Sampai saja di Midvalley aku pun mengorak langkah ke Topshop. Aku tahu Zara suka satu blouse di situ. Harap harap ada lagi lah.
“ Ili, bila dah habis shopping nanti call abang” laung Abang Nabil sebelum kami berpecah.
Selesai aku membeli hadiah untuk Zara, aku menapak sekeliling Midvalley mencari kerja kosong. Tapi nasib aku tak baik. Maklumlah budak lepasan SPM dah ramai yang lebih dulu minta kerja. Takpelah, mungkin bukan rezeki aku. Aku mendial nombor Abang Nabil.
“ Hello”
“ Abang kat mana?”
“ Kat Starbucks. Kalau Ili dah habis shopping, datanglah sini.”
“ Tak apa ke? Ili tak mengacau Abang dan kawan abang?”
“ Its ok. Datanglah”
Aku pun mengorak langkah ke arah Starbucks. Terliur pula nak minum Frappucino.
........................................................................................................................
Aku terkejut beruk melihat kawan Abang Nabil. Macam mana dia orang kenal? Jantung ku berdegup kencang.
Malu aku tak habis lagi bila teringat insiden hari tu. Kata kata Lisa pun masih terngiang ngiang di telinga. Baik aku blah ajer.
Belum sempat aku melangkah, Sham dan Abang Nabil ternampak aku dan terus melambai. Nak cabut pun dah terlambat. Aku berjalan dengan longlai ke arah meja mereka.
“ Hi Ili. Duduklah. Kenapa tercegat kat situ?” tegur Abang Nabil. Sham tersenyum lalu menarik kerusi untuk ku. Nak tak nak, aku melabuhkan punggung ke kerusi. Aku membalas senyuman Sham dengan anggukkan kemudian aku cepat melarikan pandangan.
“ Ni Sham, kawan abang. Sham, meet my new sister Ili. Bapak I kawin dengan mak Ili ” Abang Nabil memperkenalkan kami.
“ Apa khabar? Saya Sham“. Sham menghulurkan tangan nya sambil tersenyum
Aku terkebil kebil menatap wajah Sham. “Eh..mamat ni , macam lah tak kenal kita. Apahal dia berlakun ni? Nak kenakan aku ker?” Degupan hati ku seakan ketukkan drum pancaragam sekolah. Keboom! Keboom!
“ Hi” Aku menyambut tangan Sham. Fuhhh...ada cas letrik! Tangan ku di genggamnya erat. Lama pula tu. Ambil peluang lah tu. Tapi aku pun tak tarik tangan aku...he! he! Gatal juga aku ni !
“ Eh..Abang, Ili mengacau lah. Biar ili pergi jalan jalan dulu ” tiba tiba aku rasa segan pula
“ Sombong nya adik engkau ni. Join lah kita kejap. Tak sudi kah? “ Sham mencelah. Mata nya masih tak lepas memandang aku , seolah mencabar aku. Aku memuncung kan mulut.
“ Comelnya adik kau bila buat mulut macam tu. Macam Nemo ” kata Sham kepada Nabil sambil ketawa. Kurang asam!
“ He ! He! Ili jangan ambil hati. Sham ni memang suka mengusik. Abang tengah discuss dengan Sham nak buat gathering untuk kawan kawan lama abang kat rumah. Dah lama Abang tak jumpa derang. Nanti Ili boleh lah berkenalan dengan derang” kata Abang Nabil
“ Oh..ok. Best jugak. Excuse me, I’ll go and get a drink. ”kata aku sambil bangun. Rasa kekok pula nak masuk campur hal dia orang.
Sampai ke kaunter, aku terkejut melihat kawan lama aku Harris menjadi cashier. Aku pernah bekerja dengan dia di Starbucks Sunway Pyramid tahun lalu.
“ Yo , Ili ! Apa khabar? Lama tak nampak.”
“ Aku busy lah. Sejak bila kau kerja kat sini? Ada kerja kosong tak?”
“ Kau terlambat lah Ili. Baru minggu lepas kita ambil dua budak baru. Kenapa kau tak contact aku awal sikit? Aku dah jadi assistant supervisor kat outlet ni. Tapi kenapa kau nak kerja kat sini? Kan jauh dari rumah kau” tanya Haris
“ Aku dah pindah ke Damansara. ” kata aku. Dia senior aku di sekolah menengah. Dia ni kelakar dan satu kepala dengan aku. Lepas SPM dia kerja part time kat Starbucks dan terus lekat sampai sekarang.
“ Apa kau nak minum? Aku belanja”
“ Caramel Frappucino. Letak whipped cream banyak sikit, boleh?”
“Orang nak belanja lebih lebih pulak. Tak takut gemuk ke? Eh, mana satu boyfriend kau?” tanya Haris sambil memandang ke meja aku. Sham dan Abang Nabil sedang kusyuk berbual.
“Hisshh..ko ni. Yang pakai baju biru tu abang aku. Yang baju kelabu tu kawan dia.”
“ Aku tengok yang baju kelabu tu asyik dok pandang sini jer. Macam nak makan aku pun ada.”
“ Merapu lah kau ni. Eh, mana air aku? “ tanya aku. Tekak dah makin haus ni.
“ Jap lagi aku hantar . Kau pergi duduk dulu. Tengok queue dah panjang. Ni semua kau punya pasal la” Haris merungut. Pura pura marah lah tu.
Aku pun berjalan ke tempat duduk. Aku tersentak.
“ Mana Nabil?” aku membeliakkan mata. Haru biru rasanya bila berduaan dengan Sham. Antara gembira,malu dan takut....aaaargh!
‘ Nabil pergi kedai buku. Nak beli buku pasal Malaysian architecture untuk Corinne. Kenapa? Awak takut? Saya tak makan orang lah” gelak Sham. Macam mengejek aku pun ada.
“ Bila pula saya takut? “ jawab ku sambil menjeling. Muka aku dah mula berbahang
“Lama Ili berbual dengan kawan Ili tadi. ” kata Sham. Dia merenung ku dengan tajam. Eh...takkan marah kot?
“ Itu senior Ili kat sekolah. Kami sama sama kerja kat Starbucks di Sunway Pyramid dulu. ” Panjang lebar pula jawapan aku. Waktu itu Haris datang membawa minuman aku.
“ Nah, Comel .Lain kali kau belanja aku pulak” katanya sambil meletakkan air di atas meja dan berlalu pergi. Mamat ni suka panggil aku Comel. Geli aku...macam nama kucing! Tapi sebab dia belanja aku hari ni , sabar jerlah.
“ Ooo...Comel. Itu nickname Ili ker? Memang sesuai sangat“ Sham tersengih melihat aku mengetap bibir.
Aku tidak hiraukan usikannya. Sedap betul caramel frapp ni. Aku minum dengan penuh selera.
“ Ili, comot lah mulut you. “ Sham menghulurkan paper napkin ke mulut ku. Aku cepat cepat mengambil napkin dan mengelap mulut ku. Arrrggghhh... malunya. Penuh whipped cream. Itulah , gelojoh sangat aku ni.
“ Ada lagi tu, awak minum dengan hidung ker? Hissh..macam budak kecik lah awak ni. ” usik Sham lagi, membuat aku menonyoh mulut lagi.
“ Mana ada? Awak ni saja suka usik saya kan?” getus ku
“ Sebab saya suka tengok awak marah. You look so cute. Tapi kalau awak tak marah, lagi cute." kata Sham sambil ketawa kecil. Aku mengetap bibir dan mengalihkan pandangan ke arah lain. Dasar player!Nak ambil hati aku lah konon.
“ Ili ..I want to ask you something. Betulkah Lisa marah you kat library dulu? Masa sebelum exam?” tanya Sham perlahan. Nadanya yang lembut dan romantik betul betul menggoncang iman.
Aku terkejut. Macam mana dia tahu? Siapa yang tukang report? Aku cuma mengangkat bahu. Walaupun hati aku panas bila teringat jerkahan Lisa yang penuh hinaan itu, aku tak nak timbulkan apa apa sengketa antara Lisa dan Sham.
“ Masa itu kawan kawan I ada kat library. Teruk you kena sembur, kata dia orang. Is that true ? “
“ Err... tak adalah. Salah faham jer” jawab ku pendek.
“ Is that why you have been avoiding me ? Sejak you naik kereta I pergi Subang Parade dulu, I tengok you sengaja mengelak jumpa I. Kalau I bukan kawan Nabil rasa nya sampai bila pun I tak dapat jumpa you. Kenapa ni?” desak Sham. Redup matanya merenung ku. Aku serba salah.
“Sham, kalau I cakap, you jangan kecil hati. Tapi kalau dah ada girlfriend tu, jaga lah hati dia. Tak baik tau you buat Lisa macam tu. Mestilah dia marah. And I don’t like being used. ” tersembur juga kata kata yang lama aku pendam. Muka Sham terus berubah.
“ Ili, let me get this straight. I memang dah lama kawan dengan Lisa tapi I tak pernah anggap dia my special girlfriend. Dia pun tahu. You boleh tanya sesiapa pun yang rapat dengan kami, semua orang tahu yang dia dengan I tak pernah bercinta.” tegas Sham meninggikan suara. Aku terkebil kebil , takut sebab membuat dia marah tapi waktu yang sama keriangan mula menyusup di kalbu. Yeay yeay! Sham is single and available!
“Dia tak patut marah you. Dan I tak pernah gunakan you untuk buat dia jeles, Ili. You have to believe me.”
Aku mula cair mendengar desakan dalam nada suara Sham. Susah untuk aku tafsirkan luahan nya...jujur kah dia? Atau setakat nak menduga aku? Aku konfius. Maklumlah aku tak ada pengalaman bercinta. Tak pandai membaca maksud yang tersirat.
“Kenapa ? Ili ingat Sham ni player? Mesti ramai yang dah warn Ili kan?” tekaan Sham membuat aku terkedu. Dia ada kuasa membaca fikiran orang ker?
“ Er..takdelah. Tapi orang hensem macam Sham, mesti ramai girls yang minat. Untung siapa jadi girlfriend Sham. Bestnya kalau I jadi Lisa. Mesti I takkan lepas Sham kat orang lain ...” Alamak!! Kantoi! Maaaakkkkk...malunya aku. Terlanjur perahu boleh undur, terlanjur kata macam mana nak cover. Tak sanggup aku tengok muka Sham. Rasa macam nak sembunyi bawah meja. Rona muka aku tak usah cakaplah, panas macam kena barbeque.
Sham cuba menyembunyikan senyuman. Happy lah tu! Perasan!
Aku cepat menukar topik.
“Lama pula Nabil kat kedai buku. Err.. kalau Sham ada hal, pergi lah. I tak kisah, I boleh tunggu sorang”
“ Macam tak suka saja I duduk dengan you? Kalau you tak suka cakaplah. I boleh blah. Budak baik macam you malu berkawan dengan orang macam I kan? ” kata Sham dengan nada kecewa. Dia menongkat dagunya sambil memerhati ku . Airmuka nya yang sedih mencairkan hati aku. Rasa bersalah menyelubungi ku.
“ I tak cakap camtu. I tak nak menyusahkan you jer. Sorry kalau I terkasar. “ balas aku perlahan. Mata kami bertentangan tapi kali ini aku tak berdaya melarikan pandangan ku.
“ I’m really sorry” ulang ku. Aku mula rasa sebak
“ I tak nak paksa you kalau you tak suka kawan dengan I. “ kata Sham dengan serius
“ Dahlah tu. Pleeeease. I’m sorry..ok? I... I suka kawan dengan Sham. Betul.. tak tipu. ” aku merayu.
“ Manalah tahu kalau boyfriend you Hadi tu marah. “
“Hadi tu bukan boyfriend Ili lah. Tapi dia memang one of my best friends. Hari tu Ili sengaja cakap Hadi tu my boyfriend sebab tak nak Lisa salah sangka. Dia tuduh Ili nak rampas Sham dari dia“ jelas aku.
Sham tersenyum. “ Bila Ili merampas? I memang menyerah diri dengan rela lah...he he!” Aku membaling paper napkin yang di gumpalkan ke arah nya. Dia ketawa sambil mengelak.
“Ili dah habis minum? Kalau dah jom kita pergi jalan jalan. Dah lama kita duduk sini”
“ Jom” Aku bangun dan mengambil beg aku.
Ramai nya orang di Midvalley. Pengunjung berpusu pusu membeli belah masa musim Megasale akhir tahun. Sampai terhoyong hayang aku kena langgar. Sham cepat mencapai tangan aku.
“ Kita pergi kedai Guess nak?” dia bertanya. Aku mengangguk. Aku jarang beli pakaian Guess sebab mahal. Tapi ada satu jam tangan stail charm bracelet yang aku berkenan sangat. Aku terus ke tempat jam sementara Sham ke bahagian pakaian lelaki. Sales assistant di situ mengeluarkan jam idaman aku itu untuk aku cuba.
“ Apa kena tangan Ili tu? “ tiba tiba Sham menjelma di sebelah.
“ Oh..ni terkena minyak masa Ili kerja kat Mc Donalds lepas SPM dulu. Sakit gila masa tu. Rasa macam nak nangis tapi kena tahan. Malu kena kutuk dengan crew lain.” Aku ingat lagi kejadian tu. Sudahlah sakit kena minyak menggoreng French fries, kena marah pula dengan supervisor sebab cuai. Rasa nak berhenti kerja masa itu juga.
“ Kesian nya Comel. Nanti bila I masuk meminang kena bagi diskaun sikit tau? Sebab ada parut”
“ Mengadalah awak ni! And jangan panggil saya Comel...geli lah.” dengus aku. Rasa tebal muka bila salesgirl itu turut ketawa kecil melihat kerenah kami.
“Ili selalu kerja masa cuti ke?” Sham menukar topik sambil mencuba jam di situ. Tapi aku tengok dia pakai Tag Heuer, takkan dia nak jam Guess.
“ Memang Ili selalu kerja masa cuti sekolah. Sejak Form 4 lagi Ili. Nak bantu mama sebab kesian dia penat kerja. Lepas mengajar di sekolah, dia ajar tiusyen pula kat rumah sampai malam. Jadi Ili cubalah bantu sikit sikit” aku bercerita. Alhamdulilah , sekarang mama tak payah lagi bertungkus lumus . Papa amat baik dan pemurah.
“ Baiknya Ili. Orang kata anak yang soleh bila kawin nanti akan jadi isteri yang solehah. Untung Sham” usik Sham
“ Dah mula lah tu. Tak boleh ker kalau tak usik orang“ balas aku sambil menampar lengan Sham. Bukan tampar kuat kuat lah...manja manja saja..he! he!
“ Cantik jam yang Ili cuba ni . I’ll get it for you okay?” Sham membelek jam di tangan ku
“ No thanks. “ Aku cepat menanggalkan jam itu dan menghulurkan nya semula kepada sales assistant walaupun aku amat mendambakan nya.
“ Kenapa ? Tak sudi ke? Saja I nak bagi sebagai kawan. To mark the start of our friendship”
“ Adik tak nak ker? Ambil lah, cantik adik pakai” kata salesgirl tadi.
“ Tak payahlah kak. Saya bukan selalu pakai jam pun. “
Memang aku nak sangat jam tu tapi seganlah kalau Sham belikan untuk aku. Tak baik ambil kesempatan, mama selalu mengingati aku. Walaupun Sham ikhlas, aku rasa macam kaki kikis pulak. Takpelah , nanti bila ada duit aku beli sendiri.
“ Sham, you tak nak beli apa apa ker?”
“ I nak beli T shirt tapi tak tahu colour apa lebih cantik. Ili tolong pilih ya”
Kami ke bahagian pakaian lelaki. Sham mengambil satu T shirt hijau lumut dan satu lagi berwarna cokelat
“ Ili suka yang mana?”
“ Dua dua pun cantik.” Awak pakai apa pun hensem lah...
“ Ya ker? Thanks for the compliment. Betul ke apa I dengar ni?” Sham tersengih. Aku terus gelabah dan menekup mulut . Alamak aku terlepas cakap ker?? Ingat aku cuma bercakap dalam minda. Ciss , mulut aku ni tak boleh kontrol langsung bila depan Sham. Sham mencubit pipi ku.
“Geram nya. Kenapalah awak ni cute sangat?” kata Sham separuh berbisik.
“ Janganlah.” Aku menepis jarinya seraya menggosok pipi ku yang merah menyala. Nasib baik masa itu handphone aku berbunyi. Abang Nabil sudah menunggu di Starbucks.
“ Nabil call. Dia tunggu kat Starbucks. Ili pergi dulu ya.“ Aku membuka langkah tapi Sham cepat menangkap tangan ku.
“ Oh...nak lari yer. Kejaplah , tunggu I bayar dulu.” Dia memegang erat pergelangan tangan ku.
Tiba tiba ada suara manja menyapa.
“ Hi Sham. What are you doing here?” Aku tersentak melihat Lisa dan seorang lelaki kacak didepan ku. Matilah ....nasib baik aku dah tak payah tengok muka dia di kolej lagi. Lisa menjeling tajam kearah ku. Bibirnya menipis menahan marah bila melihat aku dengan Sham. Sham ni pun satu. Masih tak nak lepaskan tangan aku.
“ Shaammmm... dah lama you tak call I . Dahsyat you” tanya Lisa dengan gaya meliuk lentuknya. Tangannya memaut pinggang jejaka di sebelahnya. Nampak sangat dia nak membuat Sham jeles.
“ I busy lah. Excuse me Lisa, I have to go and pay for my stuff. “ Sham meninggalkan Lisa. Aku cuma menurut. Nak buat macam mana, tangan aku masih dalam genggaman Sham. Aku dapat merasa tenungan Lisa menikam belakang ku, nasib baik tak berlubang.
********************************************************************
“ See you this Saturday,ok? “ pesan Sham bila sampai ke Starbucks. Hati ku rasa berat nak berpisah dengan nya.
Aku nampak Abang Nabil memandang kami berdua dengan senyuman yang lebar.
Aku memandang cermin dengan rasa gusar. Macam ada yang tak kena saja baju linen putih paras lutut yang aku pakai. Aku jarang sekali memakai dress sebab tak selesa. Aku berpusing pusing sambil mengibas rambut yang tak direbonding macam model iklan syampu dan skirt yang kembang itu turut berpusing.
“Lawa kau pakai baju ni. Sesuai dengan badan kau yang slim.” Ujar Zara macam pengkritik memberi komen.
“ Tak cantiklah aku pakai camni Zara” aku mencemik. Zara yang duduk di window seat mengeluh panjang. Termasuk ni, sudah 4 kali aku menukar baju. Mesti dia pun pening kepala.
“ Apa lagi yang tak kena? Cantik dah tu. Macam Nora Danish rupa kau.” Zara memujuk.
Katil saiz queen di bilik tidur aku penuh dengan beranika jenis pakaian, dari blaus, skirt, seluar, jeans, dress pendek, dress panjang. Lantai yang berkarpet kuning air penuh dengan kasut pelbagai stail dan ketinggian. Kebanyakannya dari koleksi Zara yang sungguh teruja menawarkan diri untuk membantu aku bersiap untuk parti malam itu. Dia sanggup mengangkut baju dan kasut dari rumah untuk memastikan kawan baiknya kelihatan cantik ( cantik ker? He he!), lebih lagi bila mendapat tahu yang musuh ketat kami si Lisa akan hadir. Tak sangka pula Abang Nabil pun kenal Lisa. Kata kata kesat yang di lemparkan kepada aku turut mengguris hati Zara. Begitulah rasmi kami, cubit peha kiri,peha kanan terasa sakit.
“ Baju kau ni memang cantik. Tapi warna putih. Karang habis comot baju kau, tahu jerlah aku ni cemerkap. Mesti ada benda tertumpah. Aku pakai jeans dengan baju pink tadi lah.” Aku memberi alasan. Aku mencapai jeans hitam dan blaus lengan pendek kepunyaan Zara.
“ Suka hati engkau lah. Cepat lah, aku nak mekap kan kau. “ gesa Zara. Dia mengenakan eyeshadow , blusher, bedak dan lipgloss ke wajah ku. Berkali kali aku memberi amaran jangan tebal sangat macam badut sarkis.
“Wah, berseri seri kau Ili. Mesti mamat Sham tu jatuh tangga tengok kau. Bukan jer jatuh cinta...ha ha ha!” gelak Zara.
“ Kau ni merepeklah. Kau ingat dia jakun baru keluar dari hutan? Dia dah biasa di kelilingi awek yang cun melecun lah” bidas aku. Namun hati ku berdebar debar, tak sabar berjumpa Sham. Rasa rindu sering bertandang di hati walaupun baru lima hari lepas berjumpa di Midvalley. Kata katanya yang romantik dan usikannya buat aku tak lena tidur. Aku memang dah angau!
Nabil mengetuk pintu bilik “ Ili , Zara cepatlah turun. Tetamu dah sampai”
Aku segera membuka pintu bilik “ Do I look all right? “ tanya aku apabila Nabil memandang ku dengan mata terbuntang. Risau pula kalau pakaian aku tak kena gaya.
“ You look gorgeous! Cantik sangat adik I ni. You look great too, Zara” Nabil memuji. Phewww! Lega aku. Tapi dia abang aku, mesti lah dia puji.
Zara tersipu malu sambil membetulkan baju merah paras lutut yang di pakainya. Aku tersengih. Alangkah bestnya kalau Zara dgn Abang Nabil jatuh cinta. Tapi malangnya dua dua dah ada buah hati.
Kami bertiga bergegas ke ruang tamu. Bau kepak ayam, sosej, udang dan lamb chop yang sudah mula di bakar menusuk hidung dan mengecurkan air liur.
Nabil memperkenalkan aku dan Zara kepada tetamu yang sudah sampai.
“ Airin, Zul, this is my sister Ili and her friend Zara” kami bersalam salaman dan berbual bual sambil menunggu tetamu lain. Airin dan Zul ni very loving couple. Asyik berpegangan tangan . Sekali sekali tangan Zul mengusap rambut dan memicit bahu Airin. Airin pula meletak tangan di peha Zul. Aku dan Zara naik segan tengok gelagat mereka. Kalau di rumah orang tu buat lah perangai elok sikit, tak segan silu langsung.
Mata aku melirik ke pintu mencari cari Sham. Tapi Sham masih tak kelihatan. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30. “ Mungkin dia ada hal, atau kereta rosak? Atau dia tak sihat? Tapi kenapa dia tak call?” aku mula risau.
Kawan kawan Nabil semua peramah. Tapi aku dengan Zara kekok sikit dengan gaya mereka. Kalau berjumpa mesti nak laga pipi. Yang perempuan semua berpakaian seksi. Kalau skirt tak pendek sampai nampak separuh peha, baju pula nampak lurah dendam. Stail orang kaya macam ni kot? Ada lelaki pula yang memandang kami macam nak makan. Eee....takut ada, geli pun ada.
“Zara, kau tak lapar ke? Perut aku dah berbunyi ni”
“ A’ah..jomlah kita makan. Karang kempunan pula”
Aku mengajak Zara mengambil makanan dari tempat barbeku di hadapan rumah. Kami berdua duduk di tepi kolam ikan koi sambil makan penuh selera.
“ Sedap nya..memang fevret aku lamb chop ” kata Zara sambil menjilat jari.
“ Sebab tu Nabil order lamb chop , aku cakap kau memang suka. Dia kata dia pun dah agak, sebab bau kau macam anak kambing” aku mengusik
“Monyet ...!” jerit Zara sambil menyinggul aku dengan siku.
“ Eh..Ili mana pakwe kau? Tak nampak batang hidung pun?” tiba tiba Zara bertanya
“ Pakwe? Sejak bila aku ada pakwe?”
“ Aikk? Tak nak ngaku pula. Dua tiga hari ni aku tengok kau bukan main lagi ber SMS dan bergayut. Pastu kalau aku kutuk sikit, beria ia kau defend si Sham tu. ”
“ Dia dengan aku kawan jer lah. Dia kan rapat dengan Abang Nabil “
“ Tapi kau memang suka dia kan? Kita dah lama kenal , kau jangan nak tipu aku.”
Aku cuma sengih. “ Dia hensem sangat macam bintang filem. Kalau dia senyum nampak lesung pipit..tu yang mahal. Tapi kita kan dah nak pergi Australia. Mesti dia lupa aku nanti”
“ Eh...mana tahu? Kalau dah jodoh takkan ke mana..ha! ha!”
Aku pun tergelak sama. Tapi alangkah gembiranya kalau betul kata Zara.
Tiba tiba tawa Zara terhenti. Aku turut tergamam bila melihat Lisa berjalan masuk ke perkarangan rumah dengan lenggang seksinya. Berskirt denim yang tersangat pendek dan blouse off shoulder hitam, ketrampilan nya sungguh menggoda. Mata nya tercari cari seseorang lalu terhenti.
“ Apa korang buat kat sini?” dia bertanya dengan angkuh sambil memandang kami dari atas ke bawah. Muka Lisa bagai lembu yang melihat warna merah, macam nak terkam.
“ Kami tengah makan ...tak nampak ker?” jawab Zara selamba.
Aku cepat mencelah “ Silalah masuk Lisa. Semua tetamu ada kat dalam”
“ Oh... jadi, korang ni dari company caterer lah agaknya. Aku dah agak, you don’t fit into this crowd” sindir Lisa
“ Woi..makcik, tolong sikit. Ili tinggal sini lah.“ balas Zara geram
Lisa membeliakkan matanya “ Haaa? Aku tak percaya. Minah kampung macam kau ni duduk di sini? Mak kau orang gaji kat sini ke? Atau pun bapak kau jadi driver Nabil”
Aku cuma mendiamkan diri walaupun hati aku menggelegak. Tak sayang mulut betul minah gedik ni. Kalau dia perli aku, aku boleh tahan lagi. Ni apasal nak babit mak bapa aku pula. Rasa macam nak tolak minah ni masuk kolam ikan. Tapi takut ikan mati keracunan pulak.
“Tolong sikit. Mak Ili kahwin dengan Dr Imran. Kenapa? Kau jeles?” tanya Zara. Meluap betul kemarahannya melihat aku di kutuk sebegitu. Aku pula terpaksa memegang tangan nya. Kalau tidak lamb chop dah melayang kat kepala Lisa kot.
“ Hmmm..memang mak dengan anak sama rupanya. Nak perangkap laki kaya. Like mother like daughter.”
“ Lisa, shut up!! ” tiba tiba kedengaran suara lelaki. Aku mengangkat muka bila mendengar suara itu. Sham menjelma di belakang Lisa yang terkedu bila di tengking. Lisa menoleh ke arah Sham sambil tersenyum manja dan memaut tangan Sham. Jantung aku merudum jatuh.
“ Thanks for the lift sayang. Nanti you hantar I balik ok?” Lisa mengerling ke arah ku. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan sebarang reaksi walaupun rasa perit. Lisa melenggang masuk kedalam rumah.
Sham duduk di samping aku. Aku memaksa diri membalas senyuman Sham, tapi tak dapat berkata kata kerana malu jika dia mendengar sendu dalam suara ku. Entah mana yang lebih pedih ; di hina oleh Lisa atau melihat Sham dan Lisa datang bersama. Kata tak ada apa apa dengan Lisa. Kalau depan aku buat macam tak suka Lisa, tapi...Macam sengaja nak tunjuk kat aku. Ingat aku nak sangat ke kat engkau? Tolong sikit! Suasana hening seketika, cuma kedengaran bunyi gelak tawa dan muzik dari dalam rumah di sulami bunyi suara pekerja memanggang makanan.
“ Sham , masuklah dalam. Nabil mesti tengah cari you. “ Aku bersuara memecahkan kelohongan. Sham cuma memandang aku tanpa berkata. Aku menoleh menyembunyikan airmata yang mula bergenang di pelupuk mata.
“ Jom masuk. Banyak nyamuk lah kat luar ni” Sham mengajak. Tangannya mengibas kiri kanan. Mata ku mengamati Sham yang segak tapi santai berkemeja kasual warna putih dengan jeans. Butang kemeja nya yang dua teratas di biarkan terbuka menampakkan dadanya yang kekar.” Fuuhhh... iman gadis mana lah yang tak tergugat! Ingat Ili..jamu mata saja tau. Jangan kau terpedaya dengan si buaya tembaga ni.” Aku memberi amaran kepada diri ku sendiri.
“ Takpelah Sham. You masuklah dulu, tak elok tetamu duduk kat luar. We’ll join you later“ucap ku sambil melemparkan senyuman terpaksa .
“ Oklah. Orang tak nak layan kita..” jawab Sham perlahan terus melangkah ke arah pintu rumah yang terbuka luas.
“ Kesian Sham. Macam merajuk jer bunyi” tegur Zara.
Aku diam ,sambil menggigit kuku, tabiat buruk aku ketika tertekan. Rasa bersalah pun ada . Otak ku masih menerawang pasal Sham dengan Lisa. Arrgh...memang betul mamat ni player. Tak boleh di nafikan lagi. Semua dia nak. Entah entah dekat Lisa dia kata aku yang gilakan dia. Tapi tadi dia betul betul marah kat minah celupar tu. Atau itu pun lakunan juga?
“Ili..dah dekat 9.30 ni . Kejap lagi mak aku datang jemput aku.” Kata Zara sambil bangun
“ Alaaa...kenapa cepat sangat kau nak balik? Boring lah aku tinggal sorang. Aku bukan kenal sesiapa” aku mencebik.
“ Hek.. eleh. Mamat hensem player terulung tu haper? Tadi dia macam nak suruh aku blah jer, tak sabar nak berduaan dengan kau. Anyway, kan aku dah bagitau aku pergi Hongkong esok. Flight aku awal pagi . Aku belum pack baju lagi. Mak aku mesti membebel kalau aku terlambat.“
Aku menghantar Zara ke pintu gate. Bila ibunya sampai, kami berdua berpelukan.
