah hampir 10 tahun aku tak jumpa anak perempuan Mak Cik Safiah.

" DI! Tak mandi lagi? Oh... dok mengintai anak dara orang rupanya" suara ibunya membuat Rifdi terkejut. Satu cubitan hinggap di belakangnya. Aduh! Begitu ralit menatap pemandangan indah sampai tak sedar dia sudah berpindah dari meja ke depan tingkap. Dia tersengih macam kerang busuk sambil bergegas ke bilik mandi.

" Cepat lah mandi. Mak nak pergi beli barang nak masak untuk makan tengahari. Pastu nak buat kuih sikit hantar kat Mak Cik Safiah petang karang. Sambil tu Mak nak bincang pasal awak . Mak tengok awak tu dah teruk sangat, baik kahwin cepat."

" Di serah saja pada Mak. Baik untuk Mak , baiklah untuk Di" Rifdi senyum sambil mengenyitkan mata kepada ibunya. Kekusutan yang di rasai mula terungkai.
" Jemput masuk Mak Som. Duduklah dulu. Mak ada kat dapur. Susah susah aje bawa kuih" . Sopan tuturkata Munirah. Pinggan berisi kuih talam ubi di sambutnya.

Hajjah Kalsom mengambil tempat duduk di atas kerusi rotan berkusyen pink sambil membetulkan selendang nya. Panas, walaupun kipas angin ligat berputar. Televisyen 24 inci di depannya menyiarkan drama bersiri Liontin. Sejenak kemudian, Safiah pun ke depan dan bersalaman dengannya.

" Bila Kak Som sampai? Maaf, saya tengah buat kerja sikit kat belakang tadi. "

" Tak apa. Kak Som baru sampai. Cikgu Mahadi tak ada rumah ke?" Hajjah Kalsom bertanyakan suami Safiah.

" Dia bawa pasukan bolasepak sekolah ke Kuantan. Ada perlawanan di sana. Malam nanti baru balik. Kak Som balik seorang saja ke? "

" Saya balik dengan Rifdi. Dia tu dah lama tak balik sini. Semalam pun dia dah tak berapa ingat jalan. Nasib baik tak sesat." Hajjah Kalsom mengomel.

" Ooh. Kenapa tak ajak Rifdi datang sekali?"

" Dia letih, semalam dia bawa kereta 4 jam lebih tak henti. Lepas itu dia tolong saya kemas rumah. Pagi tadi saya ajak dia ke Beserah untuk beli barang dapur. Lepas tu dia tolong cantas semak samun di keliling rumah. Petang karang dia kata dah janji turun ke pantai dengan Mazli , main bola dengan kawan kawan lama." Panjang Hajjah Kalsom bercerita . Aku kena tunjuk yang anak aku tu rajin, tak kekok duduk di kampung.

" Rajin si Rifdi tu. Berapa umur dia sekarang Kak Som?" tanya Safiah. Ha..ini sudah pembukaan yang bagus, bisik hati Hajjah Kalsom

" Dah 28 , Piah. Itu yang saya risau, tak kawin kawin lagi budak tu. Kawan perempuan yang spesel pun tak ada lagi. Tapi Piah, yang bagusnya dia serah kat Kak Som untuk pilih isteri dia." Kata Hajjah Kalsom dengan senyuman penuh makna tersirat.

" Ya ker? Baguslah tu. Dah ada calon nya?" Safiah teruja untuk mendengar jawapan Hajjah Kalsom. Untung siapa dapat Rifdi, ada rupa, pelajaran tinggi, kerja bagus, perangai baik.Bak kata orang, ada pakej lengkap.

" Er... emm... Itulah Kak Som nak tanya Piah. Munirah tu macam mana? Dah ada orang masuk meminang ker?" tanya Hajjah Kalsom tanpa berselindung. Senyuman nya makin lebar.

Safiah terdiam. Tak sangka Hajjah Kalsom nak kat anak aku tu. Tapi sayang... Munirah dah ada teman lelaki. Rugi... rugi. Tapi Munirah dengan Razman tu cuma berkawan saja, belum ada apa apa ikatan lagi walaupun aku nampak Munirah tu macam dah betul betul angau. Apa aku nak buat ni? Dia menggaru kepala nya. Kalau boleh memang dia suka sangat berbesan dengan Hajjah Kalsom. Keluarga mereka semua baik baik, berjiran pula tu. Kalau Raya nanti laki bini tak payah berebut nak balik kampung. Munirah seorang saja anak perempuan aku, kalau dia kawin dengan Razman budak Perlis tu, susah jugak aku. Perdebatan yang hangat berjalan dalam kepalanya.

Ketika itu Munirah masuk menatang dulang berisi teko dan 2 cawan.

" Siapa pula ni?" tanya Hajjah Kalsom memandang gadis berbaju Kedah dan berkain batik di belakang Munirah yang membawa dua piring berisi kuih. Setahunya anak perempuan Safiah cuma Munirah seorang. Mazli pula masih muda, takkan ini bini dia kot? Lawa budak ini, lagi cantik dari Munirah.

" Ni adik angkat Munirah, Alani namanya. " kata Safiah. Alani tunduk dan menyalam tangan Hajjah Kalsom.

" Oh... Alani memang duduk di sini ke?" Hajjah Kalsom bertanya.

" Tak Makcik. Saya tinggal di KL. Saya tumpang Munirah balik ke sini. Esok ada majlis kawin kawan kami di Kuantan." balas Alani ramah sebelum menyusur langkah Munirah ke dapur.
Hajjah Kalsom menghirup teh yang masih berasap tipis.

" Jadi macam mana Piah? Munirah tu ...."

" Sebenarnya saya bukan tak suka berbesan dengan Kak Som. Tapi saya er...er ..kena tanya Munirah dulu. Orang sekarang ni tak macam kita dulu. " kata Safiah serba salah.

" Hmm.. kalau macam tu, bincanglah dengan Munirah. " Bibir Hajjah Kalsom menipis. Macam tak sudi saja bunyi Safiah. Rasa kecewa bila hajat nya tak kesampaian. Tiba tiba dia mendapat idea baru.

" Er.. Piah.. Alani tu anak siapa? Orang mana budak tu?"

" Dia yatim piatu. Mak bapak dia meninggal masa kecil. Asal orang Perak tapi sekarang dia tinggal dengan nenek dengan mak cik dia di Kuala Lumpur. Dia memang rapat dengan Munirah sejak di MRSM dulu. Saya dengan Mahadi pun dah anggap dia macam anak. Kenapa Kak? "

" Saja nak tahu. Kak Som tak pernah jumpa dia sebelum ni. Cantik orangnya " kata Hajjah Kalsom.

Safiah mengangguk. Kalau Munirah tak setuju terima pinangan Hajjah Kalsom, boleh aku pujuk Alani. Kira aku berbesan jugaklah dengan Hajjah Kalsom. Besan "angkat" pun jadilah.

" Piah, Kak Som minta diri dulu. Datanglah ke rumah bila senang. " kata Hajjah Kalsom sambil bangun dan bersalaman dengan Safiah.
"Munir , Makcik tadi tu siapa?" tanya Alani pada kakak angkatnya tu. Masa di MRSM, mereka berdua dan teman sebilik yang lain suka menggunakan nama lelaki. Macam secret identity geng mereka untuk mengelirukan orang. Seronok bila dapat mengenakan orang. Benda itu terbawa bawa sampai mereka dewasa.

" Jiran sebelah rumah. Kau tak pernah jumpa Mak Som ke?. Anak dia handsome tau, Lan. " Munirah tersengih pada Alani yang sedang mencuci cawan dan piring untuk hidangan Mak Som tadi.

" Kenapa aku tak pernah jumpa anak dia sebelum ni? Kalau handsome sangat kenapa kau tak mengorat dia dulu?"

" Masa kita balik cuti sekolah dulu, dia dah masuk kolej buat A level. Cuti tak sama dengan kita. Pastu dia pergi UK. Aku pun lama tak jumpa dia.... tengok tengok dah handsome, badan dah berisi, jerawat dah hilang. Aku pula dah ada Razman, melepas lah aku...ha! ha!"

Alani turut ketawa mendengar cerita Munirah.

" Apa lagi Lan? Tak nak berkenalan ke? Mana tahu kot kot kau terpikat? Bagi aku dia tu lebih kurang sama standard dengan Aliff".

Dalam perjalanan ke sini, Alani bercerita yang dia baru dapat tahu yang Aliff bekerja di tempat sama. Dari gayanya ,Munirah meneka yang Alani masih menyimpan perasaan. Hai.... patutlah masa kat US dulu dia tak pernah tersangkut dengan sesiapa.

" Lain kali sajalah. Aku malas nak fikir pasal cintan cintun ni. " Alani mencebik. Dia menyuap sepotong kuih talam ke mulutnya. Sedappp! Kuih serimuka yang Mak buat pun sedap giler. Gemuklah aku kalau duduk lama lama kat kampung.

" Asyik tu jer skrip kau. Malas nak fikir pasal cintan cintun, konon. Apasal lah kau ni takut sangat nak bercinta? Aku tak paham. Entah entah kau masih ada hati kat Aliff kan? Get real lah. Dah 7 tahun lebih kau tak jumpa dia. Kau dengan dia mesti dah berubah. " luah Munirah, sedikit geram.

" Kau ni... Bila masa pula aku kata aku menunggu Aliff? Mamat tu mesti dah ada awek, " kata kata yang keluar dari bibir, bukan dari hati Alani.

"Eh.... Kau tau tak, pagi tadi masa kau sidai kain, mamat sebelah rumah tu intai kau dari tingkap. Lama aku tengok dia berdiri di situ." Munirah bercerita. Waktu itu dia sedang menolong maknya memotong daun pandan di belakang rumah. Rifdi tak nampak Munirah mahupun ibunya. Begitu kusyuk dia merenung Alani. Maklumlah, Alani tu walaupun langsing tapi susuk badan dia boleh tahan sexy.

" Pleeeeeze... geli aku dengar. Berdiri bulu roma aku. Tak pernah tengok perempuan ker dia tu? "

" Apa korang mengumpat ni? Kalah Mak Siti dengan Mak Yam radio siaran kampung." selar Safiah sambil melangkah masuk ke dapur.

Alani dan Munirah terkejut melihat Safiah berdiri di belakang mereka. Keduanya tersipu sipu.

" Tak ada apalah Mak. Cerita kat Lan pasal Mak Som. Dia tak pernah jumpa Mak Som lagi" jawab Munirah.

" Cerita pasal Mak Som atau anak dia? Macamlah Mak tak dengar" dengusan Safiah di balas dengan muka seposen dua orang gadis itu.

" He..he! Dua dua lah Mak" Alani tersengih.

" Kenapa Mak Som kerap balik sini Mak? Bulan lepas dia datang, hari ni datang lagi. Dulu dia jarang balik. " ujar Munirah

" Kalau awak nak tahu, Mak Som tu tengah cari calon menantu. Risau sangat anak dia tu tak ada teman wanita lagi. Dia ada tanya Mak pasal Munirah"

" Ishh... orang tak nak lah. Kan orang dah ada Abang Razman. Bagi kat Nani jerlah....he! he!" Munirah ketawa sambil mengelak cubitan Alani. Muka Alani terus cemberut.

" Ada pulak nak pass pass kat orang? Tak senonoh lah. Nani tahu lah Nani tak laku tapi takkan nak kutip saki baki orang"

" Eh, awak jangan cakap macam tu, Lan. Nanti bila dah jumpa, jatuh hati pula" seloroh Munirah

" Betul tu Nani. Mak Som pun ada tanya pasal Nani juga. Kalau Nani setuju, Mak suka sangat." Senyuman penuh harapan menguntum di bibir Safiah.

Alani menggeleng pantas. Tak koser! Bujang terlajak mana ntah. Pepandai jer nak tolak kat aku. Ingat aku desperate sangat? bentak hatinya.

"Nani tak bersedia lagi lah Mak. " jawabnya pendek.

" Lan, jom kita pergi ke pantai. Mazli dengan kawan kawan dia nak main bola. " kata Munirah sambil menarik lengan Alani. Bimbang pula Alani berkecil hati.
.........................................................................................................................

Rifdi dan Mazli duduk menyandar di batang pokok sementara menunggu rakan rakan Mazli yang lain.

" Cantik sungguh pantai ni. Abang rasa pantai ni lah yang paling cantik di Malaysia " kata Rifdi sambil memandang laut yang di sulami ombak memutih yang berkejar kejaran. Pasir yang putih terdampar luas memandangkan air sudah surut. Cuaca redup dengan angin yang bertiup amat nyaman. Kenangan manis ketika zaman kanak kanak dan remaja susah di lupakan walaupun kini dia jarang balik kampung. Dia dan keluarga pindah ke Kampung Sg Karang 20 tahun lalu bila arwah bapanya bersara. Ketika itu Sg Karang cuma kampung kecil. Pantai ini pun sunyi dan tidak ramai pengunjung berbanding sekarang. Kini sudah ada chalet dan Hotel Swiss Garden.

" Abang tengok pantai atau tengok benda lain?" Mazli mengusik bila melihat mata Rifdi merenung jauh ke arah seorang gadis yang bermain di gigi air. Gadis berseluar jeans yang di lipat hingga ke lutut melompat dan menendang ombak ombak tanpa mempedulikan orang sekeliling. Seronok sangat dapat main air! Gelagatnya yang ke anak anakkan mengundang senyuman Rifdi.

Rifdi tidak menjawab usikan Mazli. Hati nya resah. Sejak balik dari rumah Mak Cik Safiah tadi, ibunya tidak berkata apa apa. Berita tak baik lah tu, teka nya. Alahai, milik siapakah gadis itu? Dia pasti gadis yang berhoodie putih menutup kepala dan separuh wajahnya yang bermain air itu adalah gadis yang menyidai kain pagi tadi. Hatinya berdetik, macam aku pernah nampak sebelum ni. Tapi ... tak mungkin.

" Kak Ngah tu sewel lah. Macam jakun tak pernah jumpa laut." Kata Mazli dengan nada separa lawak, separa mencemuh.

" Kak Ngah?" ulang Rifdi musykil. Setahunya Mazli cuma ada seorang kakak, Munirah, yang di panggil Kak Long. Sah, itu bukan Munirah.

" Bukan awak ada sorang kakak saja ke?"

" Kak Ngah tu adik angkat Kak Long. Dia selalu tinggal sini masa cuti sekolah dulu. Kenapa? Abang suka kah? "

Rifdi tidak menjawab, otaknya masih mencerna informasi yang di sampaikan.
Amacam ni? Kalau Mak tersilap booking, habislah aku.....

Titisan rintik mula turun. Mazli mengeluh. Pasti hujan lebat akan menyusul, memandangkan kepulan awan hitam mula berarak. Musnahlah rancangan mereka.

" Jomlah kita balik. Tak ada rezeki nak main bola hari ni. Dah lama tak hujan. Hari ni bila abang ada, hujan pula." Mazli berdiri sambil menepuk punggungnya untuk membuang pasir yang melekat.

" Entah bila pula Abang dapat peluang main bola dengan korang. Abang dah nak balik besok." Wajah Rifdi mendung, semendung awan di langit.
Berat langkahnya walaupun hujan semakin lebat . Bila dia menoleh semula ke laut kelibat Kak Ngah sudah tidak kelihatan. Hatinya penuh dengan tanda tanya.

No comments: