" I dah makan." Jawab ku pendek sambil menyusun pinggan mangkuk yang di gunakan semalam ke dalam kabinet dapur. Selepas Subuh aku dah menyapu dan mop lantai. Bukan kotor sangat, cuma ada kesan minuman ditumpahkan oleh budak budak. Apartment ni bukanlah besar sangat , dalam 1,400 kaki persegi dan perabot pun tak banyak, jadi tak lah penat aku mengemas.
Sham memakai kemeja lengan pendek dan seluar khaki. Cuti ke dia hari ni? Malas aku nak tanya. Aku mengelak dari berbual dengannya sejak semalam lagi. Aku tertidur sebaik saja kepala ku diletak ke bantal. Sampai tak sempat nak tukar baju.Tapi tidur ku nyenyak , tak macam malam malam sebelumnya. Takkan sebab rindu ku dah terubat kot.....hisshhh!
" How was Singapore? Banyak shopping?" tanya Sham. Aku menggeleng kepala.
" Banyak kerja. Tak sempat beli apa apa untuk you." Jawapan ku sepatah sepatah macam robot. Kalau aku ada banyak masa pun aku tak ingin nak beli buah tangan untuk Sham. Sorry... tak mendatangkan faedah.
" I tak nak apa apa pun. You sudi balik sini pun dah cukup" sayu suara Sham. Ini yang aku tak tahan. Aku membuka paip sinki supaya suara nya di tenggelami bunyi air, padahal bukan ada benda yang aku nak basuh.
" You suka tinggal di sini? Kalau tak suka, kita boleh balik rumah Mama" pelawa Sham. Nak ambil hati aku lah konon.
" I tak kisah. Sebab I nak balik kampung hari ni. I dah janji dengan nenek. " kata ku sambil terus ke bilik. Beg pakaian aku sudah di kemas. Aku akan melaram dengan pakaian baru yang di beli di Singapore. Biar hati luka, asal bergaya.
" Ili nak pergi dengan siapa?" jelas nampak kekecewaan di wajah Sham bila aku keluar membawa beg pakaian. Sebenarnya nenek menyangka aku akan pulang dengan Sham. Dia sering mengajak Sham ke Taiping sebab saudara mara Sham masih ada di sana.
" Dengan my cousin Diya. You boleh phone nenek kalau tak percaya. Tapi kalau you tak percaya pun I tak kisah." Sengaja aku menokok tambah. Biar dia terasa.
" Sudahlah tu, Ili. I dah cakap I'm sorry. Apa lagi you nak I buat, sayang? When will you forgive me?" serak bunyi suara Sham. Dia menghulurkan tangannya untuk mencapai tangan ku. Aku terpaksa menyua tangan ku tapi aku salam dengan hujung jari saja.... ala bini VIP tak ikhlas bersalaman dengan penduduk kampung gitu.
" Bye. I pergi dulu " kata ku tanpa memandang wajahnya.
..........................................................................................................................
Diya menjemput ku di taxi stand berdekatan dengan kereta Naza Kia nya. Aku meletakkan beg aku di seat belakang dan mengenakan talipinggang keledar.
" Cantik area rumah kau ni. Bila kau pindah sini?" tanya Diya
"Baru semalam. Aku pun tak sangka. Ni rumah bapak mertua aku tapi dulu dia sewakan. Tapi terror jugak kau cari tempat ni. " puji aku.
" Dulu aku main hoki di Stadium Hoki Jalan Duta tu. Masa aku represent Perak dulu. Aku dah pernah lah sampai area Jalan Duta ni. Pastu aku ikut sign yang tulis Mont Kiara. Eh.. apasal hubby kau tak ikut?" tanya Diya sambil memutar tombol radio keretanya. Sepupu aku ni peminat K& K Radio Era rupanya. Keretanya meluru ke arah NKVE.
" Sham busy sekarang. Kalau tak, dia nak ikut. " aku membuat helah. Tak payahlah aku ceritakan telenovela hidup aku.
Aku leka mendengar Diya kecoh bercerita pasal majlis perkahwinan kawan nya di Kampung Kerinchi kelmarin. Kawannya berkahwin dengan saudara Rosyam Noor. Sempatlah Diya bergambar dengan aktor pujaannya.
" Mesti cik abang you jeles nanti. Sudahlah bini dia datang sorang ke KL, pastu dating dengan Rosyam Noor pula" aku mengusik. Terkekeh Diya ketawa. Diya sudah beranak dua tapi masih slim dan menawan. Dengan tudung biru,kemeja denim dan seluar putih, Diya kelihatan macam peregawati busana muslimah. Suami dia yang aku panggil Abang Shah memang kuat cemburu orangnya. Sebaik saja kahwin, Diya di suruh berhenti kerja. Kini Diya mengambil upah menjahit untuk memenuhi masa lapang. Abang Shah bekerja sebagai pegawai pinjaman di Maybank.
" Ili, kau ingat tak Abang Jo? Yang duduk belakang rumah aku. Dia suka usik kau masa kecik dulu" Diya mengubah topik.
Dahi aku berkerut kerut cuba mengingatkan kembali geng zaman kanak kanak aku. Aku dan adik beradik lain sering balik kampung masa cuti sekolah. Terutama nya jika mama di hantar berkursus. Kenangan bercuti di kampung memang indah. Tapi aku tak ingat siapa gerangan Abang Jo.
" Alaa... takkan kau tak ingat. Dia cute, tinggi, kulit hitam manis. Kalau main kahwin kawin, kita berebut nak jadi pengantin perempuan kalau dia jadi pengantin lelaki....ha! ha! Tapi dia selalu pilih engkau. Menci aku " tambah Diya sambil memuncungkan mulut. Aku tergelak besar mengenangkan gelagat kami masa kecil.
" Oohhh...okay,baru aku ingat. Tapi family dia pindah ke Kedah masa dia di Form 4 kan? Lepas itu, kita dah tak jumpa dia. Kenapa tiba tiba kau tanya pasal dia?" Wajah Abang Jo terimbas kembali. Dia sebaya dengan Kak Ngah, iaitu 4 tahun tua dari aku. Kalau tak silap ,nama penuh nya Arif Johari bin Ariffin.
" Tiga bulan lepas family dia pindah balik ke rumah lamanya. Uncle Ariffin dah bersara. Abang Jo dan adiknya Juliana kerja di KL tapi selalu balik jenguk parents dia orang. Uncle Ariffin tu tak berapa sihat, ada penyakit jantung katanya."
Aku kusyuk mendengar cerita Diya. Terbayang wajah Abang Jo dan adiknya yang aku panggil Juli. Juli yang muda setahun dari aku cembeng sikit masa itu. Selalu dia kena pulau dengan kami.
" Abang Jo tu ingat lagi tak kat kita? Dia dah kahwin ke?" tanya ku.
" He...he... mestilah dia ingat. Especially kau. Jumpa saja dengan aku terus tanya kau dah kahwin ke belum? Dia ada hati dengan kau aku rasa. Aku dah nak call kau ajak jumpa dengan dia tapi masa tu kau di Amsterdam. Kemudian kau pun kawin, jadi melepaslah Abang Jo. Eh.. kenapa kau gelak?"
Aku tergelak sinis bila memikirkan masaalah yang bakal timbul kalau aku berjumpa dengan Abang Jo di kampung nanti. Mesti Sham ingat aku balik kampung sebab dah buat temujanji dengannya. Macam macam kata nista akan di lemparkan pada ku nanti. Padahal kalau aku bertembung dengan Abang Jo di tengah jalan pun kami mungkin tak mengenali satu sama lain.... dah berzaman kami tak berjumpa.
" Dia dah 29 tapi belum kahwin lagi. Aku pun hairan. Bawa kereta Nissan Murano, mesti gaji besar. Rupa ada, kerja sebagai arkitek tapi tak kawin lagi. " omel Diya
" Alaa... 29 tu kira muda lagi lah untuk orang lelaki. Kalau dia nak kawin mesti ramai calon yang datang offer diri." aku menyanggah. "Eh.. Diya, pada kau siapa lagi hensem, Abang Jo atau Sham?" Tiba tiba mulut aku gatal pula untuk bertanya.
" Ohh... gatal jugak ya engkau ni? Susah nak cakaplah. Sebab aku tengok laki kau sekali saja masa bersanding. Masa itu dia bertengkolok , bertanjak semua. Abang Jo pula selalu pakai T shirt dengan jeans saja bila balik kampung. Tapi...... aku rasa Sham lagi hensem kot. Kalau kau dah boring pass kat aku pun boleh" kata Diya sambil tersengih. Aku menampar lengan nya.
" Ewahhh! Kata orang gatal, tapi dia lagi teruk" aku mencemuh. Tapi Sham tu muka hensem, perangai macam jin. Tiba tiba aku rasa kesian mengingatkan Sham keseorangan di rumah baru. Kenapa aku tak ajak dia balik kampung sekali. Kejam nya aku. Ili... Ili...nak tunjuk brutal konon, tak nak maafkan Sham. Tapi baru berpisah berapa jam , dah mula sedih. Silap silap malam ni aku tak boleh tidur lagi sebab rindukan dia. Aku mengeluh panjang.
Kami berhenti sebentar di Kawasan Rehat Ipoh Selatan untuk minum dan membeli buah buahan. Nenek memang suka limau bali dan jambu batu. Kemudian aku pula mengambil alih jadi pemandu manakala Diya buka kilang tahi mata. Kuat tidur betul sepupu aku sorang ni. Kami di sambut dengan hujan renyai sebaik saja tiba di Taiping. Cuaca yang redup dan nyaman membuat aku rasa tenang. Meskipun sudah lebih dua tahun aku tak ke sini, tidak banyak yang berubah. Bandar kecil ini sungguh tenteram, lebih lagi di sekitar rumah nenek yang terletak di Kampung Melayu. Aku menghentikan kereta di sebelah pokok rambutan yang lebat berbuah di depan rumah nenek.
" Kau tak nak datang rumah aku dulu Ili? Kalau nenek dah start cerita, sampai kau balik KL pun tak habis lagi" dengus Diya sambil berpindah ke tempat pemandu.
" Kau ni merepeklah. Aku duduk sini 3 hari . Mesti aku sempat pergi rumah kau. Kalau ada masa , kita lepak kat Restoran Bismillah, pekena roti canai dengan teh tarik okay? Kirim salam kat Abang Shah dengan Pak Ngah ya." Diya masih tinggal dengan bapanya, Pak Ngah aku. Mak Ngah meninggal tiga tahun lalu sebab penyakit buah pinggang. Diya lah yang menjaga makan minum bapanya sekarang. Keluarganya juga lah yang sering tengokkan nenek.
" Dengan Abang Jo, kau tak nak kirim salam? Aku rasa besok atau lusa dia mesti balik sini. Nanti aku bawa dia jumpa kau boleh?" tanya Diya dengan senyuman nakal
" Kau ni sengaja nak cari pasal. Tak payah lah bawa dia jumpa aku. Lainlah kalau aku ni bujang, ada juga thrill." Bidas aku sambil menggalas beg dan buah buahan yang di beli tadi. Aku melambai kepada Diya yang memandu perlahan ke rumahnya yang tak sampai 50 metre dari rumah nenek.
Aku bergegas masuk ke laman rumah nenek yang di hiasi dengan pokok orkid dan bunga kertas beranika warna. Tak sabar rasanya nak jumpa nenek. Aku mengetuk pintu depan nenek yang tak di tutup rapat. Pelik juga, biasanya pintu depan mesti berkunci atau di selak dari dalam.
" Assalamualaikum" laung ku sambil menguak pintu dan mengintai ke dalam.
Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Alangkah terkejut nya aku......
.......................................................
Lemah lutut ku melihat Sham dengan nenek di ruang tamu. Apahal mamat ni datang? Nak spy aku ker? Apa dia ingat aku melencong ke tempat lain atau balik kampung nak jumpa kekasih gelap?
" Waalaikumsalam" nenek dan Sham menjawab serentak. Aku meletak beg dan buah tangan di meja sebelum memeluk nenek dengan erat. Rindunya aku kat nenek walaupun dua bulan sudah kami berjumpa sewaktu perkahwinan aku. Bau rumah nenek yang separuh batu dan separuh kayu menggamit nostalgia zaman kecil ku. Tambah pula dengan aroma kari masakan nenek. Tiba tiba saja perut ku lapar walaupun baru pukul 12 tengahari dan aku dengan Diya sudah mengalas perut di kawasan rehat Ipoh tadi.
" You tak nak peluk I ker?" usik Sham sambil tersengih.
" Mengada, buat malu aku depan nenek saja " bisik ku dalam hati sambil duduk di sebelah nenek. Soalan yang bermain di benak ku tak mampu ku luahkan bila memandang wajah Sham. Aku cuma menundukkan muka. Rasa bersalah mula menerjah bila aku kenangkan perbuatan ku semalam dan pagi tadi. Payah sangat kah nak memaafkan suami ku sendiri sedangkan dia dah puas berusaha memujuk ku.
" Kenapa Ili tak balik sekali dengan Sham?" tanya nenek. Mungkin ianya satu soalan biasa tapi mungkin juga nenek yang dah lama makan garam dapat mengagak yang perang dingin sedang berlaku di antara kami.
" Ili kesian Diya drive balik sorang sorang. Dia perempuan pula tu. Malang tak berbau, nek" aku menjawab. Memang alasan aku boleh pakai. Lagipun mana aku tahu Sham nak datang.
" Nenek nak Ili tolong kat dapur?" kata ku pantas bila nenek bangun dan menuju ke arah dapur. Rasa janggal bila berduaan bersama Sham.
" Tak payah lah. Nenek memang dah masak awal sebab tahu cucu nenek nak datang. Ili dengan Sham rehatlah dulu." laung nenek dari dapur. Aku jadi tak tentu arah di tinggal berdua. Ruang tamu nenek yang di isi set kerusi rotan berkusyen corak putih dan biru terasa menyesakkan, walaupun rumah nenek tidak lah kecil.
" You nak lagi kopi?" aku memecah kelohongan yang hanya terisi dengan bunyi siaran TV. Tangan aku mencapai teko berisi kopi O yang terletak di tengah meja.
Sham menggeleng tapi tak bersuara. Matanya memandang ku tajam. Aku tahu dia menunggu aku membuka perbualan tapi mulut ku terkunci walaupun hati ni sarat dengan penyesalan. Aku ingin mencapai tangan nya dan meminta maaf, aku ingin meletakkan kepala ku di bahunya dan mengusap rambutnya tapi keegoan aku menggunung.
" I angkat beg ke bilik dulu." kata ku sambil menuju ke bilik tamu. Bilik yang berkatil kayu antik itu memang menjadi rebutan cucu cucu nenek masa kecil sebab seronok dapat tidur dalam kelambu. Seringkali aku kena marah sebab bermain "rumah rumah" atas katil pada waktu siang. Paling nenek tak suka ialah bila aku atau Diya berlakun jadi nenek dan jiran nya . Kelambu di selak sambil aku melaung" Cik Ani... Cik Ani masak apa hari ni?"Sememangnya itu dialog nenek dengan jirannya .... sejak kecil lagi aku dan Diya sudah menunjukkan bakat jadi Kak Nam...he! he!
Hairan pula aku, tak ada pun beg atau pakaian Sham dalam bilik. Takkan nenek biarkan dia tidur berasingan. Baru aku nak berangan betapa romantis nya tidur dalam kelambu dengan Sham...... perasan nya aku. Entah entah dia tak sudi pun nak sentuh aku.
" Nenek, Sham pergi dulu ya. Insyaallah, Sham singgah lagi masa pulang nanti." Aku terdengar suara Sham. Terkejut aku! Dia nak ke mana? Aku terus meluru keluar dari bilik.
" Sham, you nak pergi mana?" tanya ku pada Sham yang sudah berada di muka pintu.
" Eh.... kenapa nak tahu ? Tadi macam tak suka tengok I kat sini. Dah orang tak suka , I pergi lah." Kata Sham sinis. Hati aku rasa betul betul terhiris. Tapi semua ini silap aku jugak. Nenek keluar dari dapur sambil membawa Tupperware berisi pengat durian. Nenek pun tahu Sham memang suka pengat . Tak kisahlah pengat apa; pisang, nangka, durian semua memang kesukaan nya. Bila nenek ada , tak terluah apa yang aku nak ucap.
" Terimakasih Nek. Sedapnya bau. " kata Sham sambil tersenyum lebar.
" Jalan elok elok ya Sham. Jangan bawa kereta laju laju. Bila balik nanti kalau senang singgahlah rumah nenek ya. Duduk lama sikit. Boleh nenek bawa Sham jumpa saudara mara sebelah emak Sham." kata kata nenek membuat aku tertanya tanya. Sham mencium tangan nenek dan nenek mengusap kepala nya. Sayang sungguh nenek pada Sham. Sham pula memang sudah tak ada nenek atau datuk. Nenek aku lah tempat dia menumpang kasih.
Aku mengikut Sham ke luar. " Sham, I am sorry kalau .. kalau I hurt your feelings. Cakaplah, mana you nak pergi?" rayu ku dengan menggelabah. Sham duduk di kerusi kayu stail Bali dan memakai kasut. Dengan perlahan aku duduk di sisi nya. Bibit tangisan mula mencucuk kelopak mata ku.
" I nak ke Penang. Kencana Petroleum buat golf game di Bukit Jambul untuk semua oil & gas companies. Datuk Shukri suruh I dengan Khairil join sekali. Since I dah lama tak jumpa nenek, I singgah lah sekejap. Khairil pun nak pergi jumpa uncle dia yang duduk di Kamunting. Kenapa? You ingat I terhegeh hegeh datang sini sebab nak ikut you? Or you think I am spying on you?" kata kata Sham membuat aku terkejut. Sham pandai membaca fikiran ku. Muka aku merona ... malunya aku. Pantas jari aku menyeka airmata yang mula gugur.
" Sorrrryyyy, I salah sangka. Berapa hari you kat sana? Nanti kalau you balik KL, I tumpang boleh?" tanya ku. Dengan teragak agak aku meletakkan tangan ku di atas tangannya, takut nya aku kalau kena tepis. Leganya hati ku bila Sham menggenggam jari ku.
" Budak baik saja boleh tumpang I. Siapa yang degil dan tak sayang I, tak boleh. Jalan kaki balik sendiri" acah Sham. Namun bibit bibit senyuman nakal nya membuat aku lega. Aku memuncungkan mulut.
" Kalau degil, tapi sayang you, macam mana? Tumpang separuh jalan boleh?" aku melawak. Sham menarik hidung ku.
" Itupun kena duduk dalam boot kereta. Ili....Ili hati batu jugak wife I ni rupanya." kata Sham perlahan sambil merenung ku.
" I 'm sorry . Sorry sangat sangat. I minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. I miss you so much, sayang." Kata ku sambil mengesat airmata yang mula mengalir kembali. Sham mengusap rambut ku perlahan. Rindunya aku pada belaian nya.
"I am sorry too. I know I hurt your feelings. I bersalah sebab tak fikir panjang sebelum I tuduh you. Dalam hati I tahu you tak tergamak nak berlaku curang. Forgive me, ok?" bisikan Sham melenyapkan segala perasaan marah ku padanya.
" Okay... zero -zero " aku tersengih.
" Tak aci. I zero... you negatif satu. Kena kiss I dulu, baru zero zero." Kata Sham sambil tersenyum nakal.
" Issh.. you ni. Malulah. Kalau Makcik Ani kat sebelah tu nampak, habis heboh satu kampung" aku merungut
" Apa pulak? Kita dah kawin lah. Kenapa dia nak heboh? Cepat lah. Nanti kempunan I bila pergi Penang. Main golf pun sure kalah." Sham mengecek. Aku mengucup tangan Sham.
" Ok ..dah. Nanti nenek marah kalau lebih lebih. Sini bukan Hollywood, ni Taiping... he! he!" kata ku sambil ketawa melihat jelingannya. Tiba tiba wajah Sham bertukar menjadi serius.
" Khairil dah sampai. I have to go. Take care of yourself, sayang. Whatever happens, remember that I love you. Always and forever" Kata Sham lembut sambil mengusap pipi ku yang kembali di tumpahi air jernih. Bila mata kami bertentangan , aku tidak mampu mengalihkan pandangan ku. Alangkah indahnya kalau hanya wajah Sham memenuhi ruang mata ku setiap waktu. Rugi nya setiap detik bila berjauhan darinya.
" I love you too. No one else but you" kata ku dalam sebak sambil menggengam erat jarinya.
Sham menaiki kereta Honda CRV kepunyaan syarikat dengan Khairil, salah seorang Senior Engineer di Isfahan. Aku melambai dengan senyuman walaupun hati aku berat melepaskan nya. Entah kenapa perpisahan kali ini terasa aneh.... walaupun Sham akan kembali malam esok. Dia memandang tepat kepada ku sehingga keretanya hilang dari pandangan. Ketika itu , aku terasa kekosongan yang amat memilukan.
........................................................................................................................................
Jantungku bergerak deras melihat nenek terjelepuk di sisi kerusi rotan di ruang tamu. Nafas ku menjadi sesak. Rumah nenek nampak kemas seperti biasa. Tak mungkin ada pencuri atau penceroboh yang masuk dan mengapa apakan nenek. Lagi pun aku ke rumah Diya cuma lima belas minit untuk meminjam buku resepi selepas Asar tadi.
Aku terus menerpa dan memangku kepala nenek. " Nek..nek" seru ku. Pipi nenek ku tepuk dengan lembut. Peluh dingin mula merembes di pelipis ku bila tiada tindakbalas darinya. Aku mencapai tangan nenek. Nadinya masih ada.... Alhamdulillah. Pantas aku mendial nombor rumah Pak Ngah. Bila Diya menjawab , dengan suara tersekat sekat aku menceritakan keadaan nenek.
" Astaghfirullah! Aku datang sekarang" katanya dengan nada separuh menjerit.
Sambil mengusap rambut nenek, aku menelefon Mama.
" Ili, telefon ambulans cepat. Nenek kena di bawa ke hospital. Mama balik secepat mungkin" suara Mama cemas. Lebih lagi hari ini Papa ke Melaka sebab ada urusan di hospital pakar di sana. Kalau tidak mungkin Papa boleh memberi panduan apa yang harus aku lakukan. Tangan ku menggeletar bila mendial nombor kecemasan untuk ambulan.
Sejurus itu, Pak Ngah dan Diya pun tiba . Kedua nya tercungap cungap, mungkin mereka berlari dari rumah. Airmata yang ku tahan dari tadi mula mengalir.
" Sabar Ili. Insyaallah nenek tak apa apa. " Pak Ngah cuba meyakinkan kami tapi aku tetap menangkap kegusaran dalam nada suara nya.
" Jom kita hantar nenek ke hospital. Kalau tunggu ambulan mungkin lambat." Kata ku. Aku bingung, entah berapa lama nenek dah pengsan. Aku takut kalau dia di serang angin ahmar atau koma terus sebab pengaliran darah ke otak terhenti. Papa pernah bercerita yang angin ahmar boleh terjadi dengan tiba tiba, lebih lagi bagi orang yang sudah berumur macam nenek. Setahu aku nenek tidak ada penyakit yang serius, cuma dulu pernah kena kencing manis. Tapi dia rajin makan ubat dan mengawal makanan. Kini umurnya sudah 75 tahun tapi nenek masih lagi kuat dan cergas.
Pak Ngah sudah pulang ke rumah untuk mengambil kereta. Aku berusaha menenangkan Diya yang lebih tertekan walaupun aku sendiri dalam keadaan cemas. Diya lah yang sering menjenguk nenek dan dia menyalahkan dirinya kerana pergi ke KL untuk perkahwinan kawannya. Selama 4 hari dia tak ada disini. Mungkin nenek tidak sihat masa pemergiannya.
Tiba tiba nenek membuka mata. Terkebil kebil dia memandang aku dan Diya.
" Ya Allah.. kenapa dengan kamu berdua ni?" nenek bertanya sambil mengurut dadanya. Nenek cuba bangun sendiri tapi tak berdaya. Aku dan Diya memapahnya ke kerusi. Nafasnya agak semput.
" Syukur Alhamdulillah, nenek dah sedar. Tadi nenek pengsan masa Ili balik dari rumah Diya. Ili dah panggil ambulans. Kita pergi hospital ya, nek"
" Hospital? Tak payah lah . Buat apa pergi hospital? Bukannya nenek sakit teruk. Cuma pening pening saja" nenek membantah. Aku dan Diya saling berpandangan. Kami berdua cuba sedaya upaya memujuk nenek tapi nenek tetap degil. Kalau Sham ada di sini, mesti dia dapat meneka dari siapa aku mewarisi sifat degil aku.
" Kalau nenek tak nak pergi hospital, malam ni jugak Ili nak balik KL." gertak ku. Tak ada cara lain yang lebih efektif. Akhirnya nenek mengalah, walaupun mulut nya tak henti membebel.
Tak sampai 10 minit, ambulan pun tiba. Nasib baiklah Taiping bukan macam KL yang sentiasa sesak dengan trafik. Aku menaiki ambulan bersama nenek sementara Diya dan Pak Ngah menyusur dengan kereta. Sampai di Hospital Besar Taiping, nenek terus di kejarkan ke wad kecemasan.
Aku, Diya dan Pak Ngah menunggu di luar dengan penuh debaran. Aku berdoa semoga nenek tak ada masaalah kesihatan yang serius, tak puas lagi aku bermanja dengan nenek. Tak sangka pula kepulangan aku di sambut dengan kejutan begini. Tiba tiba aku teringatkan Sham. Alangkah baiknya kalau lah dia ada di sisi ku sekarang. Tapi aku tak patut menyusahkannya , aku cuma menghantar mesej memberitahu apa yang terjadi. Memadailah kalau dia berdoa untuk nenek.
" Pakcik Daud, Diya. Buat apa di sini?" Suara lelaki menyapa . Aku mengangkat muka setelah menekan butang "Send" di henfon. Seorang lelaki tinggi lampai berwajah kacak iras M Nasir dan berkaca mata berdiri di depan Pak Ngah bersama seorang wanita sebaya Mama. Siapa pula mereka ni? Yang pasti bukan saudara aku. Aku bangun untuk bersalaman.
" Ini anak Cikgu Ana kan? Nama apa? Auntie dah lupa lah. Lama Auntie tak jumpa. Apa khabar ?" wanita berbaju kurung hijau dan bertudung putih itu menyapa mesra.
" Khabar baik. Saya Ili. Anak nombor tiga" balas ku sambil membetulkan T shirt Polo kuning yang aku pakai. Bukan aku nak perasan tapi dari tadi lelaki itu memandang aku semacam saja. T shirt aku bukannya ketat atau singkat sampai nampak perut. Jeans lusuh yang aku pakai pun tidaklah macam sarung nangka.
" Ili , ingat tak Abang Jo? Wah, Ili dah besar dan makin cantik. Dulu comel tapi macam tomboy. " Sampuk lelaki itu pula sambil mendekati aku. Oohhh... ini ker Abang Jo yang Diya ceritakan dalam kereta tadi? Dari ekor mata, aku melihat Diya mengenyet matanya. Diya..Diya...Dalam pada risau menunggu khabar tentang nenek, ada hati nak buat lawak juga tu.
Aku mengangguk" Ingat lagi. Abang Jo kerja di mana sekarang? Juli apa khabar?". Aku rasa janggal dengan tenungannya. Takkan dia tak tahu aku ni bini orang. Mungkin tidak , aku bukannya kahwin di Taiping. Lain lah kalau aku artis popular, satu Malaysia pun tahu.
" Abang kerja di BEP Arkitek, tapi bulan depan Abang join Putrajaya Holdings. Juli sihat, dia stewardess dengan Air Asia . Keluarga Ili di mana sekarang?" Abang Jo mengambil tempat duduk di sebelah ku. Belum sempat aku menjawab, henfon aku berbunyi. Pantas aku meminta diri untuk menjawab panggilan dari Sham. Aku terus ke sudut yang jauh dari hingar bingar pelawat.
" Ili, macam mana dengan nenek? " terdengar kerisauan dalam nada Sham.
" Tak tahu lagi. Doktor belum beritahu apa apa" jawab ku.
" I baru check in kat Equatorial Hotel. Lepas I rest sekejap, I balik sana."
" Sham... tak payahlah datang. You mesti letih. Takkan you nak ulang alik ke sini. I rasa nenek ok, bila dia sedar tadi dia dapat cakap macam biasa" kata ku cepat. Sebak rasanya bila tanpa di suruh, Sham sudi datang. Sayang betul dia pada nenek.
" I saja cari excuse nak jumpa you. You tak miss me ker? " tanya Sham. Aku tersenyum kecil. Hati ku berbunga bunga bila Sham mula mengusik.
" Of course I miss you, sayang. Tapi malam besok kita jumpalah. Nanti Datuk Shukri marah kalau you punya golf game teruk. Sham, I have to go. Doktor dah datang. Nanti I call you back. "
Melihat doktor mendekati Pak Ngah, aku pun bergegas ke arah mereka. Abang Jo dan ibunya sudah tidak kelihatan. Dr Thevaraj memberitahu yang keadaan nenek tidak membahayakan. Nenek pengsan kerana tekanan darah rendah. Selepas pemeriksaan lanjut dan di beri ubat , dia di benarkan pulang. Alhamdulillah, lega rasanya.
................................................................................................................................................
Mama dan Auntie Wan Amnah rancak berbual sambil menjamu selera dengan cucur udang dan teh o panas yang aku buatkan. Sekali sekala aku dapat tangkap perbualan yang di sulami gelak tawa dari dapur. Walaupun Auntie Wan tidak lama di kampung ini tapi persahabatan yang mereka jalinkan tetap utuh. Ada juga hikmahnya nenek jatuh pengsan semalam, peristiwa itu menemukan Mama dan sahabat lama nya.
" Ili dah kahwin rupanya. Mati mati I ingat dia single lagi. Untung you, anak semua dah lepas" kata Auntie Wan
" Alhamdulilah. Cuma yang bongsu Irfan masih belajar kat UK. Johari dengan Juliana pula macam mana?"
" Hmmmm" Auntie Wan mengeluh panjang. " Juliana tu dah nak bertunang tapi Jo belum ada pilihan lagi. Entah lah, cerewet betul anak bujang I tu. Umur dah makin lanjut. Girlfriend ramai tapi tak ada yang dia nak jadikan isteri. Tunggu bidadari dari langit gamaknya."
Aku tersengih sendirian mendengar luahan hati Auntie Wan. Aku tengah berura ura nak introduce Abang Jo kepada Wani. Wani berumur 27 tahun, Jo 29...ok lah tu. Mana tahu kot kot Wani ada ciri ciri bidadari idamannya.
Sejak semalam, aku dan Mama tak membenarkan nenek membuat apa apa kerja. Segalanya kami lakukan berdua, nenek di layan macam permaisuri. Nenek tak habis habis membebel tapi kami terpaksa pekakkan telinga. Sambil menggosok baju nenek, aku menjeling jam tangan ku. Sudah hampir pukul 3 petang. Kata Sham, dia akan bertolak dari Penang pada pukul 4 petang. Kalau trafik tak banyak, sebelum Maghrib dia akan sampai. Semalam hampir setengah jam aku bergayut di telefon dengan Sham. Tak pernah aku berbual di telefon begitu lama dengannya sejak kahwin, rasa macam zaman mula berkenalan dulu . Macam macam kami bualkan, dari cerita Lisa yang sewel membuat fitnah, cerita aku di Singapore dan keadaan nya semenjak aku tiada. Dari lucu hingga serius dan semestinya kata kata romantik yang mencairkan hati aku. Aku pula tak ubah macam Sabariah berguling guling di atas katil mendengar suara Kassim Selamat dalam cerita Ibu Mertua Ku. Tak sabar rasanya nak jumpa Sham petang ni... gatai nyaaa aku. he! he!
" Ili, Diya dah tunggu kat luar. " kata Mama sambil menjenguk ke dapur. Aku dah janji dengan Diya untuk pergi ke pekan. Diya hendak membeli perkakas menjahit, sambil itu boleh lah singgah di Restoran Bismillah atau makan ais kacang. Aku ke bilik untuk menukar pakaian sebelum bergegas keluar.
" Amboi , glamer nya makcik ni. Tak takut orang mengurat ke?" laser Diya melihat aku berjeans putih dengan top merah berlengan pendek yang aku beli di Singapore.
" Kau ni ada ada jer lah. Eh, mana Aina dan Norman? Kata nak bawa derang sekali?"
" Mak mertua aku datang jemput dia orang balik ke rumahnya. Lega aku. Boleh lepak dengan kau lama sikit. Kalau ada budak budak tu, kejap nak pergi toilet, kejap nak aiskrim, nak dukung, nak tidur.... macam macam kerenah. " kata Diya sambil mencebik. Aku mengangguk tanda faham. Diya surirumah sepenuh masa, adakalanya nak jugak masa untuk diri sendiri.
" Nasib baik Mama ada. Boleh juga dia tengok nenek. Kalau tak, aku tak merasa keluar dengan kau."
" Itulah. Kalau Sham dah sampai nanti, mesti kau nak dating dengan dia pula. Kalau tak pun asyik terperap dalam bilik." Diya mengusik. Aku menampar lengannya walaupun dalam hati memang itulah plan aku... he he!
Selesai ke kedai jahitan, kami berjalan jalan sekeliling pekan Taiping yang saiznya lebih kurang sama dengan kampus Kolej Sunway tempat aku buat matriculation dulu. Bila dah habis kami meneroka, aku dan Diya ke Restoran Bismillah. Sedang kami rancak berbual sambil menunggu pesanan, tiba tiba Diya melambai.
" Abang Jo, joinlah kita" laungnya. Aku menoleh dan ternampak Abang Jo dengan senyuman lebar berjalan ke arah meja kami.
" Hi Diya, Ili. Dah lama korang sampai?" dia bertanya sambil mengambil tempat duduk di sebelah aku.
" Ada lah 15 minit , tapi order pun tak dapat lagi." Jawab Diya dengan selamba sambil menjeling pelayan yang lalu. Tak lama selepas itu teh tarik kami pun sampai.
" Lawanya Ili hari ni." Mamat ni tak habis habis memuji aku. Rimas betul ! Dari semalam lagi. Lepas nenek balik dari hospital, mereka sekeluarga datang ke rumah untuk melihat keadaan nenek. Aku cuma berkain batik dan berbaju Kedah tapi Abang Jo memuji aku seolah aku Kiera Knightley yang bergaun Christian Dior untuk ke majlis Academy Award. Geli aku! Mama sempat bergurau yang kalau aku masih bujang, Abang Jo tu ada hati nak masuk meminang.
" Terimakasih" ucap ku selamba dengan senyuman kecil
" Hubby Ili tak sampai lagi kah? Tak takut ke dia ? Tinggal bini sikit punya cun sorang sorang. Nanti ada orang tackle..." sambungnya lagi.
" Tak de maknanya. Sham tak takut sebab dia tahu I ni sayang gila kat dia. I tak pandang lelaki lain dah." kata ku sambil tersengih. Ha... amek kau! Jelas nampak perubahan di wajah Abang Jo selepas mendengar jawapan ku.
" Sham memang hensem" sampuk Diya " Macam pinang di belah dua dengan Ili" Diya pun nampak tak selesa dengan kelakuan Abang Jo. Macam lah tak ada perempuan lain.
" Abang takkan tak ada girlfriend? Kalau tak ada, I can introduce you to my friend" aku memberi cadangan.
" Boleh juga. Apa salahnya berkenalan? Tapi sebenarnya Abang ada ramai girlfriend, cuma tak ada yang special. Entahlah, yang suka kat kita, kita tak berkenan. Yang kita suka dah kawin"
Nasib baik henfon aku berbunyi, sekaligus menamatkan ayat propa Abang Jo.
" Ili kat mana? Boleh balik sekarang?" suara Mama begitu cemas. Berderau darah aku.
" Ada apa apa jadi kat nenek ke?"
" Tak. Nenek ok. Ili balik cepat ya" Mama segera memutuskan talian.
Aku terpinga pinga. Tiba tiba jantung ku bergetar kencang. Ya Allah...adakah sesuatu berlaku pada Sham? Patutlah dia tidak menjawab panggilan aku atau membalas SMS sejak petang tadi. Melihat muka aku yang tiba tiba pucat, Diya terus bangun dan menuju ke kaunter untuk membayar. Perjalanan pulang ke rumah nenek ku rasa amat jauh. Aku tak henti henti berdoa supaya Sham selamat. Baru saja kami berbaik semula. Pinta ku janganlah ada bencana yang berlaku. Aku tak sanggup menanggung derita sekali lagi.
Sampai saja di rumah , aku meluru masuk dan mencari Mama.
" Mama, apa jadi? Is it Sham?" jerit aku. Airmata yang aku tahan mula bercucuran bila melihat wajah Mama yang sugul.
" Ili ...sabar sayang. Kereta Sham accident, dia di hospital sekarang. Let's go." Kata Mama sambil memaut bahuku. Jantung ku seakan melantun lantun dalam rongga dada. Badan ku jadi lemah namun ku gagahi juga....
................................................................................................................................................
Dalam perjalanan Mama memberitahu yang dia menerima panggilan dari Abah mengatakan kereta yang di naiki Sham bertembung dengan Bas Kilang berdekatan dengan exit ke Taiping. Nasib baik ada dua kereta staf Isfahan yang juga dalam perjalanan pulang dari Penang di belakang dan mereka mengejarkan Sham dan Khairil ke hospital. Mak dan Abah juga dalam perjalanan ke sini.
Aku antara dengar dan tidak cerita Mama. Yang jelas di mata ku cuma bayangan wajah Sham sewaktu kami berpisah semalam. Kata kata terakhir nya pada ku kembali menghantui ku. Kenapa aku di beri ujian yang sungguh hebat ini? Ya Allah...berilah aku kekuatan.
" Shamsul Hazril Shamsudin di bilik mana kak?" tanya ku pada Sister yang bertugas di wad kecemasan. CEPATLAAAAH....! jerit ku dalam hati bila dengan sikap acuh tak acuh dia merujuk ke computer di depannya.Aku rasa masa berlalu begitu lambat sekali.
" Yang accident tadi ke?" dia bertanya. Aku cuma mengangguk, lidah ku terlalu berat untuk berkata. Ketika itu rasa pening, mual, sesak nafas semua bercampur aduk. Janganlah aku pengsan sebelum dapat berjumpa Sham.
" Bilik 112. Pergi terus kemudian belok kiri".
Aku terus berlari mengikut haluan. Setibanya aku di luar bilik 112, kelihatan dua jururawat menolak mesin dan trolley berisi peralatan keluar di susuli seorang doktor. Tanpa menghiraukan mereka, aku merempuh masuk.
Seluruh dunia ku menjadi gelap bila melihat tubuh kaku yang di litupi kain putih. SHAMMM.... jeritan yang keluar dari bibir ku kian lenyap.
6 BULAN KEMUDIAN
" Kak Ili, ada orang nak jumpa" suara Gina ceria melalui telefon. Siapa pula ni? Seingat aku, pagi ini aku tak ada appointment . Kalau client datang pun, takkanlah seawal 9.10 pagi. Aku menghabiskan perkataan yang sedang di taip dan menekan butang Save sebelum ke meja penyambut tetamu.
" Assalamualaikum. Happy Birthday, Ili" jejaka tinggi lampai berkaca mata itu menghulurkan sejambak bunga dan sekeping kad. Aku membalas senyuman nya dengan mesra. Bestnya! Pagi pagi lagi dah ada orang ingat yang hari ini harijadi aku yang ke 25.
" Terima kasih. Susah susah saja datang. Mesti ada udang di sebalik mee maggi. Nak I belanja you lunch kah?" aku mengusik
" Mestilah I nak. Tapi not today. I kena terus ke Putrajaya, ada presentation untuk Chairman. Ili jangan lupa janji kita tau. Jangan nak mengelat, okay" katanya sebelum bersalaman dengan ku.
" Thanks again Abang Jo. Its really sweet of you." aku menunggu hingga dia keluar dan kelibat nya hilang di sebalik pintu lif sebelum kembali ke tempat ku.
Jambangan bunga beranika warna itu aku letak di kerusi depan meja ku. Kad warna pink yang di coret dengan tulisan penuh makna aku baca dengan senyuman dan hati yang girang sebelum memasukkannya semula ke dalam sampul yang berwarna senada.
Aku kembali menumpukan perhatian kepada credit memo di skrin laptop ku. Inilah credit memo yang terakhir aku buatkan untuk ABN Bank. Banyak peristiwa yang telah berlaku yang akan mengubah hidup ku. Dari segi kerjaya dan kehidupan peribadi, bermacam dugaan dan cabaran telah melanda. Namun aku akur dengan segala ketentuan Allah swt. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan Alhamdulillah, aku telah menjadi lebih kuat dengan setiap ujian yang ku tempuhi.
ABN Bank telah di ambil alih oleh Royal Bank of Scotland. Operasi cawangan di Malaysia akan di kecilkan. Setelah berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk mengambil VSS. Mungkin rezeki aku murah, aku mendapat tawaran kerja dari beberapa tempat lain yang sedang aku pertimbangkan. Namun aku sedih untuk meninggalkan tempat ini dan kawan kawan yang akrab dengan ku, termasuklah bos yang kepala angin. Semuanya akan amat ku rindui. Pekerjaan pertama ku telah memberi seribu satu pengalaman dan banyak mengajar aku. Seperti cinta pertama ku , tempat kerja pertama tak akan aku lupakan sampai bila bila.
Nak tak nak, sekarang aku terpaksa melakukan kerja yang paling aku benci - mengemas meja dan cubicle ku. Selain aku, Shahrul dan Wani juga mengambil VSS. Sedang aku rancak menyimpan barang barang ku dalam kotak, aku terhenti seketika bila melihat gambar aku bersama Hadi dan gambar perkahwinan aku dengan Sham. Segala kenangan suka duka pantas ku tolak ke tepi, aku perlu teruskan tugas. Takut pula kalau kena sergah dengan Encik Reza sebab lambat nak kosongkan tempat ku. Wani antara yang pertama berhenti jadi makin tensionlah Encik Reza sejak ketiadaan nya.
" Ili..kau dah habis pack barang?" laung Shahrul dari tempatnya. Aku akan merindui jeritan Shahrul nanti. Dia antara yang paling beruntung, sudahlah dapat VSS lebih kurang RM60,000 pastu dapat pula offer kerja baru dari Stanchart dengan gaji hampir RM10 ribu. Makin naiklah saham pakcik ni....
" Sikit lagi. Kenapa? Kau nak tolong hantar ke?" sahut ku
" Boleh jugak. Nanti petang aku hantar kau pulang, sekali dengan kotak kotak kau. Esok kau dah tak datang kerja kan?"
" A'ah...hari ni last day aku. Tapi kalau ada apa apa , boleh call henfon aku. Tapi Shahrul, kalau kau jerit dari rumah kau kat Kota Damansara pun aku boleh dengar dari rumah aku kot" jawab ku sambil tergelak. Aku cepat mengelak bila Shahrul membaling gumpalan kertas ke arah ku.
................................................................................................................
" So, apa plan kau lepas ni Ili? Kalau kau nak, aku boleh tolong recommend kalau ada vacancy di Stanchart nanti" tanya Shahrul dalam perjalanan pulang. Dua kotak berisi barang aku di letakkan di tempat duduk belakang. Boot kereta sudah penuh dengan harta karun Shahrul.
" Entahlah ...aku tak buat keputusan lagi. Kau faham faham jerlah keadaan aku macam mana. Aku tak nak terburu buru. Tapi aku mesti nak kerja juga satu hari nanti. Duit VSS yang aku dapat tu bukannya banyak "
" Ili..Ili. Mengada lah kau ni. Duit Dato Shamsudin tu sampai tujuh keturunan pun tak habis tau." Perli Shahrul sambil ketawa
" Duit dia tak ada kena mengena dengan aku lah" jawab ku ringkas. Ada ada saja Shahrul ni, macam lah tak kenal aku. Selagi aku masih terdaya, aku tak mahu bergantung pada orang lain.
" Keluarga kau apa khabar?" pertanyaan Shahrul membuat hati aku sayu. Sejak tiga bulan lalu, Papa di sahkan mengidap barah usus. Pada mulanya aku sendiri susah nak percaya, kerana Papa seorang doktor dan sentiasa menitikberatkan kesihatan. Mujurlah barah nya di Stage kedua, ada peluang untuk sembuh selepas menjalani pembedahan dan kemoterapi. Aku hanya mampu memberi sokongan moral dan membantu Mama menjaga nya bila dia keletihan dan loya setelah rawatan kimoterapi. Itulah salah satu sebab yang membuat aku mengambil VSS. Aku ingin membalas jasa Papa biarpun dia cuma bapa tiri ku. Kak Nadia dan Abang Nabil memang tak dapat balik ke sini selalu.
" Papa aku baru lalui course pertama chemo. Lepas ini ada dua round lagi. Tapi setakat ini nasib baik jugalah, kanser dia tak merebak ke organ lain" jawab ku.
" Kau tak nak singgah Shahrul? " aku mempelawa bila sampai ke lobby kondominium. Sebenarnya aku cuma ajak ajak ayam. Takkanlah aku nak ajak lelaki yang bukan muhrim masuk ke rumah. Lagipun badan aku terasa amat penat sekali. Nasib baik aku tala betul betul masa farewell lunch tengahari tadi. Tak payah nak masak untuk dinner, memadai dengan makan roti saja. Sejak Sham tak ada, memang aku jarang masak. Tertutup selera ku kalau makan seorang diri. Selalunya aku ke rumah Mama untuk dinner.
" Tak payah lah. Nanti ada pegawai pencegah maksiat cekup... buat naya jer. Anyway, aku nak cepat. Keep in touch tau. Kau lah member yang paling aku rindukan nanti" kata kata Shahrul membuat hati aku di landa kesayuan. Walaupun cuma dua tahun aku mengenalinya, kami memang akrab. Bagi aku dia macam Zara, tapi versi lelaki.
Aku menolak trolley berisi kotak ke apartment aku. Setiap kali aku membuka pintu depan, aku pasti teringat kali pertama aku menjejak kaki ke sini. Laungan " SURPRISE" yang menyambut ku masih terngiang ngiang lagi. Airmata ku mula mengenangi kelopak mata. Kini kesepian menjadi sahabat karib ku.
Aku ke ruang dapur mengambil vas untuk jambangan bunga yang aku terima dari Abang Jo dan juga lagi satu jambangan dari kawan sepejabat. Harapan ku dengan dikelilingi bunga bungaan yang indah, akan terubat sedikit kekosongan yang aku rasai. Aku terkilan kerana tak dapat meraikan harijadi bersama dengan Sham. Sepatutnya aku meraikan harijadi ku yang ke 25 bersama dengan orang yang ku cintai, tapi sudah nasib ku... hanya rumah yang sepi menanti ku.
" MAAAKKKKK!" jerit ku bila mata ku dicekup dari belakang. Nasib baik vase yang aku pegang tak terlepas dari tangan.
" Ha ha ha....." gelak tawa memenuhi ruang. Pinggang ku di rangkul erat.
"Bila you balik? You cakap nak balik lusa" aku menatap wajah yang tersayang.
" Alaa... I saja nak surprisekan you. Takkan I nak biarkan you celebrate your birthday seorang diri. Birthday you yang pertama as my wife pula tu. Happy Birthday sayang" Sham mencium pipi ku.
"Thank you. Eh, Boss tak marah ke you balik awal?" tanya ku sambil mengusap lengannya. Rindunya aku pada Sham. Sudah seminggu dia ke Kerteh tapi aku rasa macam setahun.... alahai!
"Lantaklah kalau dia nak marah pun. I tak kisah. I lagi takut kalau boss ni merajuk" katanya sambil mencuit dahu ku.
Aku menangkap dan mengucup jarinya. Aku meletakkan vase yang berisi bunga di meja console sebelum membuat minuman petang untuk Sham. Aku menyanyi perlahan sambil menggoreng karipap. Hilang sudah segala kekosongan dan kehampaan yang aku rasai. Yahoo!... Sham dah balik.
Aku memasang TV dan terus menghempas diri ke sofa panjang. Sebaik saja aku duduk, Sham merebahkan kepalanya di riba ku sambil mengunyah karipap.
"Makin lama, makin manja baby besar ni." Kata ku sambil mengusap rambutnya. Parut luka accident di dahinya masih nampak. Aku cukup malu bila mengingat kembali peristiwa di hospital Taiping itu. Melihat seluruh tubuh Sham di litupi kain putih , aku terus pengsan.
" I tutup muka I dengan selimut sebab lampu di bilik hospital tu terang sangatlah. Susah I nak tidur. I tak sedar pun you masuk. Tiba tiba dengar you menjerit dan pengsan, kesiannya. " Sham menerangkan kisah sebenarnya pada ku sambil cuba menahan tawa. Gerammmnya aku! Dalam kekusutan dan kesedihan yang melanda, manalah aku terfikir untuk menyelak selimut atau memastikan sama ada dia masih bernyawa. Tapi beberapa malam selepas itu, tidur ku sentiasa terganggu. Aku sering terjaga dan setiap kali aku mesti pastikan yang Sham di sisi ku dan masih bernyawa. Padahal kecederaan Sham tidaklah se parah mana, cuma luka agak dalam di dahinya dan tangannya terkena kaca bila dia menghadang mukanya dari serpihan kaca windscreen. Kaki nya dan lutut nya juga terkehel .
Hampir sebulan Sham tidak dapat berjalan dengan betul dan terpaksa menggunakan tongkat. Aku sentiasa berada di sisinya dan memberinya semangat. Masa itu aku menjaga nya betul betul seperti bayi kecil. Tak dapat aku bayangkan bagaimana bersyukurnya aku bila masih dapat bersama Sham, hingga aku sanggup melakukan apa saja. Sham sangat tabah dan semangat nya kuat walaupun aku tahu dia di landa kesakitan. Setelah menjalani fisioterapi , lama kelamaan barulah keadaannya pulih.
" Ili, siapa yang bagi bunga tu?" Sham menerjah lamunanku dengan soalan cepumas.
" Brad Pitt dan Hans Isaac.... eh...tak.. janganlah... he he" jerit ku bila Sham mula menggeletek. " Abang Jo dengan my officemates lah. "
Tiba tiba aku teringat sesuatu. Aku mengambil kad yang di beri Abang Jo dan menghulurkannya pada Sham. Sham tersenyum lebar bila membacanya.
" Kawin juga Abang Jo dengan Wani ya. He..he.. ! Ili, you patut buka agency mencari jodoh. Tak payah susah susah nak cari kerja." Nak di jadikan cerita , Abang Jo berjumpa dengan Sham di rumah nenek selepas kemalangan nya dan barulah mereka dapat tahu yang mereka ada pertalian darah. Mak dengan bapa Abang Jo sepupu rupanya. Sejak itu Abang Jo berasa segan dan menjauhkan diri dari kami tapi aku buat selamba. Selepas Sham sembuh dan kami kembali ke KL, aku kenalkan Abang Jo dengan Wani. Agaknya cinta pandang pertama kot...sebab terus berkenan dan dua minggu lagi dah nak kahwin pun. Syukur Alhamdulilah!
" Ili, you tak nak tahu apa your birthday present?"
" Alaa... tak payah bagi apa apa pun. You dah selalu bagi I hadiah. You balik ni pun dah cukup" Memang aku tersentuh bila Sham sanggup pulang awal untuk ku. Sejak kebelakangan ini perasaan aku cukup sensitif. Mudah saja airmata aku mengalir kalau sedih mahupun gembira.
" I dah book flight dan hotel di Bali. Besok kita pergi honeymoon okay ? Dah lama I janji dengan you. Tapi setiap kali kita nak pergi, ada saja hal yang timbul. "
" Honeymoon? He ..he! Kelakarlah. Mana ada orang dah hampir setahun kahwin baru nak pergi honeymoon , buat malu jer" aku tersengih. Dalam hati aku memang teruja, sudah lama aku tak pergi bercuti.
" Apa pasal pula tak boleh? Ada undang undang ker? Alaa.. . you tu masih macam anak dara, tau tak? Mesti ramai yang ngorat you nanti. You jangan gatal nak pergi belajar surfing pula" Sham memberi amaran. Aku memang teringin nak belajar surfing, dari dulu lagi. Kata kawan kawan ku yang pernah ke Bali, di Kuta Beach ada ramai instructors yang pandai mengajar. Harga pun murah.
" Habis tu , nak buat apa? Takkan nak berkurung dalam bilik jer? Boring lah" aku mencebik.
" Boring? Oh... selama ni boring ya? " Sham terus bangun dan masuk ke bilik.
Alamak, aku tersilap cakap. Sensitif betul Sham ni. Aku terus meluru dari belakang. Janganlah kami bergaduh masa birthday aku. Silap silap tak jadi pergi Bali lagi sekali.
" Sayang, I'm sorry. Bukan nya I cakap you boring...er.. I don't mean dengan you .... er.. I tak pernah boring... ala, takkan you tak faham apa I nak kata" muka aku merona merah bila Sham merenung ku dari birai katil. Aku duduk di lantai berhadapan dengannya dan meletakkan kepala ku di riba nya.
" Sorry lah. Janganlah marah I hari ni, please. I take back my words. Kalau pergi Bali duduk 24 jam dalam bilik dengan you pun I tak kisah. Tak boring langsung" aku memandang wajah nya dengan muka perasan cute lah konon. Tapi Sham sikit pun tak cair. Mukanya tetap tegang. Bibit tangis mula menyentuh tubir mataku.
" Sayang...janganlah macam ni. I dah cakap sorry. Apa lagi you nak I buat? " aku merayu dengan suara yang mula serak.
" Itu pun nak kena tanya?" kata Sham dengan senyuman nakal sambil menarik tubuhku.
..............................................................................................................
" Ili, this is for you. Happy Birthday sayang." Kata Sham sambil mencapai kotak kecil di meja sisi katil. Dahi ku di kucupnya. " I love you"
" Wah! Cantiknya... thank you so much." Aku tergamam melihat loket berbentuk hati yang di kelilingi berlian kecil dengan sebutir mutiara tergantung di tengahnya.
" I pun ada something nak bagi kat you. Kejap ya." Kata ku sambil bangun dari katil dengan T shirt baggy sampai ke lutut yang menjadi pakaian tidur ku
" Apa ni? " tanya Sham dengan musykil bila aku memberinya sekeping kertas bersaiz A4. Mata nya terbeliak dan senyuman terukir di bibirnya sekaligus menampakkan lesung pipit yang menjadi punca ke angauan ku.
" My baby" bisiknya dengan terharu
" OUR baby lah" balas ku lembut sambil menatap gambar scan yang di ambil di klinik tiga hari lalu. Ketika itu aku berasa letih dan hampir pitam di rumah Mama. Kak Ngah yang berada di sana mengajak aku ke klinik. Tak tergambar perasaan ku bila mengetahui aku mengandung 8 minggu. Gembira bercampur terkejut, takut, teruja... macam macam ada.
" Tapi perut Ili leper lagi. Macam tak percaya saja" kata Sham sambil mengusap perut ku. Aku ketawa kegelian sambil menepis tangannya.
" Janganlah.. pening baby ni nanti. Memanglah tak nampak , baru dua bulan. Nanti bila dah 9 bulan, perut ni besar macam ikan paus." Gurau ku.
" Nanti baby ni mesti putih gebu macam Ili" kata Sham
" Mesti senyuman dia manis dengan lesung pipit macam Sham" sambung ku
" Tak sabar rasanya. I akan jadi bapa. Syukur Alhamdulilah. Thanks Ili... I love you, always and forever" lembut suara Sham menyapa telinga ku. Mata Sham yang bergenang dengan airmata membuat aku juga menitiskan airmata di dalam pelukan nya.
" I love you too.... three , four, five.. one thousand...sampai infinity" balas ku sebelum hidung ku di tarik. Ya Allah, aku pohon kepadamu semoga anak ku selamat dilahirkan dan rumahtangga ku bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Biarlah abadi percintaan kali kedua aku dan Sham. Aminnnnn.......
.................................................................................................................

EPILOG
" Fa subbhana lazi biyadihii malakuutu kulli shai iwailaihi turja'un .
Sodakhollahul 'azim"
" Kenapa Ayah tak pernah kawin lagi? Mesti Ayah betul betul cintakan arwah Ibu kan?" pemuda kacak berusia 21 tahun itu bertanya kepada lelaki separuh abad yang masih segak dan tampan. Setiap kali menziarahi pusara ibunya, pasti itulah soalan wajib yang di lafazkan.
" Seluruh hati ayah milik ibu kamu dan kamu, Iz. Tak ada ruang untuk perempuan lain. Ayah tak pernah sunyi. Setiap hari kenangan bersama ibu mu sentiasa menemani ayah. Dari waktu ayah bangun, hingga dalam mimpi. " Setiap kali jawapan itu jugalah yang pasti di beri. Mata lelaki itu berkaca sejenak, sebelum menjirus air ke atas kubur yang di sekat mamar putih.
" Ibu mesti seorang yang sungguh istimewa kan, Ayah. Iz sedih tak dapat mengenalinya, tak dapat merasai kasih sayang ibu. " Pemuda bernama Shamsul Izani menyeka airmatanya.
" Sudah takdir Tuhan Iz, nyawa ibu kamu di ambil sebaik saja Iz selamat di lahirkan. Iz adalah hadiah yang paling berharga darinya untuk Ayah." Kata Sham sambil tersenyum.
" Ustaz Iz kata perempuan yang meninggal ketika melahirkan anak, di kira mati syahid. Roh nya dapat melihat orang orang yang di sayanginya. Agaknya sebab itu lah , Ayah rasa Ibu masih ada bersama."
" Mungkin...wallahualam. Ayah tak pernah rasa kehilangan atau pun keseorangan selama ini. Kasih sayang Ibu mu Ili Nadirah sentiasa kekal bersama ayah"
Kedua anak beranak itu melemparkan pandangan terakhir ke arah kubur yang di taburi kelopak mawar putih sebelum menuju ke arah kereta yang terpakir di tepi jalan perkuburan Bukit Kiara.
" Ili semoga kau sentiasa bahagia di sana, seperti mana kau sentiasa membahagiakan hari hari aku, dulu, kini dan selamanya. " bisik hati Sham



........................................TAMAT.................................................


No comments:
Post a Comment