“ Have a nice trip. Bye Auntie Nor” jerit aku sambil melambai. Aku masuk ke rumah dengan hati yang berat
Suasana di dalam rumah meriah dengan hilai ketawa kawan kawan Nabil yang sudah lama tak berjumpa. Ruang tamu dan ruang makan rumah itu sarat dengan manusia. Rata rata yang lelaki semua nya kacak dan yang perempuan pula cantik dan sexy. Macam adegan dalam iklan TV pula aku tengok. Mata aku secara otomatik tercari cari kelibat Sham tapi hampa. Hmm, gasaklah.Kalau tak jumpa dia pun lagi baik. Percuma saja aku kena sumpah seranah dari Lisa.
Baik aku naik ke bilik jer lepas ni. Tengok TV lagi best. Tak reti aku nak berborak dengan kawan kawan Nabil. Semua asyik cerita pasal the most happening club in town, pergi holiday ke Bali dan Phuket, shopping di Hong Kong, Paris dan London. Aku ni tak pernah pergi clubbing, pergi luar negara pun tak pernah. Betul lah kata Lisa. Aku ni minah kampung.Tak sepadan dengan Sham.
“ Hey gorgeous! Where have you been all night?” seorang lelaki kacak berwajah Pan Asian menyapa.
“ Are you talking to me?” tanya aku musykil. Kenal ker aku dengan mamat ni?
“ Sorry, we have not been introduced. I am Johan . You adik Nabil kan? ” kata lelaki itu sambil menghulurkan tangan. Bila aku menyambut salam, dia mengucup belakang tangan ku. Apahal mamat ni?! Matsalih celup ke?
Dengan pantas aku menarik tanganku . “ Saya Ili ” kata ku pendek.
“ I’d like to get to know you better. Why don’t you show me around the house and the garden?” kata Johan sambil mengenyit mata. Seolah olah setiap gadis akan jatuh cinta dengan aksinya.”Pfffrrrtt. Meluat nya” .
“ Sorry , I’m really tired. You pergi sorang jerlah. Buat macam rumah sendiri. Bukan besar sangat rumah ni, tak sesat.” Gatalnya. Kalau bukan kawan abang aku, memang aku dah tengking.Apa dia ingat aku ni senang nak makan ker?
“ Kalau you penat, let me get you a drink. You nak apa? Coke, Sprite?” tanya Johan
“ Coke. Thanks” Bila dia pergi ambil air aku nak cabut. Kalau tidak aku sekeh mamat ni nanti. Karang jenuh aku nak bagi alasan kat Abang Nabil.
Sebaik saja Johan berlalu, cepat cepat aku menuju ke tangga untuk naik ke bilik. Ruang rumah yang padat dengan tetamu buat aku susah nak jalan. Tiba tiba aku tersadung kaki seseorang dan hampir tersungkur.
“ Oh mak ! Opocot.!” Alamak.. malunya! Tangan aku di rentap sebelum aku menyembah lantai. Phewww!“
Nak pergi mana ni? “ tanya suara yang sangat aku kenali. Aku berpaling mengadap Sham. Muka Sham cuma beberapa inci dari muka ku. Tangan aku masih di pegang erat. Aku melangkah ke belakang untuk menjarakkan diri.
“ Err.. err..hi Sham. Sorry I tertendang kaki you tadi” kata aku terkedu melihat matanya yang redup.“ Boleh tak lepas tangan I? I tak akan jatuh.“ kata ku bila sedar yang dia masih memegang tangan aku. Aku cuba melepaskan tangan ku.
“ No, aku tak nak lepas. I nak cakap dengan you. Jom kita keluar. “ kata Sham dengan tegas. Aku mula gabra. Di mana Lisa? Silap haribulan aku kena serang lagi kalau dia nampak aku dengan Sham.
“Tak nak lah. Tadi you kata banyak nyamuk kat luar.” Aku cuba mengelak
“ Please Ili. I tau you marah dengan I. I just want to explain” Sham mengeratkan genggaman nya hingga aku menjerit kecil “Oww! Sakitlah.”
“Hey Sham, let her go. Ili , I’ve been looking all over for you. Here’s your drink.” tiba tiba Johan menjelma disisi. Sham memandang Johan seperti singa lapar.
Adehh..inikah yang orang kata keluar mulut buaya , masuk mulut rimau. Pening kepala aku. Aku menarik nafas panjang. Aku terpaksa memilih buaya yang aku kenal dari rimau yang aku tak kenal.
“ Thanks Johan. Err, excuse me... I nak cakap dengan Sham kejap. Nak discuss pasal kolej. See you later” Aku membiarkan Sham menarik aku keluar dari ruang yang penuh sesak itu.
“ Make sure you come back. You and I are going to have fun tonight“ terdengar laungan Johan. Meremang bulu roma aku mendengarnya. ..eeee!
Aku dan Sham keluar dari pintu dapur ke halaman bahagian belakang rumah. Sungguh cantik pemandangan waktu malam dari rumah ini. Lampu lampu kota Kuala Lumpur bergemerlapan indah.
“Nak discuss pasal kolej konon? Apahal Ili nak cover depan si Johan tu? Ili suka dia ke? Nak cari nahas dengan playboy tua tu?” kata Sham dengan nada marah.
Aku meneguk sedikit air Coke . Cool down Ili. Kalau tak mahunya aku simbah si Sham dengan Coke ni.
“ Kenapa marah I? You tak ada hak nak marah I. You pun sama macam Lisa. Asyik tengking I jer malam ni. Memang padan sangatlah korang berdua” aku mendengus. Bibit tangisan mula menikam mataku.
“ Oh .. you marah pasal nampak I dengan Lisa tadi ker? You ingat I datang dengan dia? OK , you dengar dulu cerita I. I sampai sini awal lagi. Masa tu you tengah bersiap dengan Zara jadi I tak nak kacau. Tiba tiba Lisa call Nabil kata dia tak ada transport. Nabil suruh I jemput dia. Kalau tak percaya , boleh tanya Nabil. I’m sorry kalau you marah pasal tu ” jelas Sham
“ I tak marah lah. Kenapa pulak I nak marah? Perasan!” aku mencemuh. Walaupun aku lega mendengar penjelasan Sham aku tak boleh percaya mamat ni 100%. Aku memalingkan muka dan memandang terus ke depan, ke arah langit yang terang di limpahi cahaya bulan.
“ Alaa.... marah lah I, please. I nak you marah. I happy sangat kalau you marah” Sham merayu.
Aku menahan bibir aku dari mengukir senyuman “ Gila ker haper ni? Nak orang marah kat dia”
“ Memang I gila. I gila bayang kat seorang perempuan ni. Tapi dia tak suka I. Makin lama makin benci kot. Sampai dia tak nak tengok pun muka I” katanya.
Aku cuma mengunci mulut. Lama juga kami berdua membatu.
“Ego betul Ili ni . Nak I melutut minta maaf ke? “ tanya Sham
“ Kerek lah you ni!”dengus aku. Aku menumbuk manja lengan Sham. Tak aci betul, mamat ni senang jer buat aku cair.
Jarinya menyentuh rambut aku yang di tiup angin malam. Aku cuma diam sambil memeluk tubuh. Aku mula sebak. Perasaan aku kucar kacir. Aku ingin merelakan diri ku jatuh cinta dan dicintai, tetapi takut di permainkan Sham. Kenapalah dalam ramai ramai lelaki aku jatuh hati kat dia?Cari musibah betul. Aku meneguk lagi air Coke untuk membasahi tekak yang ketat.
“ Oklah, I give up. I nak balik sekarang. You pergilah kat si Johan tu. Dia tengah tunggu awak. Go and have fun with him. Bye” Bahu Sham jatuh dengan hampa .
Belum sempat Sham melangkah, aku pantas mencapai tangannya. Airmata yang di seka dari tadi mula tumpah.
“ Sorry Sham. Please don’t go. OK, I mengaku.. I memang marah bila nampak Sham dengan Lisa. I was jealous. Are you happy? “ Aku cepat memalingkan muka dan mengesat airmata. Malu nya aku menangis depan Sham.
Sham meletakkan tangannya ke bahu ku. Aku tunduk, tidak mampu memandang mata Sham. Sham meletakkan jari nya di dagu ku dan mendongakkan dagu ku supaya mata kami bertentangan.
“ Ili.. look at me. Bagi lah I peluang. I tahu you fikir I nak permainkan you. Tapi I berani sumpah Ili, I tak ada niat macam tu langsung. Dah lama I suka you, sejak I nampak you main futsal di inter college games dulu. Semakin I kenal you, semakin kuat perasaan I mengatakan you are the girl for me. I memang dah jatuh hati kat you Ili.“ Jari Sham mengusap pipi ku yang masih lembab .
“Sham, kita berlainan sangat. Geng Sham semua orang kaya, pandai bersosial, glamour,bergaya. Tak macam Ili. Sham boleh dapat perempuan yang cantik , kaya, anak VIP, yang jauh lagi baik dari I. Itu sebab I susah nak percaya you suka kat I. Tapi...tapi..I pun... “ aku teragak agak nak sambung. Aku menelan air liur. Muka ku mula merona merah.
“ Ili pun apa? “ tanya Sham lembut
“ Tak ada apa lah. Err.. Sham dah makan? “ Aku sengaja menukar topik. Huh...nasib baik aku tersedar. Kalau tak aku dah cakap yang aku dah jatuh cinta.!
“ Habiskan ayat Ili tadi. Kalau tak I tak nak lepaskan tangan you. “ kata Sham sambil memegang kedua belah tangan ku.
“ Eh..lepas lah. Malu kalau orang nampak”
“ Pegang tangan pun nak malu? Kalau I cium you camner?” Sham mengusik
“ Gatal lah you ni! Lepas lah! I kasi plenkik sebijik baru tau!” getus ku sambil menarik tangan aku.
“ Kalau you nak I lepaskan , baik you habiskan ayat you tadi. Kalau tak sampai esok pagi pun I tak lepas.”
Aku menjelir lidah “ Jahatlah awak ni Sham. “
“ Okay, nak kena cium yer?” Sham merapatkan mukanya. Cuma beberapa inci sahaja di antara muka aku dan dia. Debaran jantung aku seakan baru habis lari marathon. Lemah lutut dibuatnya. Nasib baik dia pegang tangan aku, kalau tak dah terjelepuk aku jatuh.
“ Jangannn! Ok, I cakap. I nak kata yang... err.. I pun sayang Sham. ” bisik aku.
“ Ni betul ke, kena paksa?” tanya Sham. Ada ada saja dia ni. Buat sakit dada aku jer!
“ Laa...tadi beria dia suruh orang cakap. Bila kita dah cakap, tak nak percaya. You ni memang suka mainkan perasaan orang kan?” Aku mencebik bibir.
“ Ili, I sayaaaang sangat kat you. Jom kita kawin ” Sham tersengih
Hampir tersembur air yang baru aku teguk. “ Sham.. you ni memanglah. Sebab tu I susah nak percaya apa you cakap. You memang gila, suka cakap main main”
“ Eh... I cakap betul ni. Takkan nak main main benda serious camni . Kalau you sudi,kita tunang dulu sebelum you pergi. I sanggup tunggu you sampai you habis study.” Sham mengucup lembut jari ku. Nak pengsan aku di buatnya.
“ Takkan you nak tunggu? Kita muda lagi. Mungkin kita akan jumpa ..... “ Aku memandang tepat ke muka Sham, tak tergamak nak menghabiskan ayat ku. Aku sedar betapa susah nya menjalinkan hubungan jarak jauh. Tengok saja Zara dengan Fitri. Fitri senior kami di kolej pergi ke Australia tahun lepas. Seringkali Zara menangis bila Fitri terlambat membalas emel atau menelefon nya. Hubungan jarak jauh memerlukan kepercayaan dan pengorbanan yang besar. Sanggup kah aku? Memang Sham mempunyai segalanya yang setiap gadis idamkan dari seorang kekasih. Tapi alangkah besarnya dugaan. Sedangkan melihat Sham dengan Lisa tadi pun bermacam prasangka timbul, inikan pula kalau berjauhan.
“ Kita akan jumpa siapa? I dah jumpa you. I tak akan berubah hati. Tapi kalau you .... I tak tahulah. Ili masih muda. I tak boleh memaksa. I cuma boleh berdoa dan berharap.” Kata kata Sham membuat aku terharu sangat. Aku di landa perasaan yang bersimpang siur. Cinta dan kasih sayang yang mula berputik di hati ini mungkin terkubur begitu saja ditelan masa dan menjadi kenangan yang terindah dalam diari hidup aku. Atau mungkinkah cinta pertama ku berkekalan selamanya? Hanya Tuhan Yang Tahu.
Suasana malam makin sepi. Ramai tetamu sudah mula meninggalkan rumah. Aku dan Sham duduk berdua di tangga dapur.
“ Ili, ada air lagi tak? Bagi I sikit” Sham mengambil gelas dari tangan ku.
“ Pemalas. Ambil lah kat dalam” aku menyiku nya. Dia memaut bahu ku.
“ Alaa...I saja nak bermanja dengan you. Tak lama lagi dah tak boleh dah” katanya sayu
“ You pun ikutlah pergi Australia. Sambung study kat sana”
“ I wish I could. Tapi I kena kerja dengan my father. Ili, I sedihlah cakap pasal ni. Jom tukar topic.”
Aku mengangguk. Kepiluan juga melanda hati ku.
“ Sham, you tak pergi holiday mana mana ke?” tanya ku. Mataku menatap wajah lelaki yang pertama bertakhta di hati ini. Mesti aku akan merinduinya separuh mati bila dia tiada di sisi.
“ Tak. Cuti kali ni, I nak relax di sini and spend time with you. You pulak?” jarinya bertautan dengan jejari ku.
“ I nak balik kampung , jumpa nenek. Mungkin seminggu.” Aku menghabiskan minuman . Mengantuk pula rasanya. Aku melihat jam di tangan. Baru pukul 11.15 malam.
“ Jangan pergi lama sangat. I rindu. Ili, nanti kita pergi dinner dengan my parents. I nak introduce you kat dia orang.”
“ Alaa.. malulah. Tunggu dulu lah. “ kata ku. Kelopak mata ku semakin berat. Aku meletakkan kepala di bahu Sham. Perfume Hugo Boss yang di pakai Sham menusuk hidung ku. Aku merasa bagaikan berada di awang awangan bila rambutku di usap lembut. Mataku terus terpejam....
Awan mula mendung, sarat dengan titsan hujan yang akan membasahi bumi . Hari yang tadi cerah mula dirundung kegelapan. “Segelap dunia ini bagi aku” bisik aku sendirian. Aku merenung keluar tingkap. Pemandangan kampung yang indah cuma sebuah klise bagi ku kini.
Sudah seminggu lebih aku berada di kampung. Sudah seminggu lebih juga bibit bibit cinta yang mula mekar terus layu bak di siram racun. Airmatan ku mula bergenang bila perisiwa hitam itu kembali menerjah minda. Setimbun sesalan sudah tidak berguna lagi.....
“Astaghfirullahalazim.” Kalimah itu aku ulangi sebanyak mungkin. “ Ya Allah ampunilah hambamu yang lemah ini. Terima lah taubat ku”
“ Kenapa ini semua terjadi pada aku? Kenapalah aku terima dugaan seberat ini? Sham .. celaka , setan, binatang! Apa yang kau dah buat??? “ Airmata ku sudah kering. Namun aku tak dapat memadam wajah Sham, jauh sekali melupakannya. Tetap ada rasa getaran setiap kali ingatan ku kembali pada Sham. Aku benci!! Benci dengan kelemahan ku!
“ Ili, tutup tingkap sayang. Hujan dah lebat tu, nanti tempias” suara nenek nya dari dapur mencelah kemelut
Aku menurut perintahnya macam robot. Hati ku menjerit...rasa nya bagai ingin berlari dalam hujan lebat, agar segala dosa dan kekotoran di tubuhku mengalir pergi. Tak pernah aku rasa sebegini, segala kekuatan dan harga diri ku hilang.Matilah aku kalau mama dapat tahu. Harus aku di sembelihnya hidup hidup. Aku sentiasa patuhi segala nasihat mama, aku tahu menjaga nama baik mama, aku tak pernah keluar malam berduaan dengan seorang lelaki. Tapi kenapa semua ini boleh terjadi??? sesak dada ku memikirnya.
“ Ili, jom minum teh. Nek buat cucur udang. ” ajak nenek. Aku tahu nenek bingung melihat kelakuan cucunya ini. Sejak balik ke kampung minggu lepas, aku asyik termenung. Kadang kadang airmata ku mengalir tanpa di undang. Nenek pernah mengejutkan aku dari tidur. Katanya aku mengigau. Janganlah aku tersebut nama jantan laknat itu. Makan pun aku tak berapa selera. Cuma dua tiga mulut yang mampu aku jamah walaupun nenek masak semua masakan kegemaran ku; gulai ketam, sambal tumis sotong dan masak lemak siput sedut. Kalau dulu aku boleh makan berpinggan pinggan tapi sekarang aku kena paksa diri ku makan agar nenek tidak berkecil hati.
Diya, sepupu ku yang paling rapat selalu mengajak aku keluar bersiar siar di sekitar Taiping tapi aku rasa tak bermaya. Kalau dulu aku tak betah duduk di rumah tapi kali ini aku rasa nak menyorok dari semua orang.
Mama ada menelefon bertanyakan khabar ku. Dia hairan kenapa aku balik kampung dengan tiba tiba. Sepatutnya aku tunggu hingga dia dan papa balik dari Bangkok. Tapi aku takut, aku malu. Aku tak mampu bersemuka dengan Sham yang telah menjahanamkan hidup aku. Telefon bimbit aku tertinggal dalam kekecohan aku melarikan diri ke Taiping. Nasib baik juga , kalau tidak aku tak lepas dari panggilan telefon si iblis itu.
Abang Nabil menelefon ku di rumah nenek sebelum balik ke London. Bermacam macam alasan nya membela Sham. Sham tidak bersalah, Sham sayangkan aku, Sham sumpah dia tak buat apa apa. Maklumlah kawan baik nya. Sanggup dia percayakan Sham dari aku. Kini aku sedar , siapalah aku. Walaupun aku adik tiri nya, tapi bukan darah daging nya. Dia dan Sham lebih lama kenal dan lebih akrab .
Zara juga menelefon aku. Aku terpaksa menipunya, mengatakan yang aku bosan di KL. Tak ada alasan lain kenapa aku balik kampung. Satu hari nanti aku akan cerita pasal episod hitam yang terjadi pada aku. Tapi bukan sekarang. Aku malu dengan Zara yang telah memberi amaran kepada aku tentang Sham. Tapi aku memilih untuk mengikut kata hati aku dari menggunakan otak. Hasilnya aku terpaksa menerima padah. Padan muka aku!
Bibik Halimah , memberitahu yang setiap hari selama seminggu aku dapat jambangan bunga yang indah . Semuanya telah layu menanti aku pulang . Tapi Bibik menyimpan kad kad yang dikepilkan bersama. Aku menyuruh bibik membuang semua kad, dan juga bakul jambangan bunga. Aku tahu siapa pengirimnya. Tak ingin aku nak tengok atau baca kad yang diberi. Mesti penuh dengan kata kata puitis yang tak bermakna. Sorry Sham...aku tak akan memaafkan kau.
Aku menghirup teh panas yang nenek hidangkan. Sedang aku membasuh cawan di dapur , terdengar bunyi deringan telefon. Sejurus kemudian, nenek masuk ke dapur.
“ Ili, mama telefon”
“ Baik nek” Aku keluar ke ruang tamu rumah nenek. Terselit juga rasa bersalah di lubuk hati ku kerana meninggalkan rumah dan membuat mama rungsing dengan tindak tanduk ku. Mesti nenek juga ada menceritakan tentang kelakuan aku. Kalau tak masakkan mama sering telefon.
“Asalamualaikum . “ aku memberi salam
“ Walaikumsalam. Ili sihat? “ tanya Mama. Kerisauan jelas terdengar di suaranya
“Sihat. Mama dan papa apa khabar? Irfan dah balik ke sekolah?” aku cuba menceriakan suara ku.
“Mama dan papa ok. Irfan balik ke asrama semalam. Bila Ili nak balik sini? Mama rindu kat Ili. Sunyi sangat rumah ni“ Aduh...tak tahan aku bila mama memujuk.
“ Err...Ili ingat nak tinggal sini seminggu dua lagi kalau boleh” kata ku teragak agak.
“ Ili ada masaalah ke? Cuba cerita kat mama?” Mama memujuk dengan lembut
“ Eh , tak adalah. Ili ok jer. Saja nak tinggal sini lama sikit sebab nanti bila Ili dah pergi Australia susah nak jumpa nenek, Pak Lang, Mak Lang, Diya. Kenapa Mama ingat Ili ada problem?”
“ Nenek risau pasal Ili. Dia kata Ili tak ada selera makan dan selalu termenung. Mama hairan sebab selalunya kalau balik kampung Ili bukan main lagi kuat makan. ”
“ Ili okay jer. Tak ada apa apa. Mama jangan risaulah. Ili nak jaga badan tu sebab kurang makan. Nenek pula sangka Ili ada problem” Aku cuba menghilangkan kerisauan mama. Dalam hati aku hanya tuhan saja yang tahu.
“ Ok mama, Ili balik dua tiga hari lagi. Nanti Ili call bila dah beli tiket” Aku meletak gagang telefon. “Macam mana pun aku kena juga balik KL. Janganlah aku terserempak dengan mamat laknat tu. Kalau aku jumpa memang nahas lah dia. ” Hati ku mula meruntun dan airmata bergenang kembali.
.................................................................................................................
Besok nya aku mengajak sepupu ku Diyana ke stesen bas untuk membeli tiket. Sampai bila lagi aku harus menyembunyikan diri di sini. Bukan aku boleh putarkan masa kembali. Tak mungkin aku boleh padamkan semua yang telah berlaku.
“ Assalamualaikum nek. Ili dah siap ke?” aku dengar suara Diya menyapa. Dari bilik ku, aku nampak Diya masuk ke rumah dan melabuhkan punggung ke kerusi empuk didepan TV. Rumah Diya berdekatan dengan rumah neneknya, cuma selang tiga buah rumah. Kalau aku balik kampung bercuti, Diya orang pertama yang aku cari, selepas berjumpa nenek. Diya lah sepupu paling rapat dengan aku walaupun dia lebih tua dua tahun. Kami banyak persamaan, Diya macam aku jugak, selamba dan kecoh. Kami sering di marahi nenek kerana suka memanjat pokok rambutan, mandi sungai dan berbasikal keliling kampung sampai lewat senja. “ Mengalahkan cucu cucu lelaki nek. Malulah lah sikit , korang berdua tu anak dara” nenek sering membebel .
“ Cepat kau sampai Diya. Kejap aku ambil beg.” Aku mencium tangan nenek sebelum menaiki kereta Myvi yang di pandu Diya ke bandar untuk membeli tiket bas. Selesai membeli tiket, kami ke Restoran Bismillah untuk menjamu selera.
“ Bagi saya teh o Ais ” aku memesan pada pelayan Bangla
“ Saya nak roti telur dengan milo ais. Kau tak nak makan ke Ili?” tanya Diya
“ Aku kenyang. Baru lagi makan nasi lemak nenek buat tadi”
Pelayan Bangladesh yang mengambil order berlalu pergi dengan senyuman lebar . Seronok agaknya dapat pelanggan perempuan muda.
“ Ili, aku nak tanya kau satu benda. Kau ada problem ke? Aku tengok kau lain betul lah sekarang ni. Asyik termenung , tak happy macam biasa. Kau putus cinta ker? Atau ada problem dengan boyfriend ? Kau tak bagi tahu aku pun kau dah ada boyfriend” bertali arus soalan dari mulutnya
Aku mengeluh panjang dan meraup muka. Selalunya aku berkongsi semua masaalah dengan Diya tapi kali mulut aku seakan terkunci. Aku ingin meluahkan isi hati, biar kurang sikit beban. Tapi perasaan malu memasung diri ku.
“ Aku nak sangat cerita kat engkau, tapi aku malu. Apa yang jadi kat aku teruk sangat ” suara ku antara dengar dan tidak
“ Kesian kau. Ceritalah kat aku. Mungkin aku boleh tolong” Diya memandang ku penuh simpati. Aku tahu hati nya mudah tersentuh.
“ Kalau aku cerita, kau sumpah jangan bagi tahu sesiapa. Matilah aku kalau orang lain tahu”
“ Ili, takkan tak percaya aku? Bila aku pernah bocor rahsia? Ini Diya lah. Rahsia mu rahsia ku... He! He!”Aku menarik nafas panjang dan memulakan cerita.
Dari permulaan perkenalan aku dengan Sham hingga malam party Abang Nabil. Bagaimana aku terlelap dan bila terjaga, aku dapati diri ku di atas katil dan Sham tidur di sebelah ku. Bagai orang gila aku ketika itu. Aku menjerit dan menangis. Ketika itu mata aku masih berat dan kepala ku berdenyut. Tapi aku gagahi diri ku untuk bangun. Sham bersumpah dia tidak buat apa apa yang tak elok ke atas ku. Cuma mengangkat aku ke bilik bila aku tertidur.
“ Habis tu macam mana awak boleh tidur di sebelah aku? Kenapa awak tak balik?” jerit aku di sulami esakan.
“ I mengantuk sangat Ili. I tak dapat buka mata lagi. I ingat nak baring sekejap saja. Sumpah Ili, I tak buat apa apa. Ili , percayalah . “ Sham merayu. Masa itu muka nya yang hensem nampak macam jin afrit. Kalau aku ada pisau dah lama aku kelar.
“ GET OUT! Aku tak nak tengok muka kau lagi. I HATE YOU ! Kau penipu, kau saja nak gunakan aku. “
“ Ili, I sayang you. Percayalah. I wouldn’t do anything to hurt you. Please believe me.”
Aku menampar mukanya. Dia cuma diam. “ Sham , kau tak faham ke? Aku kata KELUAR!! Just GET OUT!” Puas aku luahkan sumpah seranah, akhirnya dia mengalah dan meninggalkan aku.
Selesai aku bercerita, airmata aku bergenang. Dahi Diya berkerut mendengar cerita ku. Ada kala muka Diya marah, geram, sedih. Makanan dan minuman yang di hidang belum di sentuhnya lagi. Begitu kusyuk Diya mendengar cerita ku.
“ Tapi Ili , kau pun tak tahu apa sebenarnya berlaku. Kau tak sedar. Tapi tak ada tanda apa langsung yang kau kena....tuuuutttts. Bukan baju kau terbuka atau terkoyak kan? Baju Sham pun. Kau tak mengandung. Aku tahu, kucing mana yang tak terkam kalau nampak ikan. Tapi mamat tu berani sumpah dia tak sentuh kau. Takkan dia nak kena makan sumpah”
“ Habis, kau tak percaya aku lah? Diya kau tak kenal Sham, dia buaya! Aku tak sangka aku boleh tertipu dengan kata kata manis dia. Aku rasa bodoh sangat. Mesti dia dah bubuh sesuatu dalam minuman aku. Takkan kau tak pernah baca kisah macam itu dalam surat khabar dan majalah. Tak sangka pula aku yang boleh terkena. ” Aku cepat cepat mengesat pipi bila ternampak ada pelanggan memerhati.
“ Ili, semua orang ada buat silap. Kau jangan salahkan diri kau. “ Diya mengenggam tangan aku memberi ku semangat.
“ Kau tak tahu macam mana sakitnya hati aku. Itulah pertama kali aku jatuh cinta. Ramai orang dah bagi warning kat aku tapi aku tak dengar. Bukan nya aku tak tahu dia player. Sampai aku pernah kena serang dengan awek dia. Tapi bila dia senyum kat aku, bila dia pegang tangan aku...rasa macam nak pengsan. Aku lupa semua cerita buruk yang aku dengar, dia cukup sempurna di mata aku. Apalah minyak senyonyong yang dia calit kat aku?”
“ Isshhh...kau ni. Orang bandar macam dia tu , tahu kah apa minyak senyonyong semua tu? Kau kata dia hensem. Takkan kena pakai ubat guna guna.” Diya membantah
“ Aku gurau jerlah. Yang kau ni tak kenal dia pun dah backing dia. Apahal? ” Aku mendengus geram.
“ Takdelah, tapi aku rasa dia betul betul jatuh cinta kat kau. Dalam hati aku, aku rasa dia tak bersalah. Mungkin orang lain yang letak ubat tidur dalam minuman kau tak? Kau tak nak bagi dia peluang kedua?” kata Diya sambil mengunyah roti telurnya .
“ Nak bagi peluang? Nak bagi pelangkung adalah. Sudahlah Diya, aku tak nak cakap lagi pasal ni.” Aku kecil hati dengan Diya. Dahlah Abang Nabil cakap benda yang sama. Bencinya aku! Aku pantas bangun dan terus ke kaunter untuk membayar.
Diya terpisat pisat mengambil dompetnya dan mengekori ku.
“ Ili, aku minta maaf kalau kau tak setuju dengan apa aku kata. Aku cuma bagi pendapat aku jer. Tapi rahsia kau tetap aku simpan. Kau jangan risau.“ Diya berkata sebelum menghidupkan enjin kereta.
“ Entahlah Diya. Dalam aku cuba benci Sham , aku selalu terbayang bayang wajah dia. Betul lah orang kata cinta pertama kita memang susah nak di lupakan. Itu yang buat aku malas nak balik KL, sebab takut terserempak dengan dia. Tapi mama dah telefon. Rasa bersalah pula kalau aku tak luangkan masa dengan mama dengan family aku sebelum pergi Australia. “
“ Hmmm...baik kau balik. Nanti mak kau kecil hati pulak. Kau kena selalu baca Quran , berzikir. Kuatkan semangat kau. Kalau kau nak , aku suruh bapak aku mintakkan Pak Bilal buat air Yassin untuk kau.” Diya menasihati ku.
“ Thanks Diya. “ Aku mengangguk. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
“Ili baru sampai? “ Mama menegur sebaik saja aku masuk. Kenangan pedih menyelinap kembali bila aku sampai di rumah. Aku mesti kuatkan semangat dalam menempuhi segala kekusutan. Setelah meminum air Yassin dari Pak Bilal masa di kampung, aku rasa lebih tenteram.
“ A’ah. Bas terlambat sikit tadi. Nasib baik Pak Cik tunggu. Kalau tak Ili kena naik teksi.” jawab ku.
Mama sedang mengatur set minum teh di meja makan. Set Royal Doulton peninggalan arwah Auntie Zarina ni mama akan guna hanya kalau ada tetamu istimewa. Ada jambangan bunga carnation putih dan merah jambu di tengah meja makan. Bibik Halimah tengah memasak di dapur. Siapa agaknya yang nak datang?
Aku mencium tangan mama. Mama memeluk ku erat.
“ Sayang, pergi lah rehat dulu. Ili mesti penat kan” kata Mama sambil meneliti wajah ku dan mengusap lembut rambut ku. Wajah mama penuh belas kasihan. Entah apa yang dapat di lihatnya di mataku. Mungkin naluri seorang ibu dapat mengesan apa yang tersirat di hati anak nya.
“ Ada tetamu nak datang ke mama?” Takkanlah mama keluarkan set pinggan mahal untuk menyambut kepulangan aku.
“ A’ah. Kawan lama mama nak datang. Mama tak sangka dapat jumpa semula dengan kawan mama tu. Dia tinggal berjiran dengan mama di Taiping dulu. Tapi dah lebih 30 tahun kita tak jumpa. Tak sangka pula dia kawan baik arwah. “Mama nampak teruja bercerita tentang kawannya.
“ Macam mana mama boleh jumpa dia? Apa nama dia?” tanya ku.
“ Datin Siti. Dia telefon cakap nak datang berjumpa sebab tak dapat datang masa kenduri dulu. Mama rasa familiar sangat suara dia. Jadi mama tanyalah dia asal dari mana. Barulah keluar kisah yang kami kawan rapat dulu”
“ Wah...macam rancangan Jejak Kasih lah.” Aku mengusik. Mama ketawa riang. Aku dapat mengagak dia juga tak ramai kawan di kawasan baru ini, macam aku. Mesti dia gembira bertemu kawan lama.
“ Kalau Ili lapar, kat dapur ada bihun yang Bibik Halimah goreng. “
“ Takpelah. Ili tak lapar lagi. Ili naik atas dulu ya.”
Aku mengangkat beg dan melangkah dengan berat masuk ke bilik. Mudah mudahan aku dapat lupakan segala peristiwa yang berlaku. Bilik aku nampak kemas dan teratur. Ada dua bungkusan yang cantik di ikat riben terletak di meja sisi katil ku, satu kotak sederhana besar dan satu kecil. Aku malas nak buka sebab dah boleh agak dari mana datangnya. Aku menghempaskan diri atas katil. Jiwa ku masih kacau. Kepala aku terbayangkan Sham tidur di katil ini. Cepat cepat aku buangkan segala imej dari kepala ku. Azan Asar kedengaran berkumandang dari masjid berdekatan dan aku terus mandi sebelum mengambil wuduk dan menunaikan solat. Usai solat aku terdengar bunyi loceng pintu. Kawan mama dah sampai agaknya.
Aku turun ke bawah dan membuka pintu. Seorang wanita dalam linkungan umur 50 an berseluar hitam dengan blaus labuh warna putih tercegat di luar dengan senyuman mesra. Skaf sutera bercorak abstrak menutupi rambutnya. Beg tangan jenama mewah di kepil kemas. Sungguh anggun macam isteri VIP yang sering keluar di majalah.
“ Jemput masuk Datin”. Aku salam dan mencium tangannya. Lembutnya tangan Datin Siti walaupun dah berumur.
“ Ini anak Rohana ke? Siapa nama?”
“ Saya Ili, anak nombor 3” jawab ku.
Mama keluar dari dapur dan terus meluru ke arah Datin Siti. Mereka berpelukan sambil menitiskan airmata. Betul betul macam Jejak Kasih cuma tak ada kamera dan hos rancangan!
Aku ke dapur untuk membantu Bibik. Bibik becok bercerita sambil menceduk bihun ke dalam mangkuk casserole.
“ Cik Ili , kenapa lama pergi? Ada orang hantar bunga tiap hari sama Cik Ili. Cantik bangat . Tapi sudah layu semuanya. Bibik sudah buang”
“ Tak apalah bik. Bik , janganlah panggil saya Cik. “ jawab ku. Malas aku nak layan topik ini. Tangan aku ligat mengacau gula yang di bubuh dalam teko berisi air teh.
“ Ah, lupa saya. Ili tak mahu tahu siapa hantar bunganya ? “ Bibik mengomong. Bukannya aku tak tahu siapa yang hantar. Abang Nabil sudah bercerita panjang lebar. Aku buat buat tak dengar
“ Bibik cuba rasa air teh ni. Cukup manis ke?”
“ Aa..sudah cukup manis. Orang yang hantar bunga itu kawan Encik Nabil. Ganteng orangnya. Serupa pelakun sinetron. “ sambung bibik sambil tersengih lebar. Aku mengetap bibir menahan geram. Bibik ni memang tak faham ker? Aku dah malas cerita pasal bunga dan orang yang mengirimnya. Buat sakit hati saja.
Aku menghantar hidangan ke meja makan. Bihun goreng, karipap dan pudding yang di buat oleh mama dan bibik nampak enak. Tapi aku hilang selera makan bila mendengar cerita bibik.
Telinga ku menangkap cebisan perbualan mama dan Datin Siti. Seronok mendengar mereka mengimbau kembali kenangan lama setelah 30 tahun berpisah.
“ Mesti Imran terkejut kalau dengar yang kawan rapat arwah juga kawan lama Ana di kampung dulu. Imran selalu cerita pasal kawan baik dia Datuk Shamsudin dan Datin Siti Hajar. Tak sangka pula itu Kak Siti dan suami“ kata mama
“ Imran dengan Din memang rapat dari university lagi. Sekarang pun masih rapat cuma jarang jumpa sebab sibuk. Din selalu pergi outstation ke tapak projek. Imran pula ... faham faham lah” Datin Siti bersuara
“ Betul tu. Kadang kadang hari Ahad pun Imran kena kerja. Yalah, orang nak sakit bukan boleh ikut jadual. “ gelak mama.
“ Jemputlah makan, Datin, mama”
“ Ili, jangan panggil Datin. Panggil Auntie saja. Auntie ni bukan orang lain. Auntie dengan mama Ili rapat macam adik beradik masa kecil dulu” kata Datin Siti dengan mesra. Aku membalas senyuman nya.
“ Mesti Auntie tau banyak rahsia mama kan? Ceritalah , Ili pun nak dengar” aku mengusik
“ Ili ni...! Maaf lah Kak Siti. Anak saya yang satu ni memang banyak mulut. ” Mama menggeleng kepala
“ Tak apa. Ili marilah makan sama. Banyak cerita zaman muda mama Ili dengan Auntie, kalau Ili nak dengar” Auntie Siti menarik kerusi dan mengajak aku duduk bersama. Aku jadi serba salah pula takut mama tak suka, maklumlah orang tua tua nak cakap.Tapi Auntie Siti bersungguh sungguh mengajak aku. Katanya dia rindu pada anak anak perempuan nya yang dah kawin dan tinggal berasingan. Mama pun mengangguk. Nak tak nak, aku pun duduk. Aku menuangkan teh ke cawan mama dan Auntie Siti.
“ Lupa pula nak tanya. Berapa orang anak Ana? Sunyi saja rumah ni” tanya Auntie Siti
“ Empat orang, dua lelaki dua perempuan. Ili ni nombor tiga. Yang sulung lelaki, kerja di Miri. Yang nombor dua perempuan , belajar di USM. Yang bongsu di Sekolah Alam Shah, tinggal di asrama.”
“ Kau dah terima menantu ke Ana?"
“ Belum lagi. Yang sulung tu dah bertunang, nak kawin tahun depan, insyaallah. Anak Kak Siti berapa orang?”
“ Empat orang juga tapi yang sulung meninggal 8 tahun dulu dalam accident. Hampir gila akak di buat nya. Lepas dia meninggal kami sekeluarga berpindah sebab terbayang bayang wajah dia di rumah lama. Sampai sekarang akak tak boleh tengok gambarnya. Kalau dia masih hidup umur dia dah dekat 30. Mesti dah berkahwin dan ada anak. “ Suara Datin Siti sebak. Aku dapat merasakan kepiluan yang bersarang di hatinya. Dia menyambung“ Yang kedua dan ketiga perempuan. Dua dua dah kahwin. Yang bongsu lelaki, masih belajar . Eh, kau tau tak Ana, masa dulu Kak Siti dengan arwah teringin sangat nak berbesan. Tapi hajat kami tak kesampaian. Anak perempuan akak yang nombor dua tu tak nak . Nabil pun tak setuju.”
“ He he. Memanglah kak, sekarang mana ada orang kahwin dengan pilihan mak bapak? Ana dulu dengan arwah Azhar pun kahwin suka sama suka. Lainlah Kak Siti” Mama tergelak kecil.
“ Berapa umur Ili ? Ili masih belajar?” tiba tiba Auntie Siti bertanya.
“ 19. Bulan depan Ili pergi Melbourne University. ”
“ Ana, minggu depan Kak Siti nak buat dinner untuk birthday Din. Ana bawa keluarga sekali. Boleh kenal kenalkan anak anak kita.” Kata Auntie Siti dengan senyuman yang lebar.
Mama mengangguk “ Insyaallah. Baguslah tu. Ili ni asyik complain tak ada kawan di area ni”
“ Ili dah ada boyfriend?” tanya Auntie Siti. Hampir nak tersembur bihun dalam mulut aku! Apahal Auntie ni kaypoh sangat?! Aku nampak mata mama menjeling kepada ku. Mungkin Mama takut aku laser Datin ni.
“ Tak adalah Auntie. Mama dengan Abang Long garang, semua lelaki takut...he! he!” aku melawak. Mama turut ketawa. Senyuman Auntie Siti makin lebar.
“ Memang saya garang Kak Siti. Anak perempuan sekarang ni, kalau kita tak garang, susaaah. Ana pula dulu ibu tunggal. Lagi lah kena pandai jaga anak anak. Takut orang mengata macam macam.” Kata kata ibu membuat aku terkedu. Selera makan aku terus hilang. Rasa bersalah mula mencengkam diri aku. Mama , maafkan Ili, jerit ku dalam hati.
“ Betul tu Ana. Kak Siti pun macam itu. Anak perempuan akak yang dua orang tu tak boleh keluar sesuka hati masa belum kahwin dulu. Yang lelaki lain lah. Dia mana boleh terperap di rumah. Tapi anak lelaki akak tu baik, dia ikut cakap Kak Siti dan Abang Din.” Auntie Siti mempromosi anak lelakinya.
Aku meminta diri untuk ke dapur bila Mama mengajak Auntie Siti duduk di depan setelah selesai menjamu selera. Sambil membantu bibik mencuci pinggan, aku melayan nya berbual. Tak habis lagi dia memuji Sham yang hensem macam pelakon sinetron. Aku setuju, Sham boleh jadi pelakun. Bukan saja ada rupa tapi memang berbakat sampai aku kena tipu bulat bulat.
Tak lama kemudian, Mama memanggil aku keluar kerana Auntie Siti hendak pulang. Aku bersalaman dan menghantar nya ke pintu.
“ Jangan lupa ya Ana. Minggu depan datang rumah akak. Bawa Ili dan anak2 yang lain sekali.” Katanya sebelum masuk ke kereta Mercedes nya.
Aku dan mama melambai sehingga keretanya hilang dari penglihatan.
“ Seronok nya mama dapat jumpa kawan lama. Ili dah lama tak dengar mama gelak besar macam tadi.” aku mengusik mama. Aku memaut pinggang Mama dan meletak kepala aku ke bahunya. Lama aku tak bermanja dengan mama.
“ Kelakar lah Auntie Siti kau tu.”
“ Apa yang kelakarnya?” tanya ku
“ Dia nak jodohkan Ili dengan anak lelaki dia. Tergelak mama di buatnya. Mama kata Ili baru 19 tahun. Perangai macam kanak kanak Ribena lagi. Tak logik langsung” Mama tergelak kecil melihat mata aku yang membuntang.
“ Eeee..... tak nak lah. Geli Ili dengar. Mama , Ili tak nak pergi rumah dia nanti. Malulah.” kata ku.
Aku terus naik ke bilik. Kalau dia tahu rahsia aku, tak ingin langsung dia nak bermenantukan kau.
Esoknya Zara datang ke rumah ku. Dia meluru masuk ke dalam rumah dan terus memeluk ku.
“Kenapa kau pergi tak bagi tahu aku? Kita orang semua risau tau. Nasib baik Abang Nabil ada cerita sikit kat aku” Zara memeluk aku. Empangan yang menahan airmata ku pecah.
Aku menariknya ke bilik ku dan menutup pintu dengan rapat. Segala yang dipendam aku luahkan, di iringi sedu sedan. Airmata Zara mula bergenang.
“ Sabarlah Ili. Aku rasa bersalah pula sebab balik awal malam tu. Kalau aku tak tinggalkan kau seorang, semua ni tak akan terjadi.“ Zara mengambil kotak tisu untuk ku. “ Tapi aku dengar yang Sham frust sangat. Dia betul betul sayangkan kau. Dia sanggup bersumpah dia tak buat apa apa. Aku pun rasa kesian”
“ Zara! Whose side are you on? Sampai hati kau percayakan player tu dari aku. “ aku terkedu. Kenapa semua orang yang dengar cerita aku ni menyebelahi Sham. Kalau Abang Nabil percayakan Sham , aku tak kisah sangat. Tapi sepupu ku Diya , sekarang Zara.... aku tak faham.
“ Ili, kau tak ada rasa apa apa yang pelik kan lepas kau bangun? Tak ada rasa sakit ke, ngilu ke? Aku bukan nak tahu hal dalam kain tapi kau tu innocent lagi bab bab ni semua. Kalau Sham tertidur sebelah engkau tak bermakna ....”
“ Aku tahu lah. Kau ingat aku ni bangang sangat kah?! “ amarah ku membara. Imej Sham malam itu mula menerjah kepala ku. “ Kalau dia tak rogol aku pun, memang dia ada niat buat benda tak baik. Macam mana aku boleh tertidur sampai tak sedar? Masa itu baru pukul 11 lebih, aku pun hairan kenapa aku tiba tiba jadi mengantuk sangat. Mesti dia dah bubuh sesuatu dalam minuman aku kan? Aku ingat dia minta nak minum air dalam gelas aku.
Zara terdiam. Dia cuma mengusap belakang aku untuk menenangkan aku.
“ Sabarlah Ili. Kau cubalah lupakan semua ni. Anyway, cuma tinggal berapa minggu lagi saja sebelum kita ke Melbourne. Lepas itu kau dah tak payah jumpa Sham lagi. Aku dengar dia pun nak pergi US tak lama lagi. Faiz yang cerita kat Hadi. Nanti kalau kita balik cuti pun tak sama waktu. Summer holidays kita November sampai February. Kat US summer dari May sampai August. “
“ Ha..kalau dia tak bersalah kenapa nak cabut lari? Setan! Pergi mampus lah mamat tu!”
“ Ili, tak baik tau kau cakap camtu. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat nya. Kau belajarlah maafkan dia. Tak baik kau pendam dendam kesumat macam ni. Buat nya dia betul tak bersalah, kau dah berdosa.” Issh..sejak bila pula Zara ni jadi ustazah. Geramnya aku!
Aku membungkam sambil mencarik carik gumpalan tisu yang lembap dengan airmata ku. Aku akui ada betulnya kata Zara. Bukan aku dapat mengembalikan segala kemanisan cinta pertama ku kalau aku menyemaikan perasaan benci pada Sham. Apa yang berlaku sudah termaktub dalam sejarah perjalanan hidup ku.
“ You’re right. Aku harap bila dah sibuk dengan studies nanti aku tak ada masa nak fikirkan semua ni” kata ku perlahan.
“ Ha..macam tulah. Aku rindu kat best friend aku yang ceria dan gila gila. Kau kena kuatkan semangat, Ili. Nanti bila kita pergi Melbourne, kita kena berdikari. Semua kena buat sendiri. Kalau kau layan sangat perasaan murung kau tu, nanti studies ke mana, biasiswa kena tarik. “ Zara menitipkan kata kata nasihat untuk aku.
“Ya lah, Cik Pakar Motivasi. Aku sedar aku terlampau emosional. Dari saat ini, aku akan cuba lupakan semua yang berlaku, all right? “ Bibir ku cuba mengukir senyuman.
“ Macam itulah. You can do it! “ Zara menepuk belakang aku lalu bangun menuju kearah meja sisi katilku. Zara membelek dua bungkusan hadiah yang aku biarkan di situ.
“ Zara, kau dah pergi JPA ambil cek biasiswa dengan elaun baju ? Aku belum buat apa apa lagi. Boleh temankan aku tak? Lepas ambil cheque, kita pergi shopping .” Aku cuba mencetus perasaan gembira dalam hati ku.
Zara menggoncang dua kotak hadiah tu “ Kau tak nak buka kah? Aku pula yang excited nak tahu apa isinya. ” Aku malas melayan soalan nya. Biarlah hadiah itu reput di situ.
“ Zara, kau tak dengar kah apa aku kata? Jomlah temankan aku ambil cheque kat pejabat JPA. Aku nak keluar lah...boring duduk di rumah. Lama aku lepak kat shopping mall. Jomlah. ” Aku tak betah duduk berkurung dalam bilik ini . Terus aku menarik lengan Zara
“ Yelah...yelah. Kita ajak Hadi sekali ya. “ cadang Zara
“Err...Hadi tahu ke apa yang terjadi?” tanya aku cuak. Aku tak tahu mana nak letak muka aku kalau Hadi tahu. Walaupun dia kawan rapat aku, dia lelaki. Sudahlah tu, keluarga dia kuat agama. Sejuk hati aku tengok ahli keluarganya solat berjamaah masa aku dan Zara ke rumah nya. Rasa jijik kah dia dengan aku kalau dia tahu?
“ Tak adalah. Kau ingat aku ni gila ker nak cerita kat dia? Aku pun jarang jumpa Hadi masa kau tak ada. Itulah sebabnya aku nak ajak dia sekali hari ni. Kau tak kisah kan?”
“ No problem. “ jawab ku sambil mengangkat bahu. Takkan pula aku nak jauhkan diri mahupun membenci semua insan yang bernama lelaki. Bukan semua lelaki setan bertopengkan hero sinetron macam Sham.
...........................................................................................................
Aku dengan Zara ke pejabat JPA di Pusat Bandar Damansara yang cuma lima belas minit dari rumah aku. Zara memandu kereta Suzuki Swift ibunya. Selesai mengambil cek biasiswa dan mengisi segala borang yang perlu , kami menelefon Hadi. Kebetulan sepupu Hadi, Adiena dari Kuala Trengganu ada di rumahnya. Adiena juga akan ke Melbourne bersama dengan kami.
“ Ajaklah sepupu kau tu sekali. Boleh kita berkenalan dengan dia. “ kata ku. Aku dengan Zara sering mendengar Hadi bercerita tentang Adiena . Cuma belum pernah bersua muka kerana dia belajar di Kolej UEM di Lembah Beringin.
“ Nanti aku ajak. Tapi tak tahulah dia nak ikut ke tidak. Dia tu pemalu sikit. Kita nak jumpa di mana?” tanya Hadi
“ Di One Utama boleh? Aku nak ke Jusco”
“ OK, see you there”
Aku dan Zara sudah menunggu di Foodcourt depan Jusco supermarket bila Hadi dan Adiena sampai. Adiena kecil molek orangnya , berkulit putih mulus, bertudung dan berkaca mata. Rupa dia dan Hadi seiras, maklumlah sepupu.
“ Assalamualaikum” kami bersalaman dan memperkenalkan diri
“ Kita selalu dengar pasal Adiena dari Hadi. Rasa macam dah lama kenal” kata ku
“ Yelah, Dina pun sama. Hadi selalu juga cakap pasal Zara dan Ili. Happy dapat jumpa korang” kata nya mesra.
“ Ili kau nampak kurus. Diet ker?” Hadi menegur
“ Tak adalah. Aku nak diet? Bertuahlah” aku tergelak.
Kami berjalan jalan keliling OU sambil membeli belah untuk pemergian kami nanti. Bila letih kami singgah ke Mc Donalds dan berborak borak sambil mengisi perut. Best juga Adiena ni.. kira sekepala juga dengan kami, walaupun dia pemalu sikit. Aku nampak dia sering mencuri pandang ke arah Hadi, macam ada perasaan yang tersirat. Bila dia ke bilik air, aku cuba mengorek rahsia dari Hadi.
“ Hadi, kau dengan Dina tu ada apa apa ke? Aku tengok korang macam serasi lah” aku tersengih. Aku tumpang gembira kalau Hadi ada makwe.
“ Kau ni.... dia sepupu aku lah. Dah macam adik beradik. Masa sekolah rendah dulu, aku tinggal dengan family dia di Trengganu bila bapa aku pergi buat Masters. Dina tu dah tunang pun”
“ Ya ker? Muda lagi dah bertunang. “ kata Zara terkejut
“ Bapak dia bekas timbalan Mufti Trengganu. Pakcik aku tu warak orangnya. Dina pula anak perempuan tunggal. Tunang Dina tu graduan Universiti Al Azhar. Dia lecturer di KUSZA. “
“ Pilihan keluarga atau suka sama suka?” tanya aku
“Dua dua kot. Entahlah , aku pun tak pernah tanya. Korang tanya lah dia”
“ Eh, kami baru kenal. Takkan lah kami nak menyibuk . “ cela aku
“ Tahu pun. Kalah wartawan tabloid Mingguan Perdana. Mak Bedah betul lah engkau ni” kata Hadi sambil mengelak penumbuk sulung aku. Zara tersenyum melihat aku ceria kembali.
............................................................................................................
“ Ili “ suara mama mengejutkan aku dari tidur. Aku baring sekejap bila balik dari One Utama tadi tapi tak sangka pula dah hampir satu jam aku tertidur. Nasib baik belum masuk waktu maghrib.
Mama meletakkan beg plastik berlogo Euro Moda di depan ku. Isi beg plastik itu sungguh cantik. Sehelai kain sutera Korean corak flora warna biru dan pink . Memang warna yang aku suka.
“ Kenapa mama? Apa ni?” Tanya ku sambil menenyeh mata ku yang masih berat.
“ Auntie Siti beli untuk Ili. Dia ajak mama keluar shopping lepas mama balik kerja tadi. Ili suka tak? Mama pun tak pasti apa favourite colour Ili sebab selalu sangat berubah“
“ Cantik kain ni. Tapi kenapa dia bagi kat Ili? Bukan birthday Ili.” Aku hairan.
“ Dia nak ambil hati Ili lah tu. Kan dia nak Ili jadi menantu dia” Mama ketawa kecil
“ Eeee...please lah mama. Ili tak nak anak dia. Sorry. Mama ambil lah kain ni” Aku meletakkan kembali kain itu ke dalam beg.
“ Jangan lah macam tu Ili. Auntie Siti ikhlas. DIa suruh Ili buat baju kurung untuk bawa ke Australia nanti.” Mama memujuk. Aku mencebik .
“ Mama, lain kali mama jangan terima apa apa hadiah untuk Ili lagi ya?”
“ Anak mama seorang ni pelik betul. Orang lain seronok kalau dapat hadiah. Ini tidak, dia biarkan saja berlonggok. Tengok tu...secret admirer mana pula bagi tu? Kenapa tak buka?” Mama menjuihkan bibir ke arah dua bungkusan di tepi katil ku.
“ Nantilah Ili buka. Bukan secret admirer yang bagi lah. Mangkuk hayun mana entah! “ gumam ku. Aku teringat pesanan Zara siang tadi. Jangan biarkan dendam menguasai diri aku. Ili, learn to forgive even if you can’t forget.
“Mama turun dulu. Nak tolong bibik masak untuk makan malam. “
Selepas mama keluar aku pun mencapai kotak yang besar sedikit dan membuka balutan nya dengan rasa berdebar.Tertera logo jenama GUESS di kotak itu,dan aku dapat mengagak apa didalam nya. Sayu rasa hati mengenang kembali detik aku bersama Sham. Jam yang aku idamkan selama ini terletak kemas di dalam kotak.
Kad kecil yang terselit ditulis dengan kata kata “I will never forget the happiest hours, minutes and seconds in my life that we spent together. If only I could turn back time.”
Mata aku mula berkaca. Apahal aku ni? Tadi aku membenci Sham pada tahap maksima. Baru dapat jam dah lupa segala yang dia lakukan? Ili, Ili....patutlah senang sangat kau jadi mangsa. Aku membuka kotak yang kecil. Nafas aku terhenti bila melihat loket emas putih berbentuk hati.
Tiada kata kata puitis mengiringi hadiah ini, cuma “I love you, Ili” .
Kata kata keramat itu membuat airmata ku berguguran. I loved you too, Sham. and I will never ever forget you
...........................................................................................................
Sudah dua tahun aku berada di Melbourne. Bermacam pengalaman pahit dan manis telah ku lalui. Seronok juga tinggal di Melbourne ni. Tempat nya cantik dan bersih. Makanan halal pun senang dapat, orang Islam ramai disini. Cuma yang aku tak suka cuaca musim sejuk yang menyengat tulang. Masa winter lah yang paling aku benci.....brrrrr! Alhamdulilah keputusan pelajaran aku setakat ini boleh di kira cemerlang juga. Aku baru habis peperiksaan akhir tahun kedua dan akan pulang bercuti ke Malaysia .
Aku menyewa apartment bersama Zara, Dina dan Intan Suziana, budak Kedah yang sama kolej dengan Dina dulu. Dina dan Intan mengambil jurusan Architecture di RMIT sementara aku dengan Zara mengambil Business Administration di Melbourne University. Apartment kami di Concept Blue dekat dgn kampus RMIT. Untuk ke kampus aku pula ada bas yg berhenti hampir dgn rumah. Tempat shopping dan Victoria Market pun hampir juga, boleh jalan kaki. Kira berbaloi lah sewa rumah yang mahal sedikit berbanding dengan segala kemudahan yang terdapat di depan mata.
Kami berempat memang sekepala. Sejak duduk bersama tak pernah lah kami bermasam muka. Kalau gaduh kecil itu biasalah. Kami terkenal jugak di kalangan pelajar Malaysia di Melbourne, maklumlah kami kan peramah dan riuh rendah....he! he! Perasan jap. Kalau hujung minggu, kami selalu buat potluck bersama kawan kawan kalau bukan musim exam.
Aku masih lagi sendirian walaupun peristiwa pahit antara aku dan Sham tidak lagi menjadi igauan. Betul kata Zara, bila sampai di Melbourne berbagai benda perlu di tangani sendiri. Aku dan rakan rakan terpaksa mencari rumah sewa, membeli keperluan rumah, belajar menaiki bas, mendaftar di Melbourne University. Memang meletihkan. Selepas beberapa minggu barulah kami mampu bernafas. Aku tidak mempunyai waktu melayan perasaan aku yang gundah. Bila kepala mencecah bantal saja, terus di jemput tidur yang lelap. Tapi tak bermakna aku terus melupakan Sham. Cinta pertama lah katakan. Seringkali hati ku dicuit bila terbau perfume yang di pakai nya, bila mendengar lagu yang pernah di nyanyikan nya. Parut yang ku sangka sudah kering akan bernanah sedikit.
Ada kala kesunyian melabuhkan tirai melitupi ku. Zara sering berduaan dengan Fitri. Intan pun ada boyfriend, Nik Fareez housemate Hadi. Dina setia dengan tunangnya walaupun jauh di mata. Ada juga dua lelaki yang cuba mendekati aku tapi hati aku tidak terbuka untuk menerima mereka. Keduanya senior aku. Aizat Datuk Azizi menghadiahkan beg tangan Prada berharga lebih seribu AUD tetapi aku memulangkannya walaupun beg itu memang cantik. Kalau aku dah kerja pun belum tentu aku mampu membelinya. Tapi aku ada maruah, jangan kerana beg, tergadai dot dot dot. Faiq Rashidi Tan Sri Roslan pula berkali kali menghantar jambangan bunga ros ke rumah aku dengan harapan aku akan keluar dinner bersamanya. Tapi aku dah serik dengan geng anak orang kaya macam mereka. Cukuplah sekali aku terkena.
Sebenarnya sejak kebelakangan ini, hati ku mula di terjah oleh tiupan lembut bayu cinta membawa nama jejaka yang sudah lama ku kenali. Hari hari aku sentiasa ceria bila bersama Hadi. Hadi tak hensem macam Sham tapi wajah Chinese look nya sedap mata memandang. Perasaan halus mula mencengkam naluri, rindu mula terbit di hati bila tak bertemu. Tapi dia cuma menganggap aku sahabat karibnya. Aku sedar, aku tak punya ciri ciri gadis idamannya. Dia inginkan gadis yang lemah lembut, santun dan bertudung, macam sepupunya Dina. Namun dia sentiasa berada di samping ku di kala susah dan senang. Dia lah tempat aku menceritakan masaalah aku. Sebagai balasan aku sering memasak untuknya. The way to a man’s heart is through his stomach lah konon.... he! He! Tapi sedihnya, dia tak tertawan pun dengan air tangan ku. Ciss...buat habis boreh jer. Tapi aku redha, biarlah bibit bibit kasih ini tidak di bajai asalkan aku tak kehilangan seorang teman sejati.
“ Ili , kau dah siap packing?” suara Zara menghentikan lamunan ku. Cuma aku dan Zara yang tinggal , Dina dan Intan sudah pulang 3 hari lalu.
“ Sikit lagi ni. Kenapa? Mesti beg kau dah penuh kan? Nak aku tolong bawa balik barang lah tu” aku meneka
“ Heheh...pandai kau. Sebab tu aku sayang kat kau. Ili , kau tolong bawa sweater dengan jacket untuk adik Fitri boleh?” Zara mula membuat muka seposen. Aku mencapai barangan yang di hulurkannya dan meletakkannya kemas kemas ke dalam beg aku.
“ Kau ni memang. Shopping tak hengat dunia. Kalau boleh kau nak beli souvenier bagi semua penduduk Kampung Bahagia,Kuala Selangor kan?” perli aku. Fitri orang Kuala Selangor. Zara sedang bekerja keras nak mengambil hati ahli keluarga Fitri. Dia sentiasa risau kalau keluarga Fitri ada pilihan sendiri untuk anak lelaki mereka walaupun Fitri sudah bersumpah setia dengan nya.
“Ili , cantik tak beg tangan yang aku beli untuk mak Fitri?Aku beli masa sale kat David Jones hari tu ‘ tanya Zara sambil mengangkat beg kulit berwarna cokelat tua .
“ Cantik. Aku pun beli yang sama untuk mak aku tapi warna hitam. Mesti mak Fitri suka. Dua tiga minggu lagi mesti dia datang meminang...he he he” aku ketawa sambil mengelak bantal yang di baling Zara.
Pintu apartment kami di ketuk. Mesti Hadi dan Fitri datang untuk bersaing dengan kami ke airport. Kami berempat akan pulang satu flight, seperti tahun lepas juga.
........................................................................................................................
“ Siapa jemput awak di KLIA nanti?” tanya Hadi. Dia duduk dengan aku sementara Zara dan Fitri pergi ke Duty Free untuk membeli cokelat. Tak habis habis lagi shopping budak berdua tu.
“ Pakcik kot. Mama dengan papa kerja hari ni. Kalau tak, I naik tren sampai KL Sentral pastu ambil teksi. “ Aku harap biarlah pakcik datang. Beg aku boleh tahan berat, teruk nak mengangkut naik tren sorang sorang.
“ I can give you a lift. Faiz datang jemput aku” Hadi mempelawa. Aku cepat cepat menggeleng.
“ Tak payah lah. Buat susah kau jer. Mesti kau tak sabar nak sampai rumah “ Sebenarnya aku segan dengan Faiz. Dia macam marahkan aku bila Sham pergi ke US. Aku pun tak faham, apa kena mengena dengan aku kalau mamat tu pergi US? Gasaklah dia nak sambung belajar kat mana pun.
“ Kau tak nak jumpa Faiz kan? “ Hadi meneka. Seperti biasa tekaan nya sentiasa tepat. Hadi betul betul kenal aku. Cuma perasaan aku padanya sahaja yang dia tak dapat teka.
Aku tersenyum tawar sambil menjungkit bahu. “ Dia marah kat aku. Anyway, tak kisahlah. Di, kau nak air? “
Hadi mengambil botol mineral water yang aku suakan. “ Thanks. Aku memang tengah dahaga. Ili, aku nak tanya sikit. If you don’t mind” Nada suara nya membuat aku saspen
“ Kau masih sayangkan Sham ker? You still can’t forget him?”
“ Please lah. Aku dah tak ada apa perasaan pun kat dia. Nak kata aku dah lupa terus, bohonglah. Semua pun tahu , itu cinta pertama aku. Tapi bila aku kenang balik....entahlah. Dah tak ada perasaan apa apa pun. Mungkin sebab aku dengan Sham kenal sekejap saja, memori pun tak banyak. Aku dah tak sedih, tak marah, tak rindu.”
“ Tak rindu? Betul ker?’ Hadi memandang aku dengan tajam. Apahal pula ni?
“ Betul. Kenapa tiba tiba kau banyak soal?” soal aku kehairanan. Setahu aku Hadi bukan suka bab feeling feeling ni
“ Takdelah. Aku pelik , kau ramai peminat. Bukan calang calang orang pula tu. Tapi sorang pun kau tak layan. Sebab tu aku rasa kau masih sayangkan Sham. ”
Aku menelan air liur. Nak cakap ke tidak? Kalau aku cakap, pastu dia reject aku.... malu nya aku. Semester depan mesti dia jauhkan diri dari aku. Hilang lah seorang best friend aku. Kalau aku tak cakap..... sampai bila aku sanggup memendam perasaan.
“ Dah sampai planet mana ni? Kau tak jawab pun soalan aku” suara Hadi mencelah debat di minda ku
“ Sorry. Apa kau tanya?” aku tersengih. Hadi arif benar dengan sifat aku yang suka mengelamun. Tapi dia tak tahu yang dia selalu hadir dalam lamunan ku.
“ Lelaki macam mana yang kau suka?” Hadi bertanya perlahan. Muka aku merona merah.
“ Entahlah, kau ingat aku suka lelaki macam mana?” aku memulangkan soalan bak pemain badminton melantunkan bulu tangkis kepada lawannya.
“ Macam aku kau tak suka?” Fuussh...pukulan smash yang tepat pada sasaran.
Aku menarik nafas panjang. Aku mengangguk“Hmm...suka. Tapi....” ayat aku tergantung. Hadi mencapai tangan aku. “ Betul ker Ili?”
“Tapi kau terlalu baik untuk aku. Aku tak layak untuk kau” Aku menggigit bibir. Rasa sebak mula timbul tanpa di undang.
“Ili, aku tak kisah pasal masa silam kau. Kalau betul Sham buat sesuatu yang tak baik pun, bukan nya salah kau. Its time you forget the past and move on. I’ll always be here for you. If you want me” Kata Hadi sambil mengelus jari jemariku
Airmata ku mula bergenang “ Thanks Hadi. Saya memang dah lama suka kat awak. Tapi saya malu nak cakap, saya takut kehilangan seorang kawan jika awak tak dapat terima saya. “ tiba tiba aku ber “ saya” dan “ awak” pula . Macam kelas BM jer bunyi nya. Tapi rasa tak best nak ber aku- kau.
Pengumuman untuk kami menaiki pesawat sudah kedengaran. Aku dan Hadi memang nak duduk bersebelahan. Kononnya kami tak nak kacau Zara dan Fitri. Tapi lain pula ceritanya ....he! he! Nasib baik Zara dan Fitri duduk jauh.
“ Ili, boleh ke awak terima saya seadanya? Saya bukan orang kaya, “ kata Hadi
“ Eh, janganlah cakap macam tu. Awak ingat saya ni mata duitan ke?” Aku memuncungkan mulut.
“ Taklah. Cuma sekarang bapak tiri Ili kaya. Mungkin dia nak menantu yang ada status”
“ Papa Ili tu pun asal orang biasa, macam family Ili juga. Takkan awak tak tahu. Mama dan Papa tak kisahlah semua tu. I like you because of who you are , not how much money you have. Kalau Ili pandang harta, dah lama dah Ili layan anak anak datuk yang gatal tu”
Hadi mengakui kebenaran kata kata aku. “Ili tetap tak berubah dari zaman kolej dulu. Lega rasa I”
“ Ili selalu ingat awak akan pilih orang yang bertudung. Bukan orang macam I.” Kata aku dengan lembut. Sekarang aku kena prektis control ayu sikit. Dah tak boleh tumbuk Hadi macam dulu.
“ Dari zaman kolej lagi I suka you, Ili. Sebab you selalu ceria, caring, jujur. I tak kisah you tak pakai tudung, as long as you tak pakai sexy. Tapi kalau dah kawin nanti you pakai sexy untuk I seorang okay?” Hadi mengusik.
Aku menjeling “ Oooh.. boleh tahan gatal jugak ye, Encik Hadi ni. Sebelum ni macam pijak semut tak mati. Tertipu lah I nampaknya. “ aku mencubit lengan Hadi. Susahlah aku nak control ayu nih..
“ I ni lelaki Ili. Memang itu naluri seorang lelaki bila tengok perempuan cantik macam you. Tapi jangan risau lah, iman I masih kuat. I tak akan ambil kesempatan. “
“ I tahu. Sebab tu lah I jatuh hati dengan you..he! he!” aku tergelak kecil.
“ I love you, Ili Nadirah” bisik Hadi menggengam tangan ku
“ I love you Hadi” aku membalas dengan senyuman meleret. Penerbangan ke Malaysia selama 7 jam itu aku rasakan terlalu cepat. Masing masing meluahkan isi hati dan membisikkan ayat cinta yang kami pendam sekian lama. Bahagianya aku........
Oktober 2006
Malam ni malam Raya. Aku, Zara, Dina dan Intan sibuk di dapur menyediakan pelbagai juadah untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri esok. Takbir Raya berkumandang dari CD player supaya kita dapat “feel” Raya. Maklumlah beraya di Negara asing ni mana ada rancangan Raya kat TV. Sudah 3 kali aku beraya di perantauan. Selama aku belajar di sini bulan Syawal jatuh pada bulan November dan Oktober, iaitu waktu semester pengajian. Terpaksalah menyambutnya ala kadar dengan memasak sendiri ketupat, rendang dan lontong. Rindunya tak terkira nak balik kampung, merasa makanan masakan mama dan nenek, nak bermaaf maafan di pagi raya dan berkunjung ke open house sahabat handai dan saudara mara. Nasib baiklah juga Persatuan Pelajar Malaysia dan Pegawai Kedutaan Malaysia mengadakan Rumah Terbuka untuk semua penuntut Malaysia di Melbourne. Walaupun tak sama dengan di Malaysia, tapi terasa jugalah kemeriahan nya bila kami semua bergaya sakan dengan baju tradisional dan disajikan dengan pelbagai juadah.
Inilah kali terakhir kami berempat beraya bersama di Melbourne. Rasa sedih pun ada bila mengenangkan Raya tahun depan. Entah di mana kami semua berada nanti, mesti dengan keluarga masing masing atau keluarga mertua. Yang aku tahu, Zara bercadang untuk berkahwin pertengahan tahun depan. Dina mungkin lebih awal.
Peperiksaan akhir akan ku tempuhi dalam bulan November dan insyaallah aku akan kembali ke tanah air menjelang akhir tahun. Begitu juga dengan rakan serumah ku. Tamatlah zaman university yang benar benar menguji kekuatan mental. Kekuatan fizikal pun kena uji, dan tak lupa kekuatan iman.... susah woo, di negeri orang putih.
Setiap kali raya menjelma, mulalah aku dan kawan kawan aku bernostalgia tentang kemeriahan menyambutnya di Malaysia. Sambil tangan sibuk mengupas, memotong, menumbuk dan menumis, mulut pun tak berhenti pot pet pot pet.
“ Kalau kat kampung aku di Sungai Petani, kami makan ketupat palaih dengan rendang atau kuah kacang. Nenek aku pula mesti masak nasi minyak dengan ayam masak merah. Fuuuhhhh...sedapnya, hangpa tak tau.” Intan membuka cerita dengan loghat Kedahnya.
“ Mak aku pulak mesti masak nasi dagang, gulai ikan tongkol, ayam kuzi, ayam golek. Takde siapa lah boleh celen nasi dagang mak aku.“ sampuk Dina
“Rumah aku dengan Ili pulak lebih kurang sama lah. Lemang, rendang, nasi impit, lontong.” kata Zara.
“ Mak kau kerja lagi ke Ili? Bila dia nak datang bercuti di sini lagi? Bestlah bila dia ada...hari hari dia masak sedap sedap untuk kita.” tanya Dina
“ Mak aku kerja lagi. Tahun depan baru dia pencen. Hari tu masa dia call, tak cakap pun nak datang. Kakak aku nak kahwin bulan Disember. Mak aku tengah sibuklah tu. Kakak ipar aku pula nak bersalin awal tahun depan. Jadi mama dapat menantu dengan cucu tak lama lagi. “ jawab ku. Hampir setahun Kak Ngah bertunang dengan rakan universitinya , Zulhisham. Mama sungguh gembira bila Kak Ngah bertemu jodoh, pasti mama inginkan majlis yang besar dan meriah untuk anak perempuan sulungnya.
“ Hang dengan Hadi, bila pulak? ” Intan bertanya soalan cepumas. Memang itulah soalan yang sering di usul kebanyakkan kawan kami. Hubungan aku dan Hadi masih utuh, aku bahagia sekali bersamanya. Hadi yang gentleman dan matang sentiasa membuat aku rasa di lindungi. Hati ku tidak berdegup kencang bila melihat Hadi, tapi perasaan gembira dan tenang menyelinap ke seluruh jasad ku bila bersamanya. Mungkin inilah cinta yang berkekalan , cinta yang di pupuk dari sebuah persahabatan. Bukan nya cinta pandang pertama yang penuh gelora dan debaran jiwa remaja macam yang aku alami dengan Sham.
“ Entahlah, aku pun tak tahu. Aku dengan dia nak fikir pasal career dulu, biar stabil. Kalau ada jodoh aku dengan dia, aku kawinlah .” Jawab ku dengan selamba, sambil terus mengupas bawang.
“ Jangan risau lah Ili. Aku tahu kau sungguh istimewa bagi Hadi . Insyaallah , kau dengan Hadi akan berkawin satu hari nanti. “ kata Dina. Dina gembira bila sepupunya dan aku mula bercinta. Dia sudah lama mengagak yang kami berdua menyimpan perasaan tetapi malu nak berterus terang.
“ Amin...” kata ku sambil meruap tangan ke muka. He! He!Gatalnya aku....macam tak sabar sabar pula.
Telefon rumah kami berdering dan Zara bekejar mengangkat nya. Sejak pakwe nya Fitri pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian, Zara lah yang memonopoli telefon dan komputer. Zara dan Fitri melangsungkan pertunangan ketika Zara pulang bercuti dahulu dan merancang untuk berkahwin bila Zara kembali ke Malaysia nanti. Berbaloi lah segala usaha Zara untuk memenangi hati keluarga Fitri.
“ ILIIII! Hadi call ” laung Zara dari ruang tamu. Aku membasuh tangan dan terus mencapai telefon.
“ Assalamualaikum”
“ Waalaikumsalam. Buat apa tu?” tanya Hadi
“ Tengah masak. Di jemputlah datang lepas sembahyang raya . Ajak Imeer sekali. Jangan lupa tau” pelawa ku. Imeer dan Hadi tinggal bersama di apartment yang terletak 1 kilometer dari apartment kami.
“ Eh, mestilah I datang. Tu sebab I sengaja call time ni.Takut you lupa jemput. You masak apa?”
“ Lontong, nasi impit, rendang. OK tak? You nak makan apa lagi?”
“ I tak kisah. Apa apa you masak pun sedap. Ili, Kak Husna ada kirim selendang untuk you. Nanti I bawa esok”
“ Thanks..baiknya kakak you. Kalau Di call dia, cakap thanks, ye. ”
“I dah call mak tadi, derang semua kirim salam kat you. Kak Husna pregnant dua bulan . Abang Faiz excited gila. Tak lama lagi I jadi pakcik la...he! he!”
Bila nama Faiz disebut , aku teringatkan Sham. Aku pernah berjumpa Faiz ketika balik bercuti tahun lepas. Waktu itu aku dan Hadi mengikut dia dengan Kak Husna membeli perkakas untuk rumah baru mereka. Tanpa di tanya, Faiz memberitahu” Sham di US buat Masters. Dah lama dia tak balik. Entah entah dia masih kecewa putus cinta” Faiz memandang ku dengan sinis. Aku menghalau kenangan itu dari kepala. Esok Hari Raya , hari untuk gembira. Lagipun aku dah lama maafkan Sham. Tak guna aku simpan dendam yang akan menjadi onar dalam diriku.
“ Bestnya! Mesti family you excited. Uncle Hadi kenalah belajar tukar pampers, buat susu...wakakakaka!”
“ Ohh...gelak ya? Awaklah kena praktis, awak orang perempuan. Itu kerja awak nanti” balas Hadi
“Di, I kena letak telefon dulu. Zara tengah jeling tu, dia tengah tunggu Fitri call. I’ll see you tomorrow sayang”
“ Ok, sweetheart. Masak sedap sedap tau.Gudnite”kata Hadi sebelum meletak gagang.
...................................................................................................................
Keesokannya kami bangun untuk solat Subuh kemudian terus bersiap dan mengenakan baju Raya. Masa inilah kami menten ayu dengan baju kurung dan tudung.Setiap tahun , baju kurung Raya aku di sponsor oleh Auntie Siti. Dia masih lagi menaruh harapan untuk berbesan dengan mama. Aku pun tak tahu apa nak kata lagi. Dah orang nak bagi, aku terima .... kain baju kurung jer lah, bukan anak dia.
Kami sempat bermaaf maafan sebelum bergegas untuk ke Islamic Centre untuk solat Hari Raya . Rasa sedih kembali menyelubung kami bila teringat yang ini kali terakhir beraya bersama.
“Nasib baik tahun ni raya hari Sabtu. Dapat juga kita sembahyang raya” kata Zara sambil membuka jaketnya sebelum masuk rumah selepas pulang dari Islamic Centre. Aku dan Intan ke dapur untuk memanaskan rendang yang di simpan dalam peti ais sambil menyanyi lagu Selamat Hari Raya. Kalau pasal memekak , bagilah kat aku dan Intan.
“ Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Ku lihat ... apa ah? lupa lirk la” aku ketawa terbahak bahak
“ Dam dam dum bunyi mercun
Kanak kanak datang berduyun duyun
Mintak mak kuih sepotong
Saya hendak makan kerna perut kosong”
Loceng pintu berbunyi. “ Mesti si Hadi . Tak sabar sabar lagi boyfriend kau tu Ili” dengus Zara. Sebenarnya Zara cukup gembira bila aku dah Hadi saling jatuh hati. “ Korang berdua memang secocok. Dua dua ada Chinese look. Orang kata pasangan muka seiras jodoh panjang. “ kata nya
“ Assalamualaikum. ” Hadi memberi salam.
“ Waalaikumsalam. Masuklah Hadi, Imeer” pelawa Zara
“ Selamat Hari Raya. Minta maaf kalau kita ada terkasar dengan kau Zara” mereka bersalaman
“ Mana Ili? Boleh dengar suara dia dari luar tadi. Ili...jangan nyanyi di dapur. Nanti Ili kawin orang tua. Melepas lah I” kata Hadi sambil ketawa melihat aku memuncungkan mulut.
Aku letakkan mangkuk berisi nasi impit dan kuah lontong di atas meja.
“ Hensemnya boyfriend aku berbaju Melayu” kata ku dalam hati.
“ Selamat Hari Raya Di. Ili minta maaf zahir dan batin kalau ada salah dan silap” kata ku sambil bersalaman dengan Hadi.
“ A’ah, Ili memang banyak buat salah. Baik you cium tangan I” usik Hadi. Macam berjanji pula, baju aku warna putih dengan bunga pic. Baju Melayu Hadi pun warna pic. Hadi menghulur bungkusan berisi selendang dari Kak Husna untuk ku. Rasa terharu pula, aku tahu ada makna di sebalik pemberian itu. Keluarga Hadi ingin melihat aku bertudung. Ibu, kakak dan semua saudara perempuan Hadi bertudung tapi Hadi sendiri tidak memaksa aku jika aku belum bersedia lagi.
“ Thanks. Cantik nya” . Aku membelek tudung warna krim itu.
“Matching jer baju Kak Ili dengan Abang Hadi. Janji ke?” tanya Imeer sambil tersengih. Dia junior kami setahun.
“Ili dengan aku dah sehati sejiwa. Takyah janji janji, kan Ili?” usik Hadi. Aku menjeling dan menjelirkan lidah
“ Baru saja awak minta maaf, dah buat dosa. Baik awak salam balik” Hadi menghulur tangannya tapi aku menyikunya. Hadi menyucuk pinggang aku membuat aku melatah.
“ Opocot mak engkau! Hadiii! “
“ Hangpa ni pagi raya pun nak buat wayang Bollywood. Dahlah tu. Mai makan, Hadi , Imeer” Intan menjemput.
“ A’ah, kami pun dah lapar ni. Kalau tetamu tak makan , takkan tuan rumah nak makan” Dina pula menyampuk
Kami berenam enak menjamu selera sambil berbual riang. Macam macam cerita keluar, maklumlah masa bulan puasa kami jarang berjumpa, masing masing penat. Selepas buka pula semua berterawih.
“Aku mencedukkan rendang dan ketupat untuk Hadi.
“ Makanlah lagi. Takkan malu kot. Awak tu dah kurus, boleh buat sup tulang” aku mengusiknya. Hadi tergelak. “Ada ada saja Ili ni”
“ Syoknya ada orang cedukkan lauk. Bila lah aku nak dapat girlfriend?” keluh Imeer.
Selepas habis makan, aku membuat kopi sementara yang lain membasuh pinggan. Aku menghidangkan kopi bersama crème caramel yang di buat Zara untuk Hadi dan Imeer
“ I nak call my family jap, excuse me” kata ku sambil masuk ke bilik.
Telefon rumah di angkat selepas beberapa deringan. Mungkin ketika ini mereka baru balik dari sembahyang raya. Waktu di Malaysia 2 jam lambat dari Melbourne.
“ Assalamualaikum, mahu cakap sama siapa?” suara Bibik Halimah menjawab panggilan
“ Waalaikumsalam, Ili sini. Selamat Hari Raya bik. Maaf Zahir Batin. Mama ada?”
“ Ili, Selamat Hari Raya. Nanti bibik panggil mama kamu. Hold on please” kelakar pulak dengar bibik Halimah “ speaking”
“ Ili. Apa khabar Ili ? Seronok ke Raya di sana? Kita semua rindu kat Ili.” Suara mama sebak. Setiap tahun, makin ramai adik beradik ku yang tidak menyambut Hari Raya bersama mama dan papa. Abang Long selalu beraya di kampung isterinya di Melaka pada hari Raya pertama. Kak Nadia dan Abg Nabil memang tak beraya di Malaysia. Cuma Kak Ngah dan Irfan beraya dengan mama dan papa tahun ini. Bila Kak Ngah dah kahwin, mungkin dia beraya dengan keluarga mertua di Perlis. Irfan pula akan melanjutkan pelajaran ke UK bulan September tahun depan.
“ Selamat Hari Raya mama. Ili minta maaf segala salah dan silap ya, ma. Best jugak Raya tahun ni. Sebab hari ni hari Sabtu jadi takde lecture. Kita orang baru balik sembahyang Raya. Apa khabar Papa, Kak Ngah, Irfan semua?Mama masak apa?”
" Kita semua sihat. Mama masak macam biasalah, rendang ayam, rendang daging. Nasi impit, kuah kacang. Papa ada beli lemang dengan satay . “
“ Bestnya, Ili dah lama tak makan satay. Boleh terbau sampai sini mama....he! he!Ramai ke orang datang rumah kita? Bising jer”
“ Adalah, kawan kawan Irfan. Ili masak apa tahun ni? Ada yang hangus lagi tak?”
Ya Allah, bila lah mama nak lupa cerita rendang hangus yang berlaku masa kali pertama aku beraya di sini. Aku terlelap sebentar, tengok asap dah berkepul . Nasib baik rumah tak terbakar. Tapi habis rentung periuk. Arrgghhh....ampun, lain kali aku tak buat lagi. Hampir semua pelajar di Melbourne tahu cerita tu. Punyalah kuat Hadi gelakkan aku. Malunya aku..Cisss!
“ Mama ni...itu cerita lama lah. Sekarang kita dah expert. Tahun ni masak rendang, ketupat , nasi impit dengan lontong. Hadi dengan Imeer ada kat sini.”
“ Oh...bila Ili nak balik Malaysia? Balik cepat sikit, Kak Ngah nak kahwin 22 Disember, lepas Raya Haji. Banyak kerja kita nak kena buat. Kak Long pula nak bersalin awal Januari. Kalau baby dia keluar awal, kelam kabut mama nanti.”
“ Ili belum book tiket lagi. Exam habis 21 November. Ok mama, Ili tak boleh cakap lama sangat, nanti phone bill tinggi. Kirim salam kat papa , Irfan semua . Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin “ kata ku
“ Eh....kejap Ili. Mama nak tanya, Ili dengan Hadi macam mana? “ Ada sesuatu dalam suara Mama yang membuat ku gusar
“ Hadi dengan Ili macam biasalah. Kenapa mama tanya?” Pelik betul soalan mama ku. Setahu aku mama memang sukakan Hadi. Sejak dari zaman kolej lagi Hadi selalu datang ke rumah. Mama sendiri kata Hadi memang baik.
“ Auntie Siti tu beria benar nak bermenantukan Ili. Kalau boleh dia nak....” tak habis mama bercakap, aku memotong. Aku dah boleh agak apa perkataan mama seterusnya
“ Ili tak nak. Mana boleh paksa Ili camtu? Suruh dia cari orang lain ” Aku sudah muak mendengar kisah Auntie Siti yang tak putus asa untuk menjodohkan aku dengan anaknya.
“Hadi tak nak bertunang dengan Ili? Kalau dah ada ikatan , senang mama nak bagi alasan kat Auntie Siti. Lagi pun dah lama Ili dengan Hadi , banyak orang mengata nanti”
“ Iisshh mama ni. Hadi dengan Ili muda lagi, belum kerja pun. Macam mana dia nak masuk meminang ? Lagipun Hadi tak cakap apa apa, takkan Ili nak jadi perigi cari timba.” Aku kecewa dengan kata kata mama. Sudah banyak kali aku katakan yang hati ku cuma milik Hadi seorang . Kenapalah Auntie Siti tu sibuk nak cari isteri untuk anak dia? Entah entah anak dia tu ada problem tak? Kalau bukan rupa tak hensem, mungkin ada skru tercabut? Sebab tu tak ada perempuan yang nak walaupun dia orang berada. Heeee...jahatnya aku.
“ Takpelah Ili. Jangan serabutkan otak Ili. Ili belajar rajin rajin ya, sayang. Final exam dah dekat. Kirim salam kat Hadi , Zara , Intan dengan Dina”
“ Sorrylah Ili cakap kasar tadi. I have to go mama. Kirim salam kat semua ya. Bye”
Bila aku keluar ke ruang makan, Hadi memernati ku dengan tajam. Dia tahu sesuatu yang serius menganggu ku. Aku cuba senyum.
“ Mama kirim salam kat you all semua. Dia jemput korang semua datang ke kenduri kakak aku. Siapa tak datang ...jaga!” Aku menceriakan suara ku. Tapi Hadi tahu kelakuan ku tak seiring dengan gelodak hati.
“ Ili, jom ikut I kejap. I nak pergi kedai stationery kat Melbourne Central.” Hadi mengajak ku keluar.
“ Er..ok. Kejap I tukar baju” Aku menyalin baju kurung ke pakaian santai jeans dan T shirt dengan jaket nipis .
.
“ What’s up? Cakaplah” Hadi bertanya sambil meletak tangan di bahu ku sebaik saja kami di luar
“ Mama tanya pasal kita. “ jawab ku pendek.
“ Apa yang dia tanya? Apa you cakap?”
Aku mengeluh panjang “ Dia tanya macam mana kita berdua. Sebab Datin Siti kawan baik dia tu tak habis habis lagi nak...” ayat aku tergantung , bimbang Hadi kecil hati
“ Oh..Datin tu masih nak you kawin dengan anak dia lah?” Hadi meneka dengan tepat
“ Entah apa apa. .. I malas nak fikir. Mama pun tak nak cakap terus terang. Takut sangat kawan baik dia kecil hati. Berapa kali I dah cakap kat mama, cakap jer Ili tak interested.” desis ku.
Hadi tersenyum. “ Untungnya I . Dapat girlfriend cantik, pandai masak, sayangkan I. Setia pula tu.“ Dia mencubit pipiku. Hati ku berbunga riang. Aku benar benar menyayangi Hadi.
“ Mestilah I setia. Susah betul I nak mengorat you dulu. ...he! he! You tak paham paham jugak” aku bergurau.
“ Bukan tak paham. I buat buat jer tak paham. I nak tengok you goda I. Tapi you pula malu malu kucing” Hadi ni saja jer suka mengejek.
“ Eee.. sudahlah. Benci.” rengus ku. Aku menarik tangan aku dari genggaman nya. Dia mencapai tangan ku kembali.
Selepas Hadi membeli file untuk kertas kerja nya, kami merewang rewang sebentar.
“ Jom pergi Starbucks. I dah lama tak minum Frapp. Sejak start bulan puasa.” Aku memang ketagih kopi.
Kami berdua duduk di meja yang agak tersorok sambil berkongsi Caramel Frapp.
“ So, you sanggupkah tunggu I ? You tahu kan, bapak I dah pencen. Tiga orang adik I masih sekolah. ” ujar Hadi
“ Di, pernah ke I desak you ? You jangan risau lah. I faham , you nak bantu family you. “ kata aku lembut
“ Kalau boleh I nak kita kawin cepat. I pun tak nak tunggu lama lama. Rugi, boleh tengok jer.” Hadi mengusik
“ Hadiiii! Tak senonoh ! “aku mencebik. Tapi aku akui Hadi tak pernah buat apa apa yang melampaui batas.
“Tapi kalau I suruh you tunggu 3 , 4 tahun lagi you sanggup ke?” tanya Hadi dalam nada serius.
“ I tak kisah. I pun nak merasa pegang duit sendiri, kumpul harta sikit kalau boleh. I will wait for you. Lagipun kita masih muda, baru 23.”
“ Tipulah kalau I tak takut kehilangan you. I sedar girlfriend I ni rebutan ramai. Nanti bila balik Malaysia lagi lah ramai yang nak mengurat you.“ Hadi mengusik
“ Di, I tak pandang lah lelaki lain.Tapi..er..jeling jeling sikit ada lah...he! he!”
“ Jeling la..nanti mata you juling baru tau. Tapi kalau you juling pun I tetap sayang you.” Hadi menarik hidung ku.
Aku pasti Hadi akan memegang janji nya. Mudah mudahan hatiku dan hatinya tak akan berubah. Aku hanya ingin Hadi di sampingku selamanya,melewati keindahan alam perkawinan. Aku sanggup menunggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